Tampilkan postingan dengan label e-card. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label e-card. Tampilkan semua postingan

Selasa, 06 Agustus 2013

Eid Mubarak 1434 / 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bahang Syawal semakin terasa. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya / Salam Lebaran / Eid Mubarak kepada semua teman2 yang tersayang. Jika ada kelancangan kata, kekasaran bahasa, harap maafkan segala kekhilafan saya.Maklumlah, dalam dok seronok menulis ni manalah tahu ada yang berduka membacanya.


Jika ada jodoh pertemuan, kita akan berjumpa lagi di sini satu hari nanti. Semoga juga Aidilfitri yang bakal menjelang membuahkan sejuta kebahagiaan buat semua. Jaga diri, jaga makan dan jangan lupa beraya dengan berhemah.... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidiladha 1433H - 24.10.2012

 
 
 Salam Aidiladha 1433H buat kawan-kawan blogger Cheq Sue di mana jua kalian berada. Semoga kehadiran Aidiladha kali ini mencetuskan perubahan buat diri cheq sue dan rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam ibadah korban. Pada yang sedang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah diharapkan agar mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa di sana.

 
Pada yang mahu atau telah pulang ke kampung, berhati-hatilah dalam apa jua yang anda lakukan. Semoga beroleh keberkatan. Wassalam...

Stylish Thankyou

Kamis, 16 Agustus 2012

Minal Aidil Wal Faidzin

 
 
Pastinya saat ini masing2 sudah sibuk membuat persiapan akhir menjelang hari raya yang InsyaAllah akan menjelma tidak lama lagi. Cheq sue  sendiri pun sudah selamat sampai ke kampung petang hari Rabu, 15 Ogos lalu.  Kawan-kawan yang baru nak memulakan perjalanan tu diharapkan dapat berhati-hati. Jadilah pemandu yang berhemah. Sepanjang jalan balik Gua-Musang ke Pasir Puteh, memang banyak sungguh PDRM, JPJ dan traffik yang membuat pemantauan. Jadi beringatlah kalau tak mahu kena saman.
 
Bila dah dekat raya ni, memang banyak yang perlu dibuat Oleh yang demikian aktiviti berblog ni bercuti seketika. Segala gambar2 yang masih belum diupload tu akan diletakkan kemudian. Cheq sue dah tengok tadi ada banyak e-kad raya kawan2 yang cantik2 tu. InsyaAllah lepas raya ni baru cheq sue nak ambil ya, sebagai kenang-kenangan. Dan kalau sudi silalah ambil e-kad dari cheq sue yang tak seberapa ni ya!

 
Kepada semua teman blogger, cheq sue memohon maaf seandainya ada terkasar komen atau terlebih kata di dalam n3, mana yang kurang tu datangnya dari cheq sue sendiri dan yang lebihnya itu dari Allah jua. Seandainya diizinkan kita akan berjumpa semula selepas hari raya nanti. Semoga Aidilfitri kali ini membuahkan kebahagiaan pada kita semua.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Wassalam

Stylish Thankyou

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru Cheq Sue



 
  
Seperti yang diketahui umum, hari ini merupakan HARI GURU yang disambut setiap 16 Mei di seluruh negara. Walaupun tanpa sambutan besar-besaran di sekolah kerana pertembungan dengan peperiksaan pertengahan tahun, tetapi majlis makan-makan @ potluck tak kurang meriahnya. Masing-masing dengan juadah yang dibawa, penuh 2 meja hingga tak tahu nak ambil yang mana.
 
Sebagai seorang guru, sambutan hari guru sangatlah bermakna kerana di kerjaya inilah cheq sue banyak menimba pengalaman kehidupan. Berurusan dengan insan-insan di pelbagai lapisan dan perangai, emosi memang memainkan peranan. Harapnya semoga selepas ini kejaya perguruan cheq sue akan makin meningkat maju. ^^ Bagi sesiapa yang ingin melihat tema-tema sambutan hari guru boleh lah klik sini...
 

Ini hasil tangan cheq sue. Dah lama teringin nak buat dan makan RVC, kena dengan special moment ni memang aduhhhhh lupa terus tang dietnya. :( ! Rupa2nya ramai yang menggemari kek ni. Kena pulak dengan tema merah pada pagi tadi... Wiwitt...


Dapat e-card dari Umi... TQ ya... *_*


Antara juadah yang dibuat. Ni side lauk pauk dan nasi...  Semak samun di meja guru tu harap di abaikan ya!


Ini pulak bahagian pencuci mulut. Perghhh, pandai masak rupenye korang ni ye, saja xmo tunjuk skill...  Tu tangan Cik Puan Zuraini yang tak samabr nak menjamu selera. Selalu makan awal, tetiba hari ni kena paksa makan waktu rehat sebab nak tunggu semua ada. Kesiannnnn sungguh sampai ada yang kelaparan.

Apapun, di tahun 2012 16 Mei akan pasti menjadi kenangan selamnyanya. Wassalam...

"SELAMAT HARI GURU"



Stylish Thankyou

Kamis, 05 April 2012

Tak Dapat Ke Finland, Dapat Bunga Pun Ok Lah...


 
 
Sisipan malam sebelum lena...
Tahniah untuk Nieza nun jah di Finland sana atas ulangtahun ke 2 blognya
Our Journey Begins
Jauh berjalan, luas pengalaman
Kita yang dok Malaysia ni mungkin tak berkesempatan nak ke sana
Dengan adanya cerita ceriti yang Nieza kongsikan, kurang2 boleh jugak cheq sue berangan
 * Berangan memanjang



 
Semoga apa yang Nieza sudah dan akan kongsikan akan memberi manfaat kepada kita semua
Pasni kena rajin2 mengupdate selalu tau... 
T_T
Wassalam...



 
* Minta maaf tak dapat BW, penat sangat rasanya
Sejak dua menjak ni ngalahkan menteri kerjanya.....

Selasa, 30 Agustus 2011

Salam Lebaran Dari Cheq Sue

Assalamualaikum & salam sejahtera


Di kesempatan yang ada ni... Cheq Sue ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & SALAM LEBARAN  kepada semua teman blogger yang banyak mengisi suka duka dan cerita ceriti dengan Cheq Sue sepanjang 5 bulan aktif berblog ni.

Walaupun kita hanya bersapa-sapa di alam maya, Cheq Sue sesangat menghargai persahabatan kita. Harapnya semoga ikatan ukhuwwah ini akan berkekalan selamanya. Jika ada silap dan salah, ada terkasar bahasa terpesong makna Cheq Sue pohon seribu kemaafan semoga tiada yang terkesan di hati. Sebagai insan biasa Cheq Sue pasti tak pernah terlepas dari segala dugaan ini...

Kepada yang ingin balik kampung tu, jangan lupa berhati2 di jalan raya, pastikan segalanya telah diperiksa. Cheq Sue doakan semoga kita semua akan selamat beraya bersama keluarga masing-masing.. InsyaAllah

Untuk kawan2 semua, sudi2kanlah mengambil kad raya yang tidak sepertinya ini... Jangan segan2 menggantungnya di rumah masing2 ya... Walaupun tak setanding dengan yang lain, ini adalah hasil kerastangan Cheq Sue sendiri mengodek2 kat photoshop... Next raya kita bikin cantik2 lagi ya!!!



Jumat, 26 Agustus 2011

Kad'S Raya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmmmm.... kali ni pertama kali beraya sebagai blogger. He he he... pengalaman desh... cheq sue dengan suka hatinya pi kutip kads raya dari rumah teman2 ni... Kawan2 jangan lupa pulak menggantung kad raya dari cheq sue yang tak seberapa tu ya....

Agak-agak kalau  korang baca n3 ni...cheq sue dah sampai kat mana ya? cheq sue dah on the way balik ke kampung... korang? bila nak balik? Selamat hari raya semua......................