Biar Bulan Bicara...
Eh, aci tak cerita tentang bulan di siang hari ni? He he he... xpe la ya.... Kebetulan malam tadi bulan mengambang penuh, terambik gambar pulak sekitar Maghrib dan sekitar jam 9 malam, tu yang teringin nak share. Walaupun gambar tu x berapa nak lawa, halal lah. Dok kg ni aktiviti masak slow sikit, kongsi ajelah n3 bukan2 ni ya.
Selalunya balik kg jarang nak nampak bulan penuh. Sesekali bila nampak tu memang suka sangat lah. Langit terang dan cerah aje. Boleh nampak gumpalan awan. Bila dapat melihat ke langit, dengan sinaran bulan dan kerdipan bintang sungguh indah rasanya. Tambah-tambah pulak bagi insan berhati halus cam i ni... Ouchhh!
Gambar ni di snap lebih kurang pukul 7 malam. Memang suka sangat bila tengok. Keluar rumah nak ke masjid, bila nampak cepat2 pi amik kamera. Yang ni pulak cheq sue snap masa balik masjid, memang terang benderang aje di sekeliling rumah, nak main sorok2 pun boleh rasanya. Mmmmm, kuasa Allah kan, tak terfikir oleh manusia.
Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar