Ubi Kayu Sira
Ubi kayu sira ke sira ubi kayu? He he he...apapun namanya inilah juadah yang sentiasa menjadi pilihan. Bila ada ubi kayu memang tak sah kalau tak buat ni. Kebetulan pulak semalam ada ubi kayu kuning, atas arahan 2nd boss disuruhnya cheq sue buat sira.
Dengan segala kepandaian yang ada...digodeklah segala bahan kat dapo, masak sampai boleh makan. Masa tengah masak tu my bonda pegi kenduri, so xleh la tanya apa-apa. Bila dia balik, dia ada la tegur masak ni dah salah step. Sepatutnya empukkan ubi dulu baru masukkan nisse. Aiseyhmannn... Dah lama tak masak ginilah jadinya. Bukan tak kejadian pun sira tu, tapi biasalah ada 2 insan veteran yang nak menyantapnya...kena la bagi lembut2 lagi..
Ubi kayu sira ni kalau dah semalaman atau dah beberapa kali dipanaskan lagi sedap tau. Kalau sapa yang pernah makan tu memang tahu lah. Ish kalau la boleh dapat ni barang sepinggan aduh aduh aduh...Nanti kalau ada ubi kayu jangan lupa pulak cuba ya... Tang bahan2nya tu boleh ubah ikut sesuai selera.... ^^
Wassalam...
UBI KAYU SIRAResepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :Sepotong ubi kayu - potong kecil-kecil5 sb gula2 keping nisse3 cawan santan - sederhana pekatSecubit garam1 helai daun pandan
Cara-cara :Panaskan santan, daun pandan, gula, nisse dan garam sehingga hancur dan pekatMasukkan ubi dan masak hingga empuk dengan api kecilKacau sesekali supaya manisnya mesra Setelah empuk bolehlah tutup api
** Cara yang disyorkan oleh bondaku :Panaskan santan dan daun pandan, masukkan ubi, masak hingga empukKemudian tambahkan gula, nisse dan garamMasak hingga kuah agak pekat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar