Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah…baru aje siap makan tengah hari bermenukan nasi ayam penyet. Mmmm ini adalah kali pertama mencuba memasak menu ni, memang dah lama dalam simpanan. Semalam ternampak Tun masak ni, pastu cepat2 cheq sue sedia dan perap ayam dulu malam tadi. Rupa2nya Ira pun suggestkan menu ni untuk dicuba. Btw, tq pada kawan2 yang dah join untuk 1st GA : Ila-CheqSue, tapi maaf sgt2 sebab cheq sue xleh nak komen kat n3 korang, mana yang lepas tu nasib baik la ye. Sape2 BLOGGER MASAKAN yang berminat boleh la join, ada masa lagi sebelum end date 30 Oktober ni.
Buat kt kg ni biasalah, banyak bahan yang tak cukup. Ulan tu nasib baik ada timun, kalau ada salad lagi best. Memang sedap dicicip dengan sambal, macam makan sambal belacan aje. Aduhhhh...sampai lekat bau ni kat tangan..
Memula Nampak resepi ni dulu di MyR, dok ingat ayam tu kena penyekkan dulu…macam ayam kena langgar. Haishhh…rupa2nya tidak benar sama sekali. Ayam yang dihasilkan ni lebih kurang ayam biasa cuma agak istimewa dengan kehadiran rempah ratus yang membuka selera. Cheq sue bagi 5/5 bintang untuk resepi ni.
Sebenarnya nasi dan sup tu boleh dibuat macam biasa…dah selalu masak nasik ayam, tentu dah boleh agak kan. Cheq sue buat tadi dalam 1 pot aje… Yang menyedapkan nasi ayam penyet ni adalah ayam dan sambal cilinya. Perghhhhhhh memang layan betul la. Cheq sue siap boleh colek2 lagi sambal cili tu, sebab x pedas, guna cuma 4 biji cili merah besar. Mmmm kalau yang suka pedas tu bolehla dilebihkan…
Ayam tu pulak cheq sue guna dalam 8 ketul saja, jadi segala rempah2 tu cheq sue kurangkan sedikit kuantitinya. Pastu semasa perap cheq sue masukkan sekali sedikit bijan putih. Bila dah goring ayam tu terasa jugak lemak2 bijan. Memang sedap. Tapi tak tahu la ye, time salin resepi tu boleh pulak termiss serbuk kunyit dan bawang putih…dah masuk peti ais baru la ternampak. Sebab tu la Nampak pucat aje ayamnya. Apapun Alhamdulillah xde pulak terkurang rasa sedap ayam tu
Masa tengah hidang tadi, cheq sue siap2 la untuk ambil gambar. Sekali mek balik dari rumah depan, dia senyum aje. Alamak dah kantoi…agaknya dia nampak kot 2 3 hari ni cheq sue dok tertonggeng sana-sini bawah pokok nak ambil gambar.‘Nok puko gamba la tuh….’ Tu le ayat dia bagi kat cheq sue… Seb baik dia tak tanya nak buat gapo…kang kalau cheq sue bagi tau nak bubuh dalam blog, jenuh pulak nak eksplain. He he he… Bagi korang yang belum buat lagi, sila-sila la ye… Rugi kalau tak cuba. Wassalam…
Resepi : Ijan ~ blogresepi @ MyR
Untuk Ayam
- 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & masak nasi)
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang Putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
- Sedikit minyak masak
- 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
- 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih
- satu btg kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- sedikit butter
- garam
- kiub pati ayam/daging
- 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
- Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
- Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
- Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
- Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar