Rabu, 04 Januari 2012

Tepung Apam @ Apam Bakar ~ Nostalgia

 
 
Masihkan korang ingat, khasnya buat anak-anak Kelantan? Tepung apam @ apam bakar ni sangat sinonim dengan kenduri arwah 40 hari. Bukan calang2 hari dapat menikmati apam ni. Tak tahu la kenapa, tiap kali ada kenduri arwah 40 hari, mesti ada permintaan untuk buat apam ni. Rasanya memang sedap, dan memang tak sama dengan apam2 yang ada di pasaran. Rempah2 yang ada di dalamnya menambahkan kenikmatan sewaktu menikmatinya. Kalau sapa yang pernah makan apam ni mesti tahu rasanya camana.
 



Apam ni cheq sue buat masa cuti sekolah tahun lepas, dengan panduan dan tunjuk ajar emak saudara yang dipanggil Chik. Memang cheq sue teruja sangat. Dulu pernah buat sekali tapi sayang tak menjadi, memang xleh makan langsung. Dengan tunjuk ajarnya cheq sue cuba buat satu adunan. Apam ni masakan warisan, sayang kalau tak belajar. Tak ramai yang tahu membuat adunannya. Jangan nanti bila x diwarisi, yang hilang takkan dapat diganti.

Kalau dulu apam ni dibuat menggunakan dapur kayu. Setiap orang bawa satu kuali kecil dan penutup. Pastu duduk la mengadap dapur dan kuali. Asap jangan cakap la...memang meleleh air mata. Tapi bila buat ramai2 sambil bergelak ketawa, tak terasa masa yang berlalu. Memang rindu sangat nostalgia masa dulu. Tapi kini dah tak buat camtu, bakar saja dalam kuali atas dapur gas... Takyah susah-susah...
 



Yang cheq sue buat ni xde la sama macam Chik buat, rasanya ada terlebih air. Tapi yang terhasil tu cukup memuaskan hati. Cek dan mek dapat makan, katanya okey la untuk cubaan pertama. Kalau korang nak tengok lebih jelas boleh klik sini untuk tgk apam yang pernah cek beli. 




Yang ni pulak apa yang korang kena buat bagi bahan E ~ hensemnya Rosyam Nor tu kan.... Sebenarnya optional, cuma nak dapatkan wangi pandan tu bila kena minyak di kuali panas. Mmmmmm kalau korang tengok bahan2 ni memang panjang berjela sebab cheq sue dah asingkan supaya senang nak tengok. Bukan untuk korang aje tau, cheq sue pun nak simpan dan faham jugak resepi ni sampai bila-bila. Kalau korang ada kelapangan tu bolehlah cuba. Kalau balik kg dan buat ni untuk emak dan ayah tentu mereka suka. Selamat mencuba, wassalam...
 
TEPUNG APAM @ APAM BAKAR
Resepi : Pn Maimunah Bt Deraman (Emak Saudara)

Bahan A ~ sebatikan dalam mangkuk besar
1 peket tepung beras (kecil)
1 st yis (mauripan)

Bahan B ~ didihkan guna api kecil dan sejukkan
3 cawan air
2  keping nisse saiz besar (kalau nak manis boleh lebihkan)
1 st garam

Bahan C ~ lenyek bersama
2 keping tapai ubi kayu
2 – 3 biji pisang kapas (kalau kecik lebihkan sedikit)

Bahan D ~ tumbuk lumat
1 cubit lada hitam
3 biji bawang merah
2 batang serai (sederhana)
1 cm halia

Bahan E ~ untuk membakar
Sedikit minyak masak
10 helai daun pandan – ikat

Bahan F ~ Pelengkap hidangan
½ biji kelapa parut – ambil yang putih sahaja, gaul dengan garam. Sekiranya adunan kurang manis, masukkan juga sedikit gula halus.

Cara-cara :
Masukkan bahan B, C dan D ke dalam mangkuk bahan A, kacau hingga sebati dan tidak berketul (saya guna hand wisk)
Perap selama 2-4 jam (kalau terlalu lama adunan menjadi masam)
Panaskan kuali menggunakan api kecil. Lenserkan sedikit minyak menggunakan daun pandan, tuangkan 1 senduk adunan dan tutup kuali.
Bila sudah masak, balikkan apam, sekiranya agak melekat, lenserkan sedikit minyak sekali lagi. Buat sehingga habis. Dapat dalam 15 – 20 keping.
Hidangkan bersama kelapa parut dan air kopi…. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar