Tampilkan postingan dengan label Special. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Special. Tampilkan semua postingan

Minggu, 11 Agustus 2013

Riang Ria Raya 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ni merupakan hari kelima kita merayakan Aidilfitri. Rasanya dah ada di antara kita yang telah memulakan tugas setelah bercuti. Macam mana dengan sambutan Aidilfitri? Tentunya masing-masing punya banyak cerita yang mahu di kongsi. Saya tak ada cerita sangat pun, tak jalan ke mana. Sedara semua dok sini-sini aje. Sorang-sorang nak jalan pun rasa pelik, kan! Naik segan jadinya.


Siapa yang paling gembira bila tiba masa main bunga api. Semasa menjelang raya tu, memang banyak rumah yang menyalakan bunga api dan juga mercun. Hiruk pikuk tu jangan cakaplah, bergegar satu kampung.


Ammar. Dalam sibuk2 kakak mencuba tudung, dia pun nak pakai jugak. Sekali tengok haaaaa nampak cam budak perempuan pulak.


Keluarga kakak saya. Yang lain tak tahu la di mana. Susah kemain nak ajak bergambar.


Pada 1 Syawal tu saya sediakan mee bandung. Alhamdulillah rasa ok juga. Selain tu ada la jugak biskut raya sesikit. Tahun ni kat rumah jugak kami buat ketupat manis dan ketupat kacang selain ketupat tawar yang dicicah dengan manisan tebu.


Hari Raya kedua. Cukup semua keluarga sebab yang di Terengganu pun dah sampai malam sebelumnya. Saya sengaja melebihkan gambar Maisara yang bukan main susah nak di ambil gambarnya. Buat semua, salam Syawal....

Hampir 1 jam menaip nak siapkan n3 ni. Huh..blur sungguh.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 28 Juli 2013

Tiga Puluh Tiga Tahun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seketika saya mengambil masa untuk bersiaran. Bercuti tiga hari, pelbagai aktiviti yang dibuat. Memang tak sempat nak online kerana tuntutan kerja yang lain. Hari Jumaat tu saya ke Ipoh membeli apa yang patut. Sabtu pulak siapkan projek menjahit, mengoter baju. Hari ni pulak dimulai dengan ke Gua Musang, balik sambung buat biskut sikit. Rasanya dalam kesibukan dan kepenatan, saya ingin menulis sesuatu buat kenangan pada ulangtahun saya yang ke 33 hari ini.


Ya...saya sudah 33 tahun hidup di dunia ini dan Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang masih memberi peluang buat saya menghirup udara di bumiNya. Pertambahan usia setakuk ini pastinya memberi lebih banyak ruang kepada saya untuk membaiki diri. Saya sedar, saya insan yang lemah dan banyak kekurangan. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Maafkan saya...
 
Pastinya juga tak ada apa yang perlu diperbesarkan. Tentang perasaan saya yang libang libu ni, suka duka, saya tak mahu orang bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Pastinya di sebalik senyuman saya tak mahu orang tahu ada kelukaan yang mendalam. Cuma apa yang saya harapkan, saya tidak menyusahkan sesiapa dan dapat terus menjalankan tanggungjawab pada kedua ibu bapa saya yang sangat saya sayangi. Saya mahu mereka bahagia. Dan yang pastinya masih ada banyak yang saya harapkan untuk di capai.

Buat teman2 yang mengingati tarikh ini, terima kasih banyak2. Selamat berpuasa.

Sanah Helwa Ya Suhaila....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 29 Juni 2013

Gomo Kelate Gomo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Umum mengetahui yang Kelantan telah menjadi juara Piala FA 2013 dengan menewaskan JDT 1-0  di Bukit Jalil malam tadi. Saya sendiri menontonnya di rumah bersama kawan-kawan. Ramai yang berada di Bukit Jalil, tak kira penyokong TRW atau JDT. Saya sudah tentulah menyokong Kelantan. Nak kata minat tak la minat sangat tapi sesekali layan bola, memang kecoh la. Juara menjerit a.k.a bertempik sudah tentunya. '_'


Tahniah pada pasukan Kelantan. Walaupun tak dapat mengekalkan treble 2012 tetapi dengan piala yang pertama ini sekurang-kurangnya memberikan senyuman lebar kepada semua pencinta bola sepak Kelantan. Kelantan dan bola sepak...semua orang tahu!

Jangan tanya saya rentak permainan mereka. Yang saya nampak kedua-dua pasukan memberi persembahan semaksimum mungkin untuk menjadi juara. Beberapa aksi merbahaya yang dilakukan memang nampak menyakitkan terutama insiden Khairul Fahmi yang tersembam...kalau tak kena gaya leh patah hidung mamat tu.

Jadi tahniah sekali lagi. Teruskan usaha pula untuk Piala Malaysia nanti. Gomo Kelate Gomo!

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 15 Mei 2013

Selamat Hari Guru ^_^

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
16 Mei, tarikh keramat, tarikh istimewa buat semua yang bergelar guru atau pendidik. Pada tarikh ini di setiap tahun, sambutan Hari Guru diadakan sebagai meraikan para guru yang banyak memberi tunjuk ajar pada anak-anak didik mereka. Walaupun pada masa kini pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, profesyen keguruan tetap dimartabatkan pada aras tertinggi. Segala keluh kesah bidang pendidikan sebolehnya dihadapi dengan tenang dan sedaya upaya.


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 10 saya bergelar pendidik. Jangka masa 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Dah terlalu banyak yang dihadapi walaupun hanya 1 sekolah sahaja saya bertugas setakat ini. (Masih juga memasang impian untuk berkhidmat di negeri sendiri InsyaAllah). Segala suka duka ini akan selamanya tersemat di dalam hati. Bersempena hari ini, bukan hadiah atau penghargaan yang diingini, cukup sekadar ucapan terima kasih dan kejayaan yang diberikan.

Buat semua warga SEMEKAR, saya ucapkan selamat hari guru, semoga terus sukses dalam apa jua yang kita buat. Semoga kita semua akan terus aman harmoni di dalam pergaulan juga bersama anak-anak pelajar kita membina impian. 

Buat guru-guru yang banyak mendidik saya, di SK Telosan, SMK Jeram, Matrikulasi Yayasan Pelajaran Johor, Universiti Putra Malaysia dan Maktab Perguruan Batu Pahat, kerana jasa andalah saya berada di sini. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan pada saya dan terima kasih dari hati ini.

Buat kakak saya di Kuala Lumpur, selamat hari guru juga diucapkan, semoga beliau beroleh kesejahteraan sentiasa untuk meneruskan perjuangan. Dan kepada rakan-rakan blogger seperti Nuni, Cheq Da, Nur, Kak Hana dan Kak Amie (sekadar menyebut nama yang saya tahu) selamat hari guru buat anda semua.

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 09 November 2012

Bola Jaring ~ Setelah 32 Tahun

 
 
Hari ini bermula secara rasminya cuti persekolahan akhir tahun sesi 2012. Pada yang sudah mula bercuti di kampung atau melancong bersama keluarga selamat bercuti cheq sue ucapkan. Jangan lupa berhati-hati dalam apa jua yang anda lakukan. Bersempena dengan cuti Deepavali dan awal Muharram, peperiksaan SPM juga ditangguhkan seminggu untuk membolehkan calon-calon beragama Hindu meraikan hari besar mereka. Cheq sue masih lagi di CH, mungkin sehari dua baru balik kampung. Tak sihat, demam, batuk... tak selesa nak bawa kereta.
Sambil2 berehat tu cheq sue nak kongsikan sedikit tentang aktiviti di sekolah beberapa minggu lepas. Perlu dikongsi sebab ianya sangat istimewa! Selepas selesai peperiksaan akhir tahun, sekolah mengadakan aktiviti sukan berupa permainan bola sepak dan bola jaring untuk pelajar. Para guru perempuan ditugaskan mengawal permainan bola jaring. Dan untuk penentuan tempat ketiga, kami bersetuju untuk melawan pelajar yang rata-ratanya dari tingkatan dua dari kalangan pelajar Asli.
Yang kelakarnya sebelum permainan siap berbincang lagi. Bukan kata nak berbincang strategi, tapi tak tahu kedudukan dan pergerakan sepatutnya. Cheq sue sendiri memakai bip WA tak tahu di mana sepatutnya berada atau apa yang perlu dibuat. Maklumlah, sejak muda sampai ke tak berapa muda ni memang tak pernah main bola jaring.
GENG CHE KIAH   .:. Risha, Kak Rini, Atikah, Lini (Pengadil), Dasilla, Siti, Cheq Sue, Ina
Rupa2nya kederat budak2 ni memang kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan para cikgu. Cara diorang passing bola, bertahan dan menyerang memang mengagumkan. Cikgu ni menjerit je lebih, siap dicubitnya pelajar yang tak lepas  bola. Dalam riuh rendah bermain tu ada yang terjatuh dan berebut sampai tak hengat. Budak2 ni memang tinggi semangat kesukanan, memang tak bagi muka langsung pada cikgu, takde nak segannya. Mana yang patut rebut, patut lawan memang depa tak kasi can. Semput + sakit urat jugak la cikgu dikerjakan budak2 umur 14 tahun tu. He he he... Tapi dalam apa jua keadaan pun cikgu tetap juara. Kami menang dengan 3 gol berbalas 2. Kira sengit jugak la kan... Nasib baik jugak memang kalau tak malu kat budak-budak. Berbaloi la sape yang sakit urat, sakit betis dan sakit paha tu...
Jadi geng...camana lepas ni? Nak lawan lagi tak? He he he... Wassalam.
Stylish Thankyou

Sabtu, 28 Juli 2012

Sanah Helwa Ya Suhaila ^_^




Alhamdulillah...28 Julai 1980 - 28 Julai 2012, genap umurku 32 tahun. Syukur pada Tuhan atas rahmatNya dan segala keberkatan yang diberikan kepadaku. Terima kasih dari sudut hati buat kedua ibu bapaku yang membawa aku ke dunia, disayangi, dididik dan dijadikan insan sepertimana aku hari ini. Terima kasih Tuhan kerana masih memberikan aku kesempatan untuk terus menagih kasihMu, bimbinglah aku terus di jalanMu dengan segala rahmat dan kesejahteraan dariMu. Semoga hari-hari mendatang ini menjanjikan sejuta kebahagiaan buat diriku sentiasa. Selamat ulang tahun untukku.... Wassalam...




Stylish Thankyou

Kamis, 12 Juli 2012

Happy Birthday My Dear Friend



 
 


 
Selamat Ulang Tahun ke 31 buat teman baik cheq sue, blogger CHEQ DA pada hari ini, 12 Julai 2012. Semoga beliau mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat, hidup bahagia di samping keluarga dan sihat walafiat sentiasa menantikan kelahiran cahaya mata kedua. Harapannya juga apa yang dicita menjadi nyata...
Wassalam...

Stylish Thankyou

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru Cheq Sue



 
  
Seperti yang diketahui umum, hari ini merupakan HARI GURU yang disambut setiap 16 Mei di seluruh negara. Walaupun tanpa sambutan besar-besaran di sekolah kerana pertembungan dengan peperiksaan pertengahan tahun, tetapi majlis makan-makan @ potluck tak kurang meriahnya. Masing-masing dengan juadah yang dibawa, penuh 2 meja hingga tak tahu nak ambil yang mana.
 
Sebagai seorang guru, sambutan hari guru sangatlah bermakna kerana di kerjaya inilah cheq sue banyak menimba pengalaman kehidupan. Berurusan dengan insan-insan di pelbagai lapisan dan perangai, emosi memang memainkan peranan. Harapnya semoga selepas ini kejaya perguruan cheq sue akan makin meningkat maju. ^^ Bagi sesiapa yang ingin melihat tema-tema sambutan hari guru boleh lah klik sini...
 

Ini hasil tangan cheq sue. Dah lama teringin nak buat dan makan RVC, kena dengan special moment ni memang aduhhhhh lupa terus tang dietnya. :( ! Rupa2nya ramai yang menggemari kek ni. Kena pulak dengan tema merah pada pagi tadi... Wiwitt...


Dapat e-card dari Umi... TQ ya... *_*


Antara juadah yang dibuat. Ni side lauk pauk dan nasi...  Semak samun di meja guru tu harap di abaikan ya!


Ini pulak bahagian pencuci mulut. Perghhh, pandai masak rupenye korang ni ye, saja xmo tunjuk skill...  Tu tangan Cik Puan Zuraini yang tak samabr nak menjamu selera. Selalu makan awal, tetiba hari ni kena paksa makan waktu rehat sebab nak tunggu semua ada. Kesiannnnn sungguh sampai ada yang kelaparan.

Apapun, di tahun 2012 16 Mei akan pasti menjadi kenangan selamnyanya. Wassalam...

"SELAMAT HARI GURU"



Stylish Thankyou

Kamis, 03 Mei 2012

Selamat Ulang Tahun Dear Bonda & Adikku


 

Eceli, lupa harini besday ke 22 adik  yang dok study UITM. Sejak xde fesbuku ni lambat betul dapat maklumat. Terpandang sekilas tadi di sidebar, baru teringat. Dia ni adik nombor 5 dalam keluarga...dari kecil sampai ke besar memang x bagi masalah langsung. Skema dan cukup berjimat a.k.a kedekut (he he he) orangnya. ** Kena paksa dulu baru leh belanja.
 


Seingat2 cheq sue lah, dia ni lahir dalam bulan Syawal, sebab itulah namanya MUHAMMAD SYAWAL. Masa tu cheq sue umur berapa ya.... kita sibuk nak raya, tetibe mek nak bersalinkan dia. Sudahnya tak sempat kita nak pi jalan2 kena duduk rumah aje.

Istimewanya hari ini juga merupakan ulang tahun ke 57 tahun  ibunda kami yang tercinta. Dia tu bangga la dapat share besday ngan mummy...hi hi hi...

Buat keduanya yang tersangat istimewa di dalam hidupku, semoga kalian berdua dirahmati Allah selamanya, sihat walafiat dan dapat melalui kehidupan ini seadanya. Moga Allah memelihara kasih sayang kita semua.
Wassalam...

Selasa, 10 April 2012

Cuti Hari Pertabalan DYMM YDP Agong Ke 14

 
 
 
Hari ini istimewa bukan sebab hari kelepasan am
Cheq sue pun x leh nak cakap banyak
Karang ada pulak yang salah maklumat
Tapi seperti yang kita semua tahu
DYMM YDP Agong sekarang (Sultan Kedah) telah dilantik menjadi Agong untuk kali yang ke dua
Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah
 Upacara Pertabalan telahpun dibuat pada 13 Disembar 2011 
 
Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 (1970 ~ 1975)
 Dan untuk pusingan ke 14, Baginda sekali lagi dipilih menggantikan Sultan Mizan 
Yang telah tamat 5 tahun pemerintahan dan telah kembali ke Terengganu
Dengan Sultan Kelantan (kebanggaanku) sebagai timbalannya
Semoga dengan limpah kurnia Tuanku, kita sama-sama mengecap bahagia di bumi Malaysia
DAULAT TUANKU!
Wassalam...

Jumat, 23 Maret 2012

Sekitar Penggambaran SEKOLAHKU HEBAT Oleh ASTRO





Salam Jumaat yang mulia, semoga kita semua mendapat rahmat dan lindunganNya
 
Semalam pihak ASTRO telah membuat penggambaran SEKOLAHKU HEBAT di tempat keje cheq sue
Ini adalah musim kedua dengan pengacaranya Azrul (Raja Lawak)
1st time dapat tengok camana orang tv bekerja
Memang pengalaman baru betul
Sempat la merasa bila ada yang kata 'action' dan 'cut' serta 'one more'
Tetibe perasan tahap retis pulak!
Cerita ni dah pun cheq sue entri kan di blog satu lagi, boleh baca di sini

Tapi cheq sue nak share jugak di sini, dengan lebih banyak gambar untuk dikenang-kenang kemudian hari
Moh le nengok




Kalau la cheq sue sok tempat Azrul tu, memang tak terkata apa-apalah
Tengok deme ni kan macam rilek aje langsung xde malu ke segan ke hape



 Budak2 pun dah termalu rimau, ada jugak yang sporting
 


Masa kena buat shoot untuk promo, jakun giler weh
Tak tahu nak pandang kat mana
Tengok kamera canggih manggih
Perghhh...
Padan la cheq sue nih  jadi cikgu aje










Antara krew penggambaran

Untuk episode ni tak tahu bila akan ditayangkan
Tentunya lah di channel 601
Channel kanak-kanak
Yang bestnya cheq sue tak tahu pun dalam pakej ASTRO kat rumah ada channel tu
Haiii...berat nanang sungguh
Nanti jangan lupa tengok tau


Wassalam...

Minggu, 22 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina

 
 
Sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini, memang bersantai habis di rumah. Tentu juga banyak undangan majlis perhahwinan ataupun sekadar memenuhi aktiviti bersama keluarga. Apa jua yang dilakukan, semoga berhati-hati dan selamat semuanya. Buat teman-teman yang gembira menyambut CNY semoga anda akan sentiasa bahagia. Tahun ini, walaupun tahun naga, diharapkan dapat memberi 'ong' yang positif, bukan dengan perkara2 yang menyakitkan hati atau menyesakkan dada.

"Ang Pau Na Lai......"

Wassalam...

Jumat, 06 Januari 2012

Terima Kasih...!

 
 


 
Bila dapat hadiah, memang rasa suka sangat, mengalahkan budak2... Sesekali dapat tu memang kembang berbunga-bunga. He he he, kemain suka kan cheq sue nih. Terima kasih buat Kak Mynn (Blog Salam Dua Benua) yang  sudi memberikan cenderahati buat cheq sue. Sejujurnya tak berapa pasti lagi sampai sekarang, kenapa Kak Mynn memberikan cenderahati ni. Cheq sue ada jugak tgk di blog beliau, ada 5 orang semuanya. Tapi cheq sue sangat berbesar hati menerima apa yang telah dikirim iaitu silicon cup cakebaking  mould, silicone pot grabber, keychain Australia dan alas cawan (i think) utk tea time.  Terima kasih banyak2, memang suka sangat-sangat. Rasa senyum pun lebar lain macam je bila terima sampul ni pada 5 Januari lalu.

Manakala satu lagi daripada teman sepengajaran di sekolah, Puan Norjanah @ Kak Nor yang menitipkan beg kecil dari Acheh. Rasa macam feminin aje bila bawak beg tu, selalu semberono aje. He he he, pasni boleh la angkut beg tu time2 nak pi makan kat kantin. Cuma jangan dok tinggal merata2 ajelah ya...

Once again...tq ya! Muahahah.... (*=o=*)