Tampilkan postingan dengan label Tanaman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tanaman. Tampilkan semua postingan

Selasa, 17 September 2013

Buah Berangan Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kembali bersiaran di pagi yang semakin menginjak ke tengah hari. ^_^

Dah baca kan tentang cerita pasal buah berangan kampung dan jari jemari yang halus-mulus tu? Kalau belum boleh klik kat sini. Jadi kali  ni saya nak share pulak tentang macam mana saya memasaknya. Rasanya semua dah tahu, cuma mungkin tak berkesempatan nak membuatnya sendiri.


Buah berangan yang telah digoreng lebih enak dimakan semasa masih panas kerana isinya masih lembut. Kalau dah sejuk tu sampai lenguh rasa pipi dek asyik menggigitnya. Yang saya buat ni dibawa ke CH, goreng di rumah kawan saya. Kalau nak kata saya habiskan sendiri memang tak mampu lah. Ni pun makan ramai-ramai dalam gelap (masa tu kebetulan pula letrik tiba2 terputus)


Ini hah... dua beradik yang dok mengadap buah berangan. Siap guna alu lesung lagi. Kalau nak gigit je gitu alamatnya boleh patah gigi. Sorang tukang tumbuk, sorang tukang keluarkan kulit.


Macam mana nak kongskikan resepi ya? Tak ada sukatan yang khusus, cuma perlukan buah berangan saja. Kata saudara kawan saya, lagi harum jika digoreng bersama kopi kasar. Kalau tengok yang dijual tu entah dalam apa ya mereka goreng... kata orang guna tar jalan raya. Hish tak pasti lah pulak tu betul ke tidak kerana saya tak pernah lagi membelinya.

Saya bagaimanapun merebusnya terlebih dahulu di dalam pressure cooker sebelum menggorengnya di dalam kuali. Jadi masa menggoreng pun tak lama dan isinya masak sekata. Kalau tak direbus dulu memang ambil masa sikit nak masak...silap haribulan kena yang masih mentah. T_T Kalau nak tahu buah berangan ni dah masak atau belum, tengok saja pada kulitnya yang merekah sedikit selain warna yang bertukar kehitaman.

Lain kali kalau ada lagi buah berangan ni, saya nak cuba goreng dengan kopi kasar pulak tengok macam mana rasanya. Buat kawan-kawan, selamat mencuba!

Rabu, 11 September 2013

Buah Berangan Kampung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa kecil2 dulu, bila sebut saja buah berangan, saya teringat sejenis permainan yang selalu di mainkan dengan lagunya yang berbunyi lebih kurang begini...

Cak klepak klepuk klepa
Woh bronge lokoh kulit
Akat crano takdok tebaka
Mari same kito balik
Lik lik gong pok salik kena sigong
Mamat naik nyor turun kok plepoh
Mamat nak gi mano
Mamat nak gi nikoh...

Budak2 sekarang mungkin dah tak tahu permainan tu. Di setiap kawasan mungkin liriknya juga berbeza. Saya sendiri pun sudah ingat2 lupa tentangnya.


Buah berangan... saya pasti kebanyakan kita tahu pasal buah ni. Agak lama juga saya tak jumpa buah ni tetapi masa balik kampung minggu lepas kebetulan tengah musim buah ni meluruh bersekali dengan musim buah getah. Jadi rezeki saya agaknya nak kongsikan pasal buah ni. Sebelum apa2 abaikanlah ya jemari saya yang halus mulus tu...jangan ada yang terpengsan pulak. Gambar ambil dengan fon aje.


Inilah ropenye buah berangan yang masih berada di dalam kulit. Kelihatan ada 2 / 3 biji di dalamnya. Kalau biji kurang saiznya jadi besar sikit. Tapi mungkin jugak sebab ianya berangan kampung maka saiznya tak la berapa besar. Kalau nak dibandingkan dengan berangan yang dijual di pasar2 malam memang jauh bezanya.


Inilah antara hasil yang diperoleh selama lebih kurang 2 jam mencari dengan adik. Dalam 2 kilo ada kot. Agaknya kalau ada masa panjang boleh dapat banyak lagi. Kata mak saudara saya yang memotong getah berdekatan, kali ini tak ada yang rajin mencari. Saya pun kebetulan adik yang mengajak, kalau seorang mmmm minta maaf lah ya. Tapi betul jugak katanya. Sekarang ni siapalah yang hendak bersusah payah mencari. Dengan nyamuk, semak dan gatal miang...lebih senang beli aje....


Ini pula keadaan buah yang telah gugur ke tanah. Ada yang masih di dalam kulit. Ada juga yang masih belum terpisah. Bila buah tu meletup bijinya akan bertebaran ke merata-rata. Masuk ke dalam sungai pun ada. Kalau kata ada banyak daun, kenalah kais dulu dengan kayu.


Ini pula rupa buah dan kulit yang telah bercerai dari biji. Saya pun macam baru tengok jugak ni. Zaman budak2 dulu ada la sekali dua mencari buah berangan tapi dah tak ingat bentuknya macam mana. Jadi dengan adanya gambar2 dalam n3 ni, diharapkan dapat mengembalikan ingatan zaman dulu-dulu kita semua.


Pokok  ni agak besar juga. Mungkin dalam spesies pokok balak agaknya. Yang ada dj kampung saya ni tumbuh tepi sungai. Lebih kurang satu pemeluk saiznya.... Semang nostalgia sungguh masa kutip tu, dengan deruan air sungai mengalir dan bunyi buah yang pecah... terasa jiwa sangat tenang. Nostalgia!

Kamis, 20 Juni 2013

Kacang Panjang Renek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Malam... baru nak keluar n3. Sibuk sikit lately sebab menyiapkan tugasan sempena kejohanan sukan tahunan yang akan berlangsung hujung minggu ini. Ada banyak yang perlu dibereskan.

Pernah tengok tak kacang panjang renek ni? Saya sendiri baru pertama kali menanam kacang ini di sekolah. Walaupun ada satu silibus di tingkatan 4 berkaitan kacang panjang renek, tetapi saya belum pernah menanamnya  kerana tidak pernah bertemu kedai yang menjual benih. Tetapi kebetulan saya ke Pasir Puteh, terjumpa ada benih yang dijual di kedai plastik berdekatan Masjid Ibrahimi. Manakala di Gua Musang pula ada dijual di kedai plastik berhadapan Balai Polis (satu deret dengan AVON).


Bezanya kacang panjang renek dengan kacang panjang panjang biasa adalah pokoknya yang renek (setinggi lutut)  jangka hayatnya yang pendek, panjang lengai kacangnya yang pendek dan pengeluaran buah di bahagian atas kanopi pokok. Sesuai sangat jika ditanam di dalam pasu atau sebagai tanaman hiasan.


Ini adalah yang ditanam oleh pelajar tingkatan 4, yang pelajar saya tanam pokoknya masih kecil lagi, belum ada buah. Saya curi2 ambil la ni... ^^ Dalam satu lubang yang kawan saya tanam tu, diletakkan dua pokok (dua benih), sebab itu nampak pokoknya agak rimbun dan banyak daun. Dari segi penjagaan, sama seperti kacang panjang biasa kecuali meletakkan sokongan / kayu pancang tidak perlu dilakukan.


InsyaAllah kalau dapat rasa buah ni, saya akan update  apa pulak rasanya.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 11 Mei 2013

Pokok Jarum Tujuh Bilah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Jom masuk kebun sat...hari Ahad ni kena santai2 sikit, baru tak stress nak masuk kerja esok. Alkisahnya balik kampung baru ni saja la bawak anak buah jalan-jalan, terjumpa dengan pokok jarum tujuh bilah ni. Tak hairan sangat sebab di rumah CH pun memang ada pokok ni. Daunnya boleh dibuat ulam dan ada banyak khasiat perubatan. Katanya boleh mengubat kanser. Pokok ni saya tak pasti ada berapa jenis, tetapi yang selalu saya lihat yang bunganya berwarna merah dan jingga.


Bunganya cantik, jingga terang.


Jarum2 yang ada pada pokok tu. Saya agak dari sebab inilah ianya dinamakan pokok jarum tujuh bilah. Tapi saya ada mendengar pendapat orang2 tua yang mana jarumnya tu tidak semestinya tujuh, tetapi berjumlah ganjil samada 5 atau 3. Jarumnya ni memang bisa sangat. Kalau tercucuk jari ke, seminggu belum hilang rasa sakitnya. Saya memang selalu kena lah...


Yang saya nak tunjukkan kat sini adalah buah jarum tujuh bilah. Ini pertama kali saya melihatnya. Memang pokok ni agak besar jugak, batangnya saja ada la kot besar betis gitu...tak sangka pulak berbuah. Kira2 saya pun jakun jugak di kampung sendiri. Cantik je bentuknya...adik beradik kaktus agaknya pokok ni. Buat perkongsian semua. Untuk maklumat lebih lanjut boleh jumpa Pak Wiki...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 01 Juni 2012

Dah Musim Dah....


 
 
Sekadar memetik kata-kata Nani, bila dok kg, xsempat nak masak sangat. Banyak masanya makan kenduri selain menjamu air tangan emak.  Jadi mulalah nak keluar n3 merapu. Kalau xde n3 atau tak berceloteh mulalah hati tak tentu. Dok kg ni pulak lagi lah…line tenet ngalahkan kura-kura, jangankan nak komen, nak BW pun tersengguk-sengguk. Jadi maaflah kalau tak dapat nak meninggalkan kata sepatah dua… Pada yang sudi meninggalkan komen di ‘ABC’ ni terima kasih banyak-banyak.

Puas jugak melilau keliling rumah, tengok apa2 yang boleh dikongsi. Bila terpandang ada banyak buah-buahan yang lebat berbuah, ini tandanya musim buah sudah kembali. Kalau awal tahun dulu, kebanyakan buah2 di daerah timur ni tak menjadi,  sebaliknya di daerah hulu seperti Gua Musang sangatlah berlebih-lebih. Tapi nampaknya kali ni memang menjadi rezeki daerah2 timur seperti di Pasir Puteh ni… Walaupun dijangka boleh dimakan dalam bulan puasa nanti atau ketika Aidilfitri, memang tak sabar menanti. Masakan tidak, kalau rambutan tu, duduk aje kat bawah pokok, bila rasa nak makan kait aje atau ambil dengan tangan. ^^
 
Mmmmm jemputlah tengok gambar ya. Wassalam...
 


 Rambutan ni special sikit, memang sedap. Kalau berbuah tak pernah sikit. Jenis 'anak sekolah'. Tak pasti pulak sekolah kat mana. He he he..
 



 Raja buah. Durian jenis 'Kunyit' dan 'Bakok' yang ada. Kalau menjadi memang tak puas makan. Buat pulut durian wallahweh...
 
 



 Buah cempedak. Dah lama jugak x berbuah pokok ni. Sekali berbuah memang tak habis makan. Ulasnya kecik aje tapi banyak. Untung kalau nak buat cempedak goreng sebab isi nipis. *_*
 



 Buah paling bekeng...asyik menyalak aje kejenya. Kalau kena yang sedap memang x berenti makan. Ada arahan nak buat jeruk dah. Pasni kena search resepi ^^



 Limau bali. Sedap dibuat colek. Tambah2 kalau ramai yang makan. Sesuai sangat nak makan lepas terawih nanti. Aishhhh...
 
Note : Kat ujung kampung ada kenduri, siap MC dengan silat lagi boleh dengar sampai ke rumah. Nanti mek balik tu siaplah dia cerita ^^
 
 
Stylish Thankyou

Selasa, 01 Mei 2012

Bunga Jantan vs Bunga Betina



 
 
Rasa2 macam nak sambung cuti lagi je esok. Sejak pagi kejenya mengalahkan surirumah sepenuh masa. Bermula dengan menyetelkan kain2 dan toto + selimut, sambung pula dengan membasuh segala mak nenek dalam simpanan di bawah tangga. Bukan benda ape pun, macam tupperware, bekas2 plastik...habis dikencing dek tikus. Dulu 2 tingkat kain kena basuh semua. Ishhhhhh sakit hati sungguh! Kita pasang perangkap xde pulak yang terkena. Hurmmmm....



 
Eh, membebel pulak ye...Melepas perasaan ni sebenarnya. Jom kita layan saki baki perkongsian kursus. Mungkin ramai yang dah tahu sebilangan tanaman ada bunga betina dan bunga jantan. Ada juga yang mempunyai bunga betina dan bunga jantan dalam kelopak yang sama. Ini semua adalah bukti ajaibnya kuasa Allah terhadap ciptaannya.



 
Seperti juga bunga di dalam gambar ini. Ini adalah bunga labu ya. Jika dilihat, bunga jantan dan bunga betina mempunyai perbezaan yang ketara yang mana bunga betina berbentuk bulat di bahagian bawahnya, yang itulah akan membentuk buah manakala bunga jantan tiada. Bunga jantan ini sebenarnya boleh di petik untuk mendebungakan bunga betina. Sekiranya menggunakan pendebungaan semulajadi menggunakan angin, buahnya masih boleh terjadi tetapi saiznya lebih kecil.

Dua jenis bunga ini boleh dilihat dalam keluarga yang sama dengan labu iaitu tembikai dan timun. Untuk tembikai, nisbah pendebungaan adalah 1 bunga jantan : 3 bunga betina. Untuk labu cheq sue tak pasti pulak. Biasanya dalam penanaman tembikai proses ini dinamakan pendebungaan berbantu dan dibuat secara manual menggunakan tangan.



 Demikianlah sedikit maklumat yang dapat dikongsi. Wassalam...

Senin, 30 April 2012

Tomato : Dari Ladang Ke Rumah





 
 
Pernahkah kita terfikir apakah proses2 yang dilakukan terhadap buah tomato sebelum dijual @ dipasarkan? Cheq sue sebab ada silibus dalam bab2 tomato ni, so ada la sikit pengetahuan. Dalam kursus baru2 ni di adakan juga lawatan ke sebuah ladang tomato yang terbesar di CH di Blue Valley, kalau saja2 nak masuk memang tak boleh. Pengeluaran tomato di ladang ni dengan anggaran pendapatan RM1j sehari. Phewwww... Memang rambang mata melihat kat ladang tu. Segala proses dikendali menggunakan komputer kecuali aktiviti yang memerlukan tenaga manusia seperti mengangkat dan menurunkan buah. Jom kita tengok gambar2 ni pulak.





 Ini antara sebilangan raga dengan muatan tomato yang dikutip. Boleh bayangkan betapa banyaknya hasil tomato setiap hari kan? Ini sebilangan aje, yang tak masuk dalam gambar lagi banyak dari yang ini.





 Tomato yang di dalam raga tu tadi akan dimasukkan ke dalam bekas pengumpulan ni. Kalau tengok ada kotak hijau tu adalah sensor yang akan mengawal kenaikan buah tomato ke proses seterusnya. Buah tomato ni bercampur dalam beberapa peringkat dan kematangan berbeza.





 Yang ni pulak ibarat jambatan untuk ke proses membersih.





 Kat sinilah tomato tu dibersihkan samada guna air atau campuran racun kulat. Bagi penghantaran jauh, seperti ke Singapura atau Hong Kong, racun kulat tu perlu untuk mengelakkan buah menjadi reput @ busuk. Kalau untuk pasaran tempatan rasanya xde proses2 ni bagai.





 Selepas proses pembersihan (atau rawatan) buah tomato ni akan dibersihkan dengan berus lembut dan dikeringkan dengan bantuan kipas bagi memastikan buah benar2 kering





 Bila dah betul2 kering, buah2 tomato ni akan melalui convayer untuk ke bahagian yang telah ditetapkan iaitu digred mengikut berat (weight)dan kematangan buah (ripeness). Kesemua proses ni dikontrol menggunakan komputer. Pekerja hanya perlu memasukkan sahaja buah yang terkumpul ke dalam kotak dengan beratnya sebanyak 10 kg





 Bila dah siap masuk dalam kotak, ia akan bergerak ke mesin apa tah ni...khas untuk pasang pelekat atas dan bawah kotak.





 Tadaaaa... dah siap! Kalau tengok kat kotak tu ada maklumat pengusaha iaitu K.C KWANG & SONS SDN BHD (dikenali juga sebagai Tomato King), ripeness buah dan saiz. Yang di dalam kotak inilah yang akan dihantar ke tempat anda, siapa tahu...

Cheq sue harap dengan maklumat ni dapat memberi sedikit pengetahuan buat kita semua. 
Wassalam...
 
Note : Selamat Hari Pekerja ^_^

Kobis Pelik? Tak Lah...



 
 
Pernah tengok kobis camni? Cheq sue 1st time nengok kat luar, kalau kat tv tu selalu la jugak nampak chef masak kobis gulung @ kobis lapis. 1 pokok tu memang besar kemain, agaknya 1 2 kilo boleh dapat. Mula2 ingat kobis ni terkena penyakit. Pelik jugak takkan kobis pun kena penyakit virus. Ish ish ish... Yang cheq sue nampak ni masa beramali di MARDI CH. Kalau ada kelapangan tu silalah berkunjung ke sana, boleh nengok bermacam-macam. Wassalam...
 


 
Note : Sila jangan termuntah melihat n3-n3 seterusnya... (^_^)

Sabtu, 11 Februari 2012

Blackberry Ke Ni.....

 
 
Malam ni, sunyi betul rasanya, ala-ala kuch kuch hota hain gitu. He he he. Moh le layan pokok blackberry ni. Bagi sape yang belum kenal pokoknya, inilah rupanya blackberry Malaysia. Sebenarnya cheq sue pun tak berapa kompom, tapi bila dah search Google, rasanya dah betul.
 


Mula-mula tengok pokok ni kat tepi longkang besar jalan nak masuk ke sekolah. Cheq sue dah curious sebab nampak macam orang tanam je pokok ni, dengan batu2 yang tersusun di kelilingnya, mustahil untuk pokok tu tumbuh sendiri. 

Jadi pada satu petang tu cheq sue pi la tengok dekat sikit, ambik dan rasa buahnya. Tak la masam, manis pun ala-ala aje. Tapi bila amik buah tu rasa macam rasberi pulak.
 


Ni la buahnya yang tengah masak ranum. Kalau lihat kat batang dan ranting pokok ni ada duri, memang masyuk la kalau kena!

 


Cantik kan susunan daunnya tu, selari aje.

 


Ni pulak buah yang masih belum masak, tapi dah on the way gitu. Sekali tengok macam bunga.
Sori la, gambar tak berapa nak clear sebab cuaca berangin, sentap sungguh nak memosing!
Wassalam...

 

Sabtu, 29 Oktober 2011

Petai

Assalamualaikum & salam sejahtera


Alhamdulillah...semangat sungguh makan tengah hari tadi. Balik dari KB sedang elok perut berkeroncong. Dapat sepinggan nasi berlaukkan daging goreng, berkuahkan ikan singgang dan berulamkan petai....hurmmmmm memang senang hati. Siapa x suka petai? Mana nak tengok sikit... Petai ni memang la sejenis ulam yang sangat2 membuka selera. Pekena pulak dengan budu, sambal belacan atau sambal tempoyak, x sedar boleh menambah nasi berpinggan-pinggan. Selain dimakan segar, petai ni sedap jugak dicelur, dijeruk ataupun as known boleh juga dibuat sambal tumis. Kalau dicampur dengan ikan bilis ke, ayam ke, udang ke memang layan habes...

Petai kat dalam gambar tu adalah segar dari pokok... cek cheq sue baru saja memetiknya dari pokok. Eh, bukan dia yang panjat, tapi beruk la...baru 2 3 bulan perlihara dan boleh turunkan kelapa dan petai, tapi bila bab makan tersangat la memilih... **Tak padan dengan beruk!!

Jom kita tengok ape khasiat petai ni... Walaupun bau kureng menyenangkan tapi khasiatnya memang diakui...

Strok.
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.




Merokok.
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin. 

Anemia.
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia. 

Sembelit.
Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit

Kegemukan.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan. 

Depresi.
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Sumber : Fazlisyam

Jumat, 16 September 2011

Colours Of Bunga Raya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sempena dengan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia hari ini, jomlah layan mata dengan gambar2 ni... Semua dah maklum kan dengan bunga raya ni...bunga kebangsaan tapi mesti ada jugak yang belum pernah tgk bunga raya yang pelbagai warna...

Merah hati

Tak tahu kenapa macam ni...samada asal atau kena penyakit. Pink + putih.
* Saiz besar

Yang ni nice... merah + kuning.
* Saiz besar
Bell type

Double layer
* Saiz besar
 
Double layer
* Saiz besar
Bright pink

Light pink + red
* Saiz besar


Light yellow + light orange

Brigt yellow + red
* Saiz besar
Very light yellow
* Saiz besar
Suka yang ni, bright yellow + red
* Saiz besar
Bright yellow + light pink
* Saiz besar
Light pink + red
* Saiz besar
Peach

Putih

Purple. Varieti lain sikit sbb yang ni berbunga di bahagian dahan.

*** Ada 2 3 warna lagi yang cheq sue baru jumpa...nanti upload kendian eh.. Wassalam