Sebelum perkhemahan hari tu, sempat jugak cheq sue jalan2 ke Jepun, ke blog Ros Jintan Manis yang masih tak dapat cheq sue nak follow. Terpandang dek mataku cara-cara nak membuat telur masin. Walaupun tak la penggemar telur masin tapi dek kerana nak cuba, cheq sue beli la 10 biji 'telur kampung' yang berkulit putih tapi tak pasti pulak telur tu telur ayam kampung ke ayam bandar. Nak beli telur itik macam mahal bebenor aje, kita baru nak cuba kan, kalau berjaya boleh buat dengan telur itik pulak.
Walaupun cheq sue ni merantau ke CH aje, kira ok la nak guna tajuk telur masin perantau tu ya. Walaupun boleh beli telur masin yang dibungkus dengan tanah liat tu, tapi telur masin yang dibuat sendiri pastinya memberi lebih kepuasan kerana mencuba. Lagipun sekarang ni sebiji telur masin agak2 berapa harga ya... dulu beli 1 biji RM 0.80, kalau yang dah masak sebelah aje dah singgit.
Untuk percubaan pertama ni cheq sue cuma masukkan ke dalam bekas plastik, cari2 xde pulak bekas kaca. Harap2 menjadi la nanti, dok ingat2 diorang jual telur masin kat Pasir Puteh tu guna plastik jugak. Mengikut kata Ros, telur masin ni boleh direbus mulai hari ke 14 hingga hari 20. Nantilah 15 hb ni akan cheq sue update la camana hasilnya, ada kejadian atau tidak. Kalau menjadi boleh buat berbuka puasa Ramadhan nanti. Suspen jugak ni. Sama-samalah kita nantikan... Wassalam.
Day 1 : 1 Julai 2012
TELUR MASIN PERANTAU ( TELUR AYAM)
Sumber resepi : rosmarlina @jintanmanis.com
Sumber resepi : rosmarlina @jintanmanis.com
Bahan-bahannya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
Air secukupnya
Bekas
Balang kaca
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
Air secukupnya
Bekas
Balang kaca
Cara-Caranya
1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2. Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. Susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar