Pengalaman Shoping Raya Dengan Anak
Selamat petang korang semua. Dah siap masak ke belum? Mesti dah setel dah semuanya tunggu nak hidang dan ngap aje kan? Cheq sue and the gang dah siap dah...dok rilek2 kejap tunggu masa. Nak share sikit pengalaman bershopping raya dengan anak angkat pada 28 Julai baru2 ni. Anak angkat? Hish... member sekolah sebenarnya, memang selalu pun cheq sue bawa ke mana-mana. Tu dah jatuh anak angkat dah tu. ^^Sebelum ni memang tak pernah pun cheq sue bawak budak pi beli barang2 raya. Kalau barang sendiri tu memang adat la kan. Dari Ch cheq sue bertolak dalam pukul 9.15 gitu, sampai di Ipoh (Greentown Mall) dalam pukul 10 lebih, masih tak ramai orang, parking pun masih banyak. Terus aje masuk ke kedai yang memang khas untuk jualan baju2 raya lelaki dan perempuan. Abahnya memberikan RM 250 untuk segela keperluan tu. Fuhhhh...cheq sue dulu jangankan nak bagi jumlah gitu, nak bawa ke bandar pun jangan harap, tahu2 baju raya cuma baju kurung yang ditempah aje.Budak Hawa yang cheq sue bawa tu berkehendakkan baju kaler pink @ ungu untuk baju rayanya. Dari satu kedai ke satu kedai punya lah payah nak dapatkan apa yang dihajati. Kebanyakan bajunya mahal dek perincian yang ada macam manik dan batu sulam. Dalam dok mencari tu ke sana sini sampai 4 jam barulah jumpa baju yang dihajati. Penat xsoh cakap la, dengan puasanya, panasnya, cuba bayangkan kalau ada 3 4 orang anak yang perlu dibeli keperluannya? Cheq sue termenung jugak seketika, barangkali begitulah yang dirasai kebanyakan ibu bapa di luar sana semasa menyediakan keperluan raya anak-anak. Dah jumpa baju, terus pula cari tudung. Budak2 sekarang ni dah tahu melawa, nak pula selendang nak dipakaikan lilit2 ala-ala Najwa Latif tu la kot. Bila dah dapat baju dan tudung, tinggal kasut pulak yang kebanyakan kedai dimasuki semuanya tidak berkenan. Ada jugak rasa nak sekeh kepala budak tu, geram jugak cheq sue pun. Padahal diri sendiri pun kemain payah jugak nak beli ape-ape... *_*Itulah sedikit pengalaman cheq sue masa bershopping itu hari. Memang jadi ingatan sungguh. Jom nak berbuka. Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar