Tampilkan postingan dengan label Travel Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Travel Malaysia. Tampilkan semua postingan

Kamis, 16 Mei 2013

Kellie's Castle

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek Hari Pekerja 2013. Saya dan 2 rakan yang lain mengambil kesempatan cuti sehari untuk ke Ipoh, membeli belah (amboi....) dan menjamu mata. Selepas selesai di TESCO dan JJ, saya  menuju ke Gopeng untuk mencari Taman Herba, konon nak tengoklah apa yang ada. Tapi nampak macam tutup, sebab pintu pagarnya macam terkunci, tapi tak tahulah sebab saya pun tak biasa di kawasan tu.

Jadi saya mengambil keputusan untuk jalan je terus. Saya sebenarnya tak pernah lalu jalan tu jadi dah jalan2 tu dapat la tengok macam mana tempat orang. Bila nampak signboard Kellie's Castle, terkejut jugak sebab jaraknya tak la terlalu jauh daripada Gopeng. Dah lama sangat nak ke sini tapi tak sampai2 lagi. Dulu pernah jugak sekali tapi sampai separuh jalan saya pusing ke Ipoh semula.


Ibarat kata, pucuk di cita ulam mendatang, saya dengan semangat membara terus la singgah. Suka sangat sebab akhirnya berjaya juga melihat apa yang ada di sana. Kalau cikgu Sejarah memang dah tahu la sejarah KC ni. Saya jangan la tanya, alkisah di sebalik ni memang saya tak tahu langsung.



Bayaran masuk RM5 dikenakan. Mula2 ingat masuk free, dah melangkah sampai atas titi tu tetibe je loceng berbunyi. Alamak...seb baik tak ramai orang lagi... Buat malu aje


Banyak view yang menarik di sini. Tapi yang geramnya bila dah edit gambar dan upload di blog, gambar jadi kabur dan kelabu. Nak kena tengok tutorial la pulak lepas ni. Macam ada yang tak kena aje.


Saya cukup sentimental dengan binaan yang begini. Kelihatan macam tak siap tapi klasik dan beremosi.


Dalam banyak2 ruang kat KC, ini saja yang saya ingat. LORONG BERHANTU, namanya. Errr...tak nak la komen lebih-lebih....


Pandangan dari atas. Boleh tahan tinggi jugak. Sampai kat atas berpeluh2 bukan kenapa, tak la penat tapi lebih kepada takut dan gayat. Mu pandang aku pandang pakat-pakat gelak. Di bahagian atas ni juga tak ada pagar, jadi kalau rasa tak kuat iman baik jangan naik. ^^

Selesai melihat2 di dalam ni juga memberikan satu pengetahuan baru buat saya. Ternyata binaannya cukup sempurna dengan pelbagai bilik dibuat berdasarkan keperluan. Sambungan dari bilik ke bilik yang lain juga cukup kemas dan saya fikir kalau orang yang tak biasa dengan KC ni jangan dok berangan nak explore lebih2 kot2 tersesat tak jumpa lak jalan keluarnya nanti.

Apapun, satu pengalaman yang menarik...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 30 Mei 2012

Yang Lama Ku Inginkan & Cerita Ceriti ^_^

 
 
Wah...lama jugak xde cerita dari cheq sue ya... blog tak berupdate, BW pun x, reply komen pun tak...hish hish hish.. tu la sebenarnya rasa nak bercuti berblog kejap tapi dah hampir 6 hari x menjenguk ke sini, rindu siotttt... Mesti banyak story mory yang cheq sue tertinggal mahupun resepi malatops kengkawan yang tak sempat nak tengok. Takpelah, bersempena dengan cuti ni kalau ada kelapangan cheq sue akan skodeng satu2 dan buat mana yang sempat.
 
 
Berbalik pada tajuk kat atas tu, semalam cheq sue ke kedai baking di KB dan akhirnya telah dapat shortbread cutter yang memang dah lama cheq sue listkan. Bukan tak pernah jumpa sebelum ni tapi tak padan dengan saiz oven kecik cheq sue tu. Yang ni sama saiz dengan loyang oven tu. Apa lagi, rembat la satu. Harganya dalam RM38. Yang pastinya lepas ni nak buat frambrozen kenari ataupun boleh cuba buat shortbread pulak ^^


 
Bermula aje cuti sekolah baru ni, cheq sue bercuti-cuti Malaysia ke Bera bersama Cik Norliza a.k.a Mok Ja. Ke rumah emak saudara sebenarnya. Sebelum ni memang tak pernah ke sana. Kalau belah2 Kuantan tu pernah sampai ke Maran, Jerantut, Temerloh aje. Itupun ikut member atau naik bas. Jadi bila drive sendiri ni dapat la kenal2 jalan dan tengok tempat2 orang. Perjalanan dari CH ke sana mengambil masa 6 jam ikut jalan CH-Sungai Koyan - Raub - Mempaga - Karak (Highway) - Temerloh - Bera (Triang). Baliknya pula menempuh jalan berliku di laluan Jerantut - Kuala Lipis. Memang beri pengalaman sungguh.
Ok...dikesempatan ini juga cheq sue ingin nak ucap tahniah pada Mas dan Mrs Aidi atas kelahiran cahaya mata meraka. Mas dapat baby boy (anak ke 3) ~ Muhammad Adam~ manakala Luna dapat baby boy juga untuk anak sulungnya ~ Diniyzahin Dzulqarnain ~. Peluk cium dari Makcik Sue ya... untuk kedua mummy tu selamat berpantang okeh... Semoga sihat dan selamat semuanya.

Satu lagi untuk sahabat di Tawau, 'adik' Zack a.k.a Zachoes, selamat hari ulangtahun ke 30. Welcome to 3 series.... Semoga berbahagia selamanya... 
 
Ok lah...itu aje nak membebel pagi ni. InsyaAllah ada kelapangan kita jumpa lagi. Selamat bercuti!!!

Wassalam...
Stylish Thankyou

Selasa, 08 Mei 2012

La Hotspring, Besut

 
Balik kampung aritu, mek mengajak cheq sue ke Air Panas La di Besut, nak rendam2 kaki katanya. Maklumlah sekarang ni dia tak berapa nak sihat, asyik dok demam dan batuk2 aje. Kami ke sana dua kereta, bersama-sama dengan emak saudara.
 
Cheq sue sebenarnya baru 1st time ke sana, memang sesatlah sebab masuk ke simpang Lata Tembakah, rupa2nya di simpang yang bertentangan. 
 


 
Masa pi ni cheq sue x la beriya-iya mengambil gambar, bukan ape, takot jugak kamera cap ayam tu disonglap orang, kang merana pulak. Pastu dengan orang2 dok mandi manda bimbang pulak mendedahkan aurat orang lain. Kang tak pepasal la aku dok menanggung dosa deme...
 


 
Gambaran biasa di tempat perkelahan di entrance. Tapi tempat mandi tu pun xde la dalam sangat, sesuai untuk anak-anak. Takat orang tua ni buku lali pun tak lepas. Whatever, memang seronok dapat bersantai-santai di sana... ^^
Wassalam...

Jumat, 24 Februari 2012

XPDC Gunung Berembun, 19 Feb 2012

 
 
Pagi Sabtu... ke mana langkah korang hari ni?
Cheq sue sat lagi nak ke opis, ada yang perlu disiapkan
Kalau ikutkan memang malas bebenor, tapi tuntutan kerja...wajib ku buat

Untuk n3 kali ni, sedikit gambar semasa menjejak Gunung Berembun minggu lepas
Rasa2 sakit badan lenguh2 kali dah habis
Tapi pengalaman berharga yang diperoleh memang tersimpan kemas di hati
Member dok ngajak ke Gunung Brinchang pulak...entah mampu ke tidak
Naik ke Gunung Berembun ni pun sampai nak pitam ke diri
Nak ambil gambar pun xleh, tangan menggeletar beb!



 
Untuk pengetahuan semua, trek Gunung Berembun ni tersangatlah mencabar
Tapi alhamdulillah mudah dijejaki kerana adanya akar2 pokok yang menjadi tempat berpijak
Dengan suhu sejuk, sekeliling trek ni agak basah dan berlumut
Tambah2 pulak malam sebelum pendakian tu hujan tak berhenti
Tengoklah kabus yang memutih tu
 


 
Separuh masa pendakian.. kebanyakan perlu mendaki dengan sudut 45'
Trek sebelum ke puncak ni lagi mencabar
Dengan tanah yang licin dan tenaga yang tak berapa nak ada
Hanya semangat yang mengiringi
Apa guna mendaki jika tak sampai ke puncak?



 
Setelah hampir 3 jam meredah hutan, akhirnya sampai di puncak!
Alhamdulillah...
Dari atas ni nampak jelas bandar Brinchang dan Kampung Sungai Ruil
Melepak kat atas ni sambil makan biskut Tiger pun sedap wehhhh...




See? 1840 m....
Selain Gunung Senyum, yang ini pun berjaya di tawan
Selepas tracking di Taman Negara (Merapoh) pada 2009, nyata semangat masih ada



 
Selepas 30 minit at the puncak, bergerak turun
Rupanya trek turun ni sama mencabarnya
Dengan sudut sama 45', memang sentiasa kena brek
Look at my shoes...
Ada jugak 5 kali jatuh terduduk
Nasib baik tak terseliuh
Bila sampai di permulaan tracking, memang bersyukur sangat
2nd time? 
Huuuuuuuuuuuuuuuu tunggu dululah!
^____^
Wassalam...

Senin, 10 Oktober 2011

Melaka #2 ~ A Famosa (Cowboy Town)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni nak tunjuk pulak Melaka  bahagian 2...pastu xde dah la yer... A Famosa (Cowboy Town) a.k.a Little Genting. Bayaran masuk dewasa RM 45, kanak2 RM 40. Phewwwww.... malam tu tak masuk pun, nengok dari luar aje..






Minggu, 09 Oktober 2011

Melaka #1 ~ Pantai Tanjung Bidara

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lari sikit dari n3 masak memasak. Just nak share kenang-kenangan di Melaka. X ke mana2 pun sebenarnya, banyak lepak kat rumah aje bersantai-santai. Pantai Tanjung Bidara ni cheq sue tak pernah sampai lagi, memang cantik pantainya kan.... kalau bawa baju lebih memang mandi lah... tapi next time la pulak...

Jom layan gambar2 amatur ni...