Tampilkan postingan dengan label Cookies / Biskut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cookies / Biskut. Tampilkan semua postingan

Rabu, 21 Agustus 2013

Sante Finger

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum kita terus ke n3 hari ni, takziah diucapkan kepada mangsa kemalangan ngeri (bas) yang terjunam ke dalam gaung Genting Highlands semalam. Al-Fatihah...

Sebenarnya saya tak rancang nak buat biskut ni. Walaupun tengok QH buat cantik sangat, tak berjaya menggoda saya untuk mencuba. Ewahhh...statement artis! Tapi oleh sebab ada lebihan coklat dulu-dulu, agaknya dah masuk angin kot. Bila saya nak cairkan untuk salut almond london, coklat tu tak mencair dengan elok, berketul-ketul gitu. Jadi saya teringatkan biskut ni yang menggunakan coklat cincang. Sebab tu saya buat jugak biskut ni, Alhamdulillah dapatlah menghabiskan baki coklat saya tu.

Cuma... cuma... saya tak buat macam QH tu, cantik memanjang dengan salutan coklat hijau. Bukan apa, saya ada jugak cuba buat bentuk bujur memanjang tu, tapi bila bakar eh macam mengembang la pulak biskutnya, bukan jadi panjang lonjong, dah jadi penyek lonjong. Hudoh bebenor ghupenye. Jadi saya ambil keputusan untuk terap menggunakan acuan bunga 3 kelopak dan lukiskan corak bunga dengan menggunakan coklat putih yang dicampurkan dengan pewarna merah jambu. Errr... minta halal ya tuan punya resepi. Di atasnya pula saya letakkan manik gula silver. Anak buah saya dua tiga kali tanya, boleh makan ke benda ni makcik??? *_*


Sejujurnya saya katakan biskut ni sedap. Cuma next time boleh kyurangkan sikit kandungan gulanya sebab bila dah masuk coklat, rasa manis sikit. Ini bergantunglah pada citarasa masing-masing ya. Seperti kata CH, biskut ni (tanpa salutan coklat) pun sedap di makan begitu sahaja. Krup krap dengan rangup coklat cincang. Tapi kan iya lah, kalau kita pun nak jugak letak bedak, letak lipstik, sama jugak dengan biskut ni. Kalau dihidang gitu je mana orang nak pandang. Bila dah corakkan coklat merah jambu tu nampak la lain sikit. Berseri2 gitu biskut anak dara. Uppss...propa!

Pada Kak Noor dan QH yang sama berkongsikan resepi biskut ni, terima kasih banyak-banyak ya. Sedap!!! Saya copy kan pula di sini untuk rujukan akan datang.



SANTE FINGER
Sumber resepi: Surimancookies
Olahan: Noor Qasieh
Sumber : Qasey Honey

Bahan2
1/2 cawan gula kastor
120gm dark coklat dicincang
1 sudu besar susu tepung
250gm butter 
1 tsp esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan tepung redrose saya guna tepung gandum
1/4 cawan almond kisar

Caranya:
butter dan gula pukul hingga kembang.
masukkan esen vanilla dan susu putar sekejap.
ayak tepung dan baking powder dan masuk tepung ke dalam mixer. Putar hingga sebati, kemudian masukkan serbuk almond.
akhir sekali masukkan coklat dan uli hingga sebati.
masukkan adunan kedalam piping bag dan tekan memanjang ikut size yang sesuai.
Bakar 180'C 15 hingga 20 minit mengikut oven masing masing.
sejukkan dan celup dark coklat compaun.
kemudian loretkan coklat putih compaun diatasnya. Biarkan hingga kering dan simpan dalam balang.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 20 Agustus 2013

Biskut Sangkar Cinta

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambung lagi tentang biskut raya 2013. Minta maaf la ya, tak habis2 lagi. Bukan apa, pada setiap biskut yang baru saya cuba, suka saya kongsikan di sini untuk memberi sedikit idea pada teman-teman. Jangan jemu ya... Seperti yang saya dah kata dalam n3 sebelumnya, tahun ni kebanyakan resepi biskut raya saya datang dari Dapur Tanpa Sempadan. Saya suka kerana susunan cara membuatnya teratur dan diterjemahkan dalam cara yang paling mudah.

Setiap tahun, saya memang buat biskut raya selain 'menunjuk' sejenis dua. Biasanya saya akan cuba resepi baharu selain resepi yang selalu saya dok guna. Dengan budak2 KL dan Terengganu tu...memasing suka mengangkut. Bila nak balik je bolehlah dibungkus sikit2 mana yang ada. Kalau nak harapkan tunjuk semuanya aduihhhh garu kepala la makcik. Bersembang dengan rakan serumah, katanya tahun ni berbelanja biskut raya saja hampir 1 ribu. Sesak napas saya mendengarnya. Kalau saya hitung, jumlah semua pembelia bahan untuk 9 jenis yang saya buat kosnya dalam RM300 - RM350 sahaja.


Biskut sangkar cinta ni dah lama saya dok ushar. Tengok dalam blog DTS, memang menggoda abes dengan labiu merah dan jaringan  coklat hitam putih, ibarat cinta tang terperangkap la katanya. Serius cakap, biskut ini adalah YANG TERSEDAP antara semua yang saya buat. Sungguh saya sukakan rasanya. Walaupun tidak menggunakan telur, tekstur biskutnya gebu dan rangup. Dengan kandungan kekacang di dalamnya, tak sedar sekeping2 dok masuk mulut. Yang menyedapkan biskut ini adalah serbuk kacang tanah, selain serbuk badam dan oat. Kalau siapa yang nak buat untuk makan saja2 sila la cuba resepi ni. Memang tak menyesal.

Bila melibatkan coklat putih dan hitam yang perlu dicorakkan atas sesuatu biskut, memang la kelihatan agak leceh sedikit. Dengan coklat cair yang agak panas, kena berhati2 bila memegangnya. Biskut yang sedap, tambah pulak dengan 2 jenis coklat ni lagiiiiiiiiiiiiiii la sedap. Dan insyaAllah saya akan buat lagi biskut ni. Bukan saja cantik, sedap tentunya.




BISKUT SANGKAR CINTA

BAHAN-BAHANNYA :-)
270 gram mentega
30 gram lemak sayur @ shortening
100 gram gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
60 gram kacang tanah yang telah digoreng, kisar halus
75 gram quaker oat, kisar halus
60 gram badam kisar
30 gram susu tepung
90 gram tepung jagung*
240 gram tepung gandum*(*satukan dan diayak)
Hiasan bentuk LOVE
Coklat masakan secukupnya, untuk hiasan
Coklat putih secukupnya, untuk hiasan
1 kuning telur*
1 camca besar susu segar*(*satukan dan kacau rata, untuk menglis biskut)

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar rata. Sementara itu, satukan kacang tanah kisar, quaker oat kisar dan serbuk badam bersama tepung yang telah diayak tadi. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. 
Matikan mixer, bulat2 kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. Bagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik, setebal kurang lebih 6 mm, terap dengan acuan biskut bentu love dan susun dalam dulang pembakar, jarak kan sedikit kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur dan letak sekeping hiasan bentuk hati atasnya. Buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap biskut, kemudian alihkan atas jaringan.
Bila biskut sejuk, drizzle kan dengan coklat cair, kemudian sekali lagi drizzle dengan coklat putih, tapi pastikan ia bertentangan arah. Biar coklat mengeras dan simpan biskut dalam bekas kedap udara...

CATATAN MAT GEBU :- Biskut ni memang tak guna telur, jadi bukan mat terlupa nak tulis, Satu lagi kalau anda nak cairkan coklat putih, cairkan guna kaedah double boiler tapi pastikan air mendidih perlahan atas api kecil dan kacau coklat putih hingga cair dan boleh digunakan. Untuk mempercepatkan coklat tadi keras, letak sedikit lema sayur semasa mencairkan coklat tadi... Selamat mencuba...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 19 Agustus 2013

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ini dah hari kedua persekolahan pertengahan penggal kedua setelah bercuti dua minggu, bersekali dengan cuti Hari Raya Aidilfitri. Banyak yang perlu dibuat. Kerja2 yang tertangguh pastinya menuntut perhatian yang lebih. Semangat jugak perlu dipupuk untuk meneruskan perjuangan yang tersisa bagi mebekalkan anak-anak pelajar dengan sebanyak mana ilmu untuk SPM nanti.


Ibarat biskut raya yg dh expired...begitulah lemaunya saya untuk mengupdate blog. Dari sari ke sari dok tatap n3 ni tak berjaya2 lagi menyiapkannya. Begitulah...rasanya bukan saya je yang berperasaan begini. Apapun kita layankan ajelah gambar biskut badam rangup. Yang sekali lg saya ambil dr dapur Che Mat. TQ...


BISKUT BADAM RANGUP
Resepi : Che Mat DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
 
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 15 Agustus 2013

Biskut Kelapa Delima

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masih lagi tentang biskut raya. Kali ni dari list tahun lepas yang akhirnya saya buat untuk raya baru2 ini. Tahun ni memang banyak biskut raya yang saya ambil dari blog DTS, rata2nya semua sedap2 belaka. Saya masih ingat antara kata-kata Che Mat dalam salah satu n3nya. Kalau kata biskut raya tu kosong je bahan2nya, nak harapkan sedap macam mana. Memang lah basic sesuatu biskut tu adalah tepung, butter / marjerin, telur, gula...dan rasanya korang semua tahu biskut yang ada bahan tambah ni rasanya lebih sedap. Bayangkan dalam biskut tu ada serbuk badam, kacang tanah, conrnflakes, cococrunch...atau pelbagai bahan lagi. Sah2 biskut tu lagi sedap. Kalau buat sendiri boleh kita tengok apa bahan2nya dan kita pun dah boleh agak biskut tu sedap ke tidak. Kalau beli ni silap haribulan dapat biskut yang sama rasa hanya rupa berbeza. Tapi bukan semua lah....

Begitu juga dengan biskut kelapa delima yang saya cuba ni. Bau kelapa kering tu sangat2 menggoda. Rasa macam biskut dulu2 pulak. Betul2 macam biskut klasik dengan aura zaman dahulu. Heeeeee. Biskut ni kalau sekali makan ada jugak rasa macam biskut bangkit. Mungkin sebab penggunaan tepung jagung yang agak banyak dalam adunannya. Cara nak membuatnya pun agak unik yang mana mentega di tambah ke dalam tepung...satu cara yang baru sepanjang dok membuat biskut. -_-


Saya sengaja memberikan warna hijau kepada biskut ini kerana tidak mahu biskut yang suram. Kalau semuanya tak ada warna tak meriah la kan.. Serius, dengan warna hijau dan ceri merah serta serbuk kelapa jadi cantik biskutnya. Cantik dan sedap okeh...bukan cantik sesaje. Ewahhh...

Sekali lagi tq pada Che Mat yang berkongsi resepi ini. Korang kalau nak tahu kena la cuba ya...




BISKUT KELAPA DELIMA
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 gram tepung jagung (mat guna jenama Brown & Polson, jenis dalam tin)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 gram gula aising
75 gram kelapa kering, kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen rose @ 1/2 camca teh esen vanilla
200 gram mentega (kurang lebih, sebab ikut kelembutan adunan)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan kecil ceri
Kelapa kering

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan kelapa kisar, serbuk badam dan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata dan ketepikan. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Tambah esen rose atau vanilla. 
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi seakan2 teksture serbuk roti.
Tambah mentega sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga adunan tadi menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Bahagikan doh tadi pada 3 - 4 bahagian, tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
Ambail 1 bahagian doh, canai setebal 1/2 cm,kemudian terap dengan acuan kegemaran anda. Susun atas loyang pembakar, sapu kuning telur, hias dengan ceri dan tabur sedikit kelapa kering. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing. Biarkan biskut sekejap atas loyang sebelum disejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~