Minggu, 01 Juli 2012

Seramania : Hubungan erat antara peminat 2 negara..

Seperti yang telah saya tulis di dalam artikel yang lepas...serama mampu menambah jaringan persaudaraan dan hubungan ukhwah antara peminatnya walaupun berlainan bangsa mahupun negara. Walaupun saya masih sahaja baru dalam arena ini, semakin ramai rakan-rakan yang sama minat menjadi rakan-rakan saya yang kebanyakannya berhubung melalui jaringan teknologi moden ini.

Bagi peminat serama tegar di Malaysia, hubungan dengan peminat serama Indonesia sudah bertaut lama lantaran budaya dan komunikasi yang hampir sama. Bukan pekara asing bagi pemain serama Malaysia yang berkunjung ke sana dan begitu ramai juga peminat seramania Indonesia yang berkunjung ke sini untuk mengeratkan dan menrapatkan hubungan sesama kita.

Salah seorang yang kerap berhubung dengan saya adalah saudara Hellme Lambreta dari "Serama Independent Community (SIC) Indonesia". 


Terima kasih atas sumbangan Piala BOTB Raja Kenyir (gambar di bawah) yang datang dari SIC. Moga hubungan ini makin erat dan memeriahkan lagi semangat dan keceriaan di dalam arena serama. Terbaikkk buat rakan-rakan seramania di Indonesia khasnya saudara Hellme.

Piala BOTB Raja Kenyir (Sumber gambar : FB SeramaAnak Johor)
BOTB Raja Kenyir (Sumber : FB SAJ)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar