Bila dikira-kira, belum cukup lagi setahun saya aktif semula 'berserama'. Kira kalau mahu diberi perlambangan, ia ibarat budak baru nak bertatih jika dibandingkan dengan otai-oatai yang lain. Tetapi dalam tempuh sependek itu, macam-macam 'warna dan warni' tentang dunia serama ini yang dapat saya perhatikan.
Baik dari sisi pemain (player), penganjur bon, penternak , pengadil dan juga peminat tegarnya. Tetapi kita perlu realitik kerana di dalam mana-mana industri pun kita akan berjumpa pekara yang hampir sama. Tidak ada apapun yang perlu dirisaukan. Yang penting terus pandang ke depan.
Karnival Kucing Cantik yang mendapat slot pameran 2 hari di Hari Perhimpunan Sejuta Belia Malaysia baru-baru ini. (di mana tempat ayam serama sebagai ikon negara..?) |
Serama sebagai haiwan kesayangan (pet) bukan seperti pets yang sudah lebih ke depan seperti kucing ataupun ikan hiasan. Buktinya, makanan kucing boleh kita perolehi di hampir kebanyakkan pasaraya mahupun pasar mini. Manakala kedai-kedai ikan hiasan boleh kita lihat tumbuh merata di taman-taman perumahan, mengambarkan besarnya pasaran yang telah diterokai dan bilangan pengemarnya.
Serama pula kalau dikira masih hanya diminati oleh kelompok-kelompok dan tempat-tempat yang tertentu sahaja. Pada hal, serama sepatutnya boleh dibanggakan sebagai haiwan yang berasal dari Malaysia. Ia boleh dianggap sebagai warisan negara. Serama melangkaui erti kecantikan sahaja kerana serama mempunyai nilai-nilai seni dan estatikanya yang tinggi berbanding haiwan yang lain.
Di negeri Melaka sendiri (saya tidak ada data yang tepat), kalau dikira secara rambang, bilangannya mungkin HANYA sekitar (lebih atau kurang sedikit) 20 orang peminatnya yang aktif menternak dan cuba menghasilkan 'produk serama ' yang baru (maaf jika saya tersilap kira).
Di negeri Melaka sendiri (saya tidak ada data yang tepat), kalau dikira secara rambang, bilangannya mungkin HANYA sekitar (lebih atau kurang sedikit) 20 orang peminatnya yang aktif menternak dan cuba menghasilkan 'produk serama ' yang baru (maaf jika saya tersilap kira).
Maka sudah semestinya muafakat dan kerjasama yang lebih kukuh patut dapat dijalinkan antara peminat serama di seluruh negara. Ini supaya hobi ini dapat dikongsikan dan diperluaskan lagi di kalangan peminat unggas di negara ini di mana tempat asal ayam serama. Kita patut 'cemburu' dengan 'kekemasan' organisasi dan pertubuhan peminat Kucing cantik yang nyata masih tiada dapat dibangunkan lagi di dalam industri kesenian ayam serama ini. Saya perhatikan, tidak ada satu kelab atau organisasi tersusun yang bergerak atas platform untuk membawa serama lebih ke depan. Malahan skema-skema pengadilan ayam serama sendiri mempunyai beberapa 'version' and formula yang tersendiri walaupun usia serama dimainkan melepasi angka 20 tahun.
Jadi...kenapakan tahap serama masih seperti di takuk tahun-tahun 2000 (sebelum serama merundum jatuh), walaupun evolusi 'cutting' dan gaya serama sudah jauh berubah? Isu-isu serama masih berkisar sekitar isu pengadilan dan penganjuran.
Reference : Kelab Kucing Malaysia (KKM)
Jadi...kenapakan tahap serama masih seperti di takuk tahun-tahun 2000 (sebelum serama merundum jatuh), walaupun evolusi 'cutting' dan gaya serama sudah jauh berubah? Isu-isu serama masih berkisar sekitar isu pengadilan dan penganjuran.
Reference : Kelab Kucing Malaysia (KKM)
P/S : Serama ngetop di Indonesia. Khabarnya (dari otai yang telah sampai di sana) beberapa bon mereka lebih tersusun dan lebih meriah. Malahan, semasa menulis artikel ini, saya menerima message dari rakan FB Filipina yang bertanyakan tentang serama. Ia mahu tahu apa beza serama di Malaysia dan yang ada di Indonesia?
P/SS : Sambil-sambil, saya kongsikan gambar salah seekor pembaka di reban-Sri Patih
Tidak ada komentar:
Posting Komentar