Tampilkan postingan dengan label Apam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Apam. Tampilkan semua postingan

Senin, 29 April 2013

Serabai Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Edisi menghabiskan nasi. Saya tak pernah makan serabai, dan tak pernah buat pun. Memang teringin nak rasa bila ramai yang menyatakan kesedapannya jika di makan dengan kuah durian. Cari punya cari terjumpalah resepi ni, tapi tak ada la saya sediakan kuah durian tu, hanya makan macam tu saja


Agaknya pan yang saya guna tu agak besar, serabai ni dah kelihatan ,acam pankek pulak. Teksturnya lembut dan gebu, sekali rasa macam ada tapai di dalamnya. Mungkin jugak kerana ada digunakan yis sebagai penaik. Makan macam tu saja pun sedap jugak sebab ada rasa manis2 sikit. Konon nak diintikan dengan kacang merah tapi bila dah cuba sebiji eh rasa macam pelik pulak lah.. ^^

Lain kali saya nak buat dengan kuahnya pulak, rasa macam tak puas je makan haritu. Kepada yang berkongsi resepi terima kasih diucapkan.



APAM MANIS/APAM BAKAR
Sumber : hana (Resipi Apam Serabai)
Sumber : Riaputih
BAHAN A - kisar :
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm, saya masukkan 140g)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B - gaul
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
Mkn mcm gitu je pun sedap.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 04 Januari 2012

Tepung Apam @ Apam Bakar ~ Nostalgia

 
 
Masihkan korang ingat, khasnya buat anak-anak Kelantan? Tepung apam @ apam bakar ni sangat sinonim dengan kenduri arwah 40 hari. Bukan calang2 hari dapat menikmati apam ni. Tak tahu la kenapa, tiap kali ada kenduri arwah 40 hari, mesti ada permintaan untuk buat apam ni. Rasanya memang sedap, dan memang tak sama dengan apam2 yang ada di pasaran. Rempah2 yang ada di dalamnya menambahkan kenikmatan sewaktu menikmatinya. Kalau sapa yang pernah makan apam ni mesti tahu rasanya camana.
 



Apam ni cheq sue buat masa cuti sekolah tahun lepas, dengan panduan dan tunjuk ajar emak saudara yang dipanggil Chik. Memang cheq sue teruja sangat. Dulu pernah buat sekali tapi sayang tak menjadi, memang xleh makan langsung. Dengan tunjuk ajarnya cheq sue cuba buat satu adunan. Apam ni masakan warisan, sayang kalau tak belajar. Tak ramai yang tahu membuat adunannya. Jangan nanti bila x diwarisi, yang hilang takkan dapat diganti.

Kalau dulu apam ni dibuat menggunakan dapur kayu. Setiap orang bawa satu kuali kecil dan penutup. Pastu duduk la mengadap dapur dan kuali. Asap jangan cakap la...memang meleleh air mata. Tapi bila buat ramai2 sambil bergelak ketawa, tak terasa masa yang berlalu. Memang rindu sangat nostalgia masa dulu. Tapi kini dah tak buat camtu, bakar saja dalam kuali atas dapur gas... Takyah susah-susah...
 



Yang cheq sue buat ni xde la sama macam Chik buat, rasanya ada terlebih air. Tapi yang terhasil tu cukup memuaskan hati. Cek dan mek dapat makan, katanya okey la untuk cubaan pertama. Kalau korang nak tengok lebih jelas boleh klik sini untuk tgk apam yang pernah cek beli. 




Yang ni pulak apa yang korang kena buat bagi bahan E ~ hensemnya Rosyam Nor tu kan.... Sebenarnya optional, cuma nak dapatkan wangi pandan tu bila kena minyak di kuali panas. Mmmmmm kalau korang tengok bahan2 ni memang panjang berjela sebab cheq sue dah asingkan supaya senang nak tengok. Bukan untuk korang aje tau, cheq sue pun nak simpan dan faham jugak resepi ni sampai bila-bila. Kalau korang ada kelapangan tu bolehlah cuba. Kalau balik kg dan buat ni untuk emak dan ayah tentu mereka suka. Selamat mencuba, wassalam...
 
TEPUNG APAM @ APAM BAKAR
Resepi : Pn Maimunah Bt Deraman (Emak Saudara)

Bahan A ~ sebatikan dalam mangkuk besar
1 peket tepung beras (kecil)
1 st yis (mauripan)

Bahan B ~ didihkan guna api kecil dan sejukkan
3 cawan air
2  keping nisse saiz besar (kalau nak manis boleh lebihkan)
1 st garam

Bahan C ~ lenyek bersama
2 keping tapai ubi kayu
2 – 3 biji pisang kapas (kalau kecik lebihkan sedikit)

Bahan D ~ tumbuk lumat
1 cubit lada hitam
3 biji bawang merah
2 batang serai (sederhana)
1 cm halia

Bahan E ~ untuk membakar
Sedikit minyak masak
10 helai daun pandan – ikat

Bahan F ~ Pelengkap hidangan
½ biji kelapa parut – ambil yang putih sahaja, gaul dengan garam. Sekiranya adunan kurang manis, masukkan juga sedikit gula halus.

Cara-cara :
Masukkan bahan B, C dan D ke dalam mangkuk bahan A, kacau hingga sebati dan tidak berketul (saya guna hand wisk)
Perap selama 2-4 jam (kalau terlalu lama adunan menjadi masam)
Panaskan kuali menggunakan api kecil. Lenserkan sedikit minyak menggunakan daun pandan, tuangkan 1 senduk adunan dan tutup kuali.
Bila sudah masak, balikkan apam, sekiranya agak melekat, lenserkan sedikit minyak sekali lagi. Buat sehingga habis. Dapat dalam 15 – 20 keping.
Hidangkan bersama kelapa parut dan air kopi…. 

Kamis, 15 Desember 2011

Apam Keledek

 
 
Pagi tadi hujan lebat sungguh, nasib baik tak berlarutan. Memang syok tarik selimut tambah2 takde gangguan. Tapi dok kg ni bukan leh peram lama2. Sebelum radio tak berbayar berbunyi baik bangun cepat2. Masih tentang keledek. Kali ni buat apam pulak, pagi semalam projeknya. Yang ni memang best. Jika dibandingkan dengan apam nasi cheq sue lagi suka yang ni. Lembut, gebu dan ringan, langsung tak rasa keledeknya. Malah ada yang terkejut bila diberitahu apam ni dibuat dengan keledek. Pekena pulak dengan kelapa parut. Adehhhh... Kalau apam nasi, kadang2 nasi x lumat sangat bila diblend, tapi yang ni memang perfect! Jangan lak korang mintak2 ye, dah selamat abis licin dah ni...
 

Dengan menggunakan keledek oren (sama macam yang buat donat keledek), memang tak tambah pewarna langsung. Kak Nor buat dengan keledek ungu, cantik jugak warnanya. Masa mula2 bancuh tu x la terang, takut jugak jadi pucat tapi bila masak amboiiiiiiii lawa ngalahkan anak dara!! Buat apam ni jangan risau, kalau betul caranya memang menjadi. Kalau korang ada masa tu jangan lupa cuba okeh. Kalau takde ubi, boleh jugak ganti dengan kentang. Tun kat Teganung nu dah habis ke stok ubinya...kalau xde moh le try yang ni pulok... Wassalam...
 
APAM KELEDEK
(Olahan dr Apam Kentang)
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 1/2 cwn gula pasir ~ k.nor kurangkan sket dr sukatan asal
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn keledek
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* 250 ml susu cair ~ resipi asal guna santan

Cara-cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan (biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b/powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati (K.Nor guna handwisk jer)
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

* Cara K.Nor:

  • lepas adunan diperap 1 jam, masukkan ke dalam bekas kecil yg dah disapu minyak.


  • isikan 3/4 penuh bekas aje.



  • biarkan lg lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi) ~ kalau tak peramkan sekejap, apam akan jadi agak padat tapi masih lembut. Boleh tgk perbezaan yang perap dan tidak



  • baru lah dikukus hingga masak

  • Senin, 24 Oktober 2011

    Apam Karamel ~ MMMMMMMMMM Geramnya!

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Selamat petang semua.... Ni nak jual apam ni ntah ada orang nak beli atau tidak tak tahu. Kemain semangat nak buat apam ni tapi tengoklah rupa kejadiannya. Adushhhhh....ape masalah tak tahu, selalu x bernasib baik baila buat apam ni. Tapi, rupa aje x cantik, rasa tetap mantain walaupun sesekali ada jugak rasa bingka... Bila gigit pun xde la menyebabkan gigi palsu tertanggal..memang lembut aje. He he he... Masih boleh di makan... Jangan risau. Ambik satu2 memang habis jugak akhirnya. Nasib baik adunan ni dapat sikit aje. Kalau dapat banyak kat mane la cheq sue nak pi wellfare kan. Kalau dok CH senang, hantar je kebun belakang rumah.

    Pagi tadi nengok Tun tayang apam mentega, adik beradik la tu dengan apam ni. Cheq sue memang nak cuba jugak menggunakan resepi Kak Pia tu tapi nanti balik sana lah. Agaknya silap cheq sue kot masa blend telur untuk adunan ni sekejap sangat. Tu yang adunan segan2 rimau je nak kembang. Padahal ni bukan la kali pertama pembuatan apam yang sebegini. Mmmmm xpelahh....ada la tu silap haribulan kat mana-mana.


    Tengok la wajah apam ni...agaknya masa tengah buat tu cheq sue dok geram kot... semuanya jadi berkerepot semacam. macam mak nenek. Sekali pandang nak gelak pun ada. Nasib baik mek tak tanya kenapa jadi camtu. Oleh yang demikian, x perlulah cheq sue masukkan resepi tu kat sini. Walaupun resepi tu tak bersalah, (dah ramai pun yang mencuba dan berjaya) tapi cheq sue xmo lah orang x nak buat guna resepi tu. Kang tak pasal2 sebab apam cheq sue ni hudoh sesangat korang jadi takot lak nak cuba. Nanti kalau dah berjaya baru kita masukkan. Sekali gagal bukan gagal selamanya kan? Haaaa iyo lah tu..Wassalam...

    Selasa, 18 Oktober 2011

    ..Enough IS Enough..

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Enough is enough!  Hai bisa aje bunyinya. Cerita tentang apam polkadot lagi... Never ending story. Kali ni cheq sue buat guna resepi lain tapi dengan semangat yang sama.  Agaknya memang dah takdir xleh nak buat apam ni, memang tak jadi. Cheq sue dah tukar periuk kukusan tapi nampaknya hasil masih sama. Masih kembang mambang, cuma ada sedikit yang dapat diselamatkan. Tapi rasanya cukup setakat inilah...xnak dah cuba lepas ni. Boleh percaya ke???

    Pada kawan-kawan yang banyak memberi petua, tunjuk ajar dan sokongan pada cheq sue sepanjang 2 3 kali mengapam polkadot ni, terima kasih banyak-banyak. Segala apa yang dikongsikan tu memang cheq sue hargai, cuma agaknya xde jodoh antara cheq sue dan apam polkadot ni. Ish ish ish... Babai apam polkadot!!!


    Antara jadi dan tidak. Kali ni cheq sue guna 2 saiz paper cup, sebab x cukup acuan lompang. Yang peliknya versi dot2 tu ada yang jadi, tetapi bila masuk nak kukus yang lain, saiz yang sama, jadik kembang pulak. Aduhhhh, penat dah cikgu dok pikir tapi masih xde jawapan. Api kecil kembang, api kecil kembang.... macam nak menzahirkan tuan yang membuat ni aje... adushhh


    k

    Tataplah ini sebagai kenangan...


    Buat ladybird pun kembang, buat strawberi pun kembang... Haish... Agaknya satu masa nanti bila anak-anak mintak nak makan apam ladybird like this (agaknya dah xde pesen ladybird ni ye....), masa tu la agaknya cheq sue cuba kembali.... he he he... Wassalam...

    Sabtu, 15 Oktober 2011

    Apam Pisang Coklat

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Apam pisang ni cheq sue buat pagi semalam. Yang kat dalam gambar tu masih ada dalam peti, nanti nak panaskan semula. Memula tgk kak rose buat menggunakan resepi dari MyR. Kebetulan kat rumah ni ada pisang tanduk yang dah masak sangat, cheq sue buat la dalam sebiji. Pernah ke orang guna pisang tanduk untuk buat apam? Cheq sue belasah aje lah... aritu beli 5 biji, bercinta nak habiskan. Rasa dia not bad la, agak masam sikit dan aroma tu x berapa.

    Apam ni pulak, walaupun tak merekah memang lembut aje. Cuma yang cheq sue kompius ngape masa kukus tu dia naik tak sekata. Jadi tinggi sebelah...kalau nak kata dapur tak sama x jugak. Kalau naiknya sama rata kan cantik nak tgk. Tapi apa yang ada pada cantik dok? Dapat makan sudah.


    Kalau sape yang nak cuba tu memang disyorkan sangat sebab mudah aje nak buat. Aci lebur aje semua dalam mangkuk. Kalau guna pisang emas ke pisang kapas mesti lagi sedap rasanya. Oklah... hari Ahad ni tentu banyak aktiviti yang nak dibuat. Tinggal dulu ya... Wassalam...

    APAM PISANG COKLAT
    Resepi : Noorana @ MyR
    Sumber : Kak Rose @ My Kuali

    Bahan-bahan
    • 2 cwn tepung gandum*
    • 2 sudu makan serbuk koko*
    • 1 sudu teh soda bikarbonat*
    • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
    • 1 sudu teh garam
    • 1 cwn pisang emas yang dilecek
    • 1 cwn minyak masak
    • 1 1/2 cawan gula perang
    • 2 biji telur (dipukul)
    Cara-cara
    1. Panaskan kukusan.
    2. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
    3. Masukkan bahan-bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
    4. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 
    5. Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
    6. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.

    Rabu, 12 Oktober 2011

    Apam Dot-Dot.....Kembang Again!

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Hummmm... again n again! Petang semalam, cuba lagi buat apam polkadot tapi as usual kembang mekar semangkuk. Aduhhhh... dah tahu dah apa sebabnya, bukan salah resepi, bukan salahku (aihhhhh) dan buka salah dapurku. Ewahhhh. Xpelah, xmo cerita banyak2...kecewa nih...


    Yang penting, akan dibuat lagi tanpa rasa jemu & putus asa...


    Spontaneous Thursday : -_-

    Jumat, 07 Oktober 2011

    Apam Belang~Belang-Belang

    Assalamualaikum & salam sejahtera


    Kat Melaka ni walaupun mendung tapi agak hangat jugak ya. Entah nak bersantai ke mana pun tak tahu. Ini adalah kali ke 2 cheq sue ke Melaka dengan membawa kereta, drive sendiri (kali ke 2 ni member yang bawak, cheq sue tunjuk jalan). Kalau dengan bas tu memang dah beberapa kali jugak la. Melaka ni bandarnya kecik aje, kalau sesat pun xde la nak risau sgt macam sesat kat KL tu...


    Okay la ye, cer korang tgk apam belang cheq sue ni. Apam ni cheq sue buat setelah ada belen santan masa buat kuih kukus bawang goreng dan turut dibawa untuk potluck sekolah. Patut la banyak sgt belennye, mintak member mesin kelapa, sampai 2 bijik dibaginya. Dok pk2 agaknya kelapa tu besar kot...




    Cheq sue teringat ada nampak Kak Pah @ Dapur Ibundo buat apam ni. So cheq sue skodeng la tgk. Bila nampak ada santan digunakan, memang kena la nak habiskan santan tu. Apa lagi, terus la godek resepinya. Memang mudah dan cepat. Cuma bila nak buat belang-belang tu la yang lambat sikit. Boleh aje kalau nak buat lapis 2 3 warna, tapi cheq sue ni tetibe datang angin rajin, sampai 6 warna dibuatnya.




    Masa kukus tu agaknya  loyang tak sepadan dengan adunan, jadi merekah sikit di atasnya tetapi apam tu masih lembut dan gebu. Rasa2nya dalam banyak2 kali buat kek @ apam belang / layer ni, yang ni paling puas hati sebab lapisnya menjadi. Walaupun ada sedikit kat tepi tu yang tercacat tercucuk tangan kat dalamnya. Aduhhh sentap betoi.




    Pada sape yang nak cuba atau nak tengok2 tu, klik aje di link yng cheq sue ada letak tu...InsyaAllah menjadinya kalau cuba. Jangan takut eh... Sampai jumpa lagi...Wassalam...


    APAM BELANG
    By: Shamama

    Bahan-bahan :

    • 4 biji telur 
    • 2 sudu teh ovellet 
    • 1 sudu teh esen vanila 
    • 300 gm tepung gandum 
    • 220 gm gula halus 
    • 250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
    • 1 sudu teh baking powder 
    • pewarna
    Cara-cara :

    1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
    2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
    3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
    4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
    5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis) cheq sue buat 6 lapisan dan scoop 2 sudu setiap satu. Kukus selama 1 jam 30 minit

    Selasa, 27 September 2011

    Apam Polkadot...Derhakakah???

    Assalamualaikum & selamat sejahtera


    Bila cerita tentang apam polkadot @ apam dot dot memang la cheq sue tak pernah dapat hasil yang betul. Sepanjang dok mengapam ni memang sentiasa dapat apam kembang macam pipi tuannya. Aduhhhh.... Yang bestnya walaupun kembang, xde pulak yang vantat, jadi kesimpulannya xde masalah dengan resepi tu kecuali teknik mengukus cheq sue yang tak betul2 sampai sekarang.



    Lama dah jugak x buat apam ni. Memang ada simpan resepi untuk apam ladybird, tapi mengenangkan yang polkadot ni pun tak lepas2 lagi, maka lady bird tu di KIV dulu. 2 3 hari lepas ternampak Bundo buat apam polkadot ni...dengan menggunakan sukatan cawan, senang sikit xyah nak nimbang2 bagai. Balik sekolah tu terus je cheq sue bancuh adunan tetapi dengan menggunakan SUSU STRAWBERI dan TELUR yang FRESH FROM ICE BOX. Ha ha ha... kat dalam resepi tu sebenarnya xde tulis nak susu dan telur sejuk, tapi 2 bende tu memang dah ada dalam peti. So cheq sue terus aje guna. Agaknya sebab tu lah kot yang membuatkan apamku kembang sengih-sengih semuanya.


    Kat dalam apam ni cheq sue masukkan jem strawberi, konon2 nak fit dengan susu strawberi tu. Bila dah kembang ni meleleh2 jemnya. Kak Hawa ada tanya...kenapa kuih ni terbelah kat atas.. Dia dok ingat cheq sue ni belah agaknya apam2 tu... Ape kejadahnya Hawa oitttt....


    Antara banyak2 tu yang ni aje jadik polkadotnya (tapi hudoh benar)...Tapi apapun belum down lagi nak cuba apam polkadot ni. InsyaAllah next time akan dibuat lagi. **Maaf ya, cheq sue tak masukkan resepi tu kat sini. Kalau dapat hasil yang betul nanti baru dimasukkan. Wassalam...