Tampilkan postingan dengan label Roti / Bun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Roti / Bun. Tampilkan semua postingan

Selasa, 21 Mei 2013

Butter Roll

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry roti pulak lah... Antara resepi yang paling lama terperap dalam simpanan. Asyik nak cuba tapi tak cuba-cuba juga. Punya la banyak virus M dalam badan saya neh... Minggu lepas kot saya buat roti ni. Tak guna BM, saya hanya adun 15 minit (uli manual 15 minit) guna mixer KENWOOD dengan mata cangkuk je. Bukan apa, adunanannya tak banyak, kang malas pulak nak kemas2 BM tu. Cuma masa nak penaikkan tu saya guna manual la. Tutup adunan dengan tuala dan letak tempat panas sikit. Ambil masa jugak sebab saya buat petang dan tak berapa nak panas.
 

Bentuk jangan cakap la. Hilang semua rollnya. Masa tengah penaikkan canteeekkkkkk je, sekali bila dah masak hambik kau semua gebu geban siott...


Plan nak tabur bijan kat atas tu tapi tak ada pulak dalam simpanan. Jadi saya tabur sikit dengan nestum. Dalam satu adunan tu saya dapat 8 biji roll yang semuanya sihat-sihat dan gebu-gebu belaka. ^^


Daripada 8 biji, 6 saya buatkan ala sandwich (tuna) dan selebihnya saya simpan. Dua hari dalam peti sejuk, bila nak makan saya hangatkan dalam oven panas, Alhamdulillah lembut semula. Untuk resepi inti tuna tu terpulanglah pada citarasa. Saya hanya campurkan tuna dengan bawang besar cincang, lada hitam, sos cili dan mayonis je. So simple...


Memang puas hati dengan resepi ni. Dalam dok was-was takut tak jadi, nasib baik la menepati piawaian pembuatan roti. Kalau korang teringin tu boleh la cuba sendiri ya... TQ pada Kak Yani yang sudi kongsi resepi ni.

BUTTER ROLL

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
*******************
telur untuk sapu saya buat milk wash

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Bahagikan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon
Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.


********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 13 Mei 2013

Roti Naik (FB Liza Othman)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesi membalas dendam dek kerana roti naik tok mak yang tak berapa menjadi. Kali ini saya cuba pulak roti naik Liza Othman seperti yang telah dibuat oleh Kak Yatie. Saya hanya buat roti manis saja. Alhamdulillah ianya menjadi, lembut dan ringan. Daripada satu adunan tu saya dapat 20 biji bun manis, yang saya bakar sekaligus di dalam loyang 10' x 10'.


Sedap dicicip bersama teh O panas. Memang puas hati la dapat makan roti panas. Kalau bukan dengan teh O pun, makan gitu saja pun sedap. Korang yang nak buat roti jangan risau la, dengan menggunakan resepi ni insyaAllah roti tu akan jadi.


Ceh...hampeh betul gambar ni. Kalau diperatikan, tetibe je ada sekoq lalat kat atas roti. Haishhhh, potong setim betoi... Sekarang ni kalau siapa yang datang ke CH mesti perasan ada banyak lalat, kan? Di rumah saya sendiri, letih nak menghalaunya. Sekarang ni memang musimnya la tu. Dengan cuaca lembab lalat memang mudah membiak.


Gambaran sebelum dan selepas. Boleh tengok la betapa gebunya roti yang belum masuk oven tu. Rupa memang tak cantik, tak licin permukaannya. Sebelum ditabur dengan gula halus, saya spraykan sikit dengan air supaya roti tidak hangit. Nanti korang jangan lupa cuba jugak tau... TQ pada Kak Yatie yang sharekan resepi ni. Juga pada empunya tuannya...


ROTI NAIK - LIZA OTHMAN
Resepi : FB Liza Othman
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan
1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
40gm susu tepung
100gm gula kastor
11gm yis atau sepeket yis 
80gm marjerin@butter
1 sudu kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver 

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 05 Mei 2013

Roti Tuna via Roti Naik Tok Mak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa cerita pilihanraya di kawasan masing-masing? Biru ke hijau ke, kita tinggalkanlah buat seketika. InsyaAllah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Saya bercuti ganti hari ini, dan esoknya cuti Hol Pahang, alhamdulillah boleh berehat2 dulu sebelum balik semula ke CH.

Jom cerita hal di dapur pulak lah. Kali saya mencuba resepi daripada sumber Kak Yatie yang mana beliau mendapatkannya daripada FB. Sebenarnya bila nampak kawan2 post pasal ROTI NAIK, tak kira la daripada sesiapa pun memang semangat nak cuba sebab tahap kemenjadiannya tu memang tinggi. Cuma yang saya buat ni ada kesilapan teknikal sikit, nak tahu kena baca habis ya.... ^^

Saya guna BM untuk buat roti ni, dan alhamdulillah menjadi. Cuma untuk versi roti manis tu tak berapa menjadi sebab saya keluarkan roti tu terlalu cepat. Ingatkan dah masak rupa2nya belum lagi, hanya bahagian atas je yang kelihatan agak garing tetapi yang di dalam dan di bahagian bawahnya tu masih belum masak betul2... Sedih sangat masa keluarkan roti tu, melekat-lekat lagi... :(


Selain versi manis tu, saya juga buat menggunakan inti tuna. Bukan apa, macam tak puas je makan tuna roll dulu, tu yang buat semula sebab kebetulan ada tuna dalam tin. Memang sedap... Makan esoknya pun roti masih lembut lagi. Cuma itulah, roti yang silap haribulan tu sangat menyakitkan. Macam nak ketuk je kepala sendiri.. X_X


Keadaan semasa sedang di penaikkan kali kedua. Saya rasa dah terlebih masa untuk penaik tu sebab dah hampir sangat naiknya dengan permukaan loyang. Patutnya kena ambil 1 jam tapi haritu dah terbabas lebih dari itu. Walau apapun, terima kasih buat yang menyumbangkan resepi ni. InsyaAllah saya nak cuba buat lagi. Saya copy semula resepinya di sini buat rujukan akan datang...




RESEPI BUN MANIS @ ROTI NAIK TOK MAK
Original resepi : tok mak facebook
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan
1 biji telur *
2 sudu besar susu pekat *
280 ml air sejuk* (telur+ susu pekat +air sejuk, jadikan jumlahnya 280ml)
100 gm gula halus
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
400g tepung roti
100g tpng gandum
2 sudu kecil yis @ 6g
3 sudu besar marjerin@butter
1 sudu kecil bread softener dan bread improver - hana tambah

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Untuk inti tuna tu saya cuma gaulkan dengan mayonis dan bawang besar yang di cincang halus je


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 08 Oktober 2012

Wholemeal Plain Bread

 
 
Lately, memang sesangat bizi, tak menyempat nak online lelame. Kat sekolah dengan peperiksaan akhir tahun dan PMR memang banyak yang nak kena sedia. Bila balik pulak broadband tu cam chipsmore sat ada sat tak ada. Tapi untuk tak menyuramkan blog kecintaan ni, cheq sue nak kongsikan satu resepi yang dicuba dari MyR. Cheq sue buat ni bulan lepas setelah lama jugak BM bercuti. Teringin nak makan roti panas, bila dapat memang perghhhh... masyuk!
 
Untuk resepi plain bread ni cheq sue gantikan tepung roti dengan tepung wholemeal. Walaupun agak padat teksturnya tapi roti ni memang lembut dan gebu. Cuma bila dah simpan 2 3 hari kenalah panaskan semula untuk mendapatkan tekstur yang diingini. Makan ni sekeping dua memang kenyang betul tau.
Pssst... sebenarnya ada lagi tu lebihan 2 3 keping kat dalam esbok, entah bila nak habis -_-

TQ pada Kak Yani yang berkongsi resepi ni. Memang mudah je... Wassalam...

 
PLAIN BREAD

Bahan-bahan ( 1 loaf )
175ml air
250g tepung roti
18g gula
5g garam
10g shortening
3g instant dry yeast
6g susu tepung

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker ikut turutan dari atas ke bawah. On kan breadmaker. Tunggu siap.
** Jangan letak yeast bercampur dengan garam- untuk mengelakkan roti tidak betul-betul naik. 
Stylish Thankyou