Tampilkan postingan dengan label Minuman / Jus. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Minuman / Jus. Tampilkan semua postingan

Jumat, 23 Agustus 2013

Air Jagung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni merupakan hari sekolah ganti (cuti Aidilfitri). Punya la sejuk, rasa dah tak boleh fikir dah. Harapnya program hari ini berjalan lancar.

Alkisahnya air jagung ni saya buat dalam bulan puasa lepas. Memanjang aje lah n3 tertunggak CTS ni... Masa dah sampai di kampung, bila semua ada, banyak la sikit tukang minumnya. Saya nak buat di CH tak padan untuk makan sendiri je. Selalu air jagung ni bukanlah pilihan. Bukan kata tak minum, tapi jarang sangat minum. Setakat beli satu cup tu ada la jugak sekali dua. Kalau buat pun hanya campur jagung dengan susu, tak ada langkah2 bagai macam yang Kak Ita kongsikan ni.

Dengan berpandukan resepi yang diberi, saya buat dua bancuhan. Memang puas hatilah minum, sampai ke lepas terawih pun ada lagi. Dengan susu cair dan susu pekat, semua itu menambahkan lagi lemak manis pada air ni. Ditambah pula dengan biji jagung daripada jagung krim, ish sungguh asyik menikmatinya. Korang memang kena cuba ni tau!

Saya copy semula resepi di bawah ni untuk rujukan akan datang. TQ Kak Ita...


AIR JAGUNG 
Resepi : Kak Ita Masam Manis

Kordial Jagung Red Man secukupnya saya gunakan brand Double Lions
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis
 

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais. 


Minggu, 28 Juli 2013

Cendol Pulut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah ada cendol...mestilah kena buat sesuatu kan. Masa berbuka, terasa sangat nak makan cendol pulut. Bukan makan sejuk (berais) tapi makan macam tu je. Dah sejuk sangat di CH tak ada kerja pulak saya nak minum air sejuk. Sebenarnya masa berbuka, elok kalau minum air suam atau air panas. Saya sendiri pun masih bertahan tanpa ais walaupun di kampung.

Bagi cendol yang dibuat baru2 ni, saya jadikan ala-ala pengat. Yang mana saya masak menggunakan santan dan daun pandan, kemudian masukkan cendol. Pulutnya saya tanak berasingan. Kira halallah ya untuk cendol pulut. Melepas kempunan katanya... Kalau nak tambah jagung ke, kacang ke boleh jugak. Tentu lagi meletup rasanya.


Resepi? Tak payahlah..... *_*

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 17 Juni 2013

Strawberry Ice Blended & Vanilla Blue Ice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nak kongsikan antara hasil ole-ole yang saya bawa balik dari Acheh. Minuman daripada peket POP ICE. Semasa ke Kapal Apung, saya lihat ada satu gerai yang jual air ni. Serius, dengan paket2 yang bergantung pelbagai warna, saya ingatkan sabun Thai. Nak pergi tengok dekat macam tak berapa berani.
 

Masa nak balik tu sempat la saya beli lima peket. Patutnya cari jugak perasa yang lain, tapi di kedai runcit yang saya singgah tu ada 2 jenis je iaitu strawberry dan vanilla (blue). Satu peket harganya Rp10,00. Yang strawberry tu saya buatkan blended manakala yang vanila blue tu saya jadikan minuman sejuk. Kalau nak diminum panas pun boleh. Rasa air ni macam air blended kita jugak la sebab di dalamnya ada susu. Kesemua langkah menyediakan minuman ni dinyatakan dibelakang peket tersebut. Saya nak zoomkan gambar, tapi entah di mana pulak peketnya.


Pelanggan tetap la ni. Balik masa cuti sekolah baru2 ni.


Inilah ropenye pop ice yang ada. Bermacam2 perisa jugak. Saya teringin betul nak rasa yang masam2 sikit macam lime ke. Ishhhhh...entah bila la lagi nak cuba benda ni.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 23 Mei 2013

Bori Cha (Korean Barley Tea)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Korea.  Tak tahulah, bila cerita pasal Korea ni perasaan macam di bawa ke awan biru je. Rasa macam terbuai-buai je bak kapas berterbangan di udara. Haish... dapat peluang nak ke sana tahun depan, tapi atas beberapa perkara saya tak dapat pergi. Ralat memang ralat tapi tak mengapalah. Tengok je KBS 391, sekejap je dah sampai ke sana. ^^


Jadi dalam kesempatan yang ada baru2 ni, saya cuba buat bori cha, iaitu sejenis teh Korea yang berasaskan barli. Nama pun teh Korea, langsung tak dibubuhnya gula. Kalau diperhatikan, masakan Korea ni tak menggunakan rempah yang banyak macam masakan kita. Mereka mengamalkan gaya pemakanan sihat dan makan secara seimbang tak macam saya yang makan apa sahaja. Hooooo ho ho.


Setelah dapat meneguknya barang seteguk dua, saya andaikan teh ni macam kulit roti hangit. Memang ada aroma hangit kerana barli yang disangat terlebih dahulu. Sejujurnya saya suka, kena dengan selera saya. Sedap diminum sejuk atau suam. Kalau ada yang nak mencuba tu sudi-sudikanlah...Opsstt, selamat bercuti buat semua cikgu cikgi dan bebudak sekolah ^^

KOREAN BARLEY TEA (Bori Cha) 
Resepi : Korean Food

Ingredients:
2 Tbsp roasted barley*
8 cups water

Preparation:
In a small pot, bring barley and water to a boil.
Reduce to simmer, cover, and cook for 20 minutes.
Serve immediately or store in the refrigerator and serve cold.
Saya renihkan sehingga separuh dan tambah 2 sb gula pasir.
 
*If you cannot find the roasted barley, you can make your own by toasting barley in a saute pan over medium heat for 5-10 minutes, or until the grains turn a dark brown color.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 27 April 2013

Air Soya Sempoi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hujung minggu tiba lagi. Nampaknya hari ni je dapat bersuka-suka, esok dah nak kerja. Begitulah kalau bekerja pada hari Sabtu, memang sekejap sangat dapat rehat. Bukan nak rehat apa pun, nak lipat kain, membasuh, kemas2 rumah sikit, kemas bilik, sapu2 sawang dan bermacam lagi lah. Bukan dapat nak tidur bangun pukul 10 atau dok bersenang lenang menengok tv. Jangan pulak kata orang bujang tak ada kerja nak buat weh. Fakta itu salah sama sekali. Bukan apa membebel ni, geram betul dengan 'orang' yang selalu je cakap orang bujang tak apa, tak ada anak, tak ada kerja nak buat. Itu statement nonesense okeh.

Jadi, sebelum saya terover moh le kita nengok  hasil kerja minggu lepas. Tetiba je rasa nak minum air soya. Maka berdentum dentamlah saya di dapur, rendam kacang soya dalam 2 jam, terus je blend. Cari dekat label minuman / jus tu rupa2nya tak ada lagi n3 pasal air soya ni. Hmmmmm. Selalu buat air soya main agak2 aje tapi saya sengaja sukat pulak kali ni, tengok hasilnya macam mana. Cuma kali ni saya namakan air soya sempoi sebab saya tak masukkan daun pandan, tak ada kat rumah. ^^


Cari2 penyukat biasa tu tak tahu pulak letak di mana, jadi saya gunakan apa yang ada...ramekin pun jadi ko! Saya selalunya menggunakan nisbah 1:10 atau 1:8 kalau buat air soya. Tapi tang gula tu rupanya agak manis dengan sukatan yang saya buat. Mungkin lain kali boleh guna hanya 1/2 atau 3/4. Kalau kata nak minum bersama ais masih ok la kot. Yang ni sebab saya minum sejuk gitu je agak terasa la manisnya tu.

Buat yang ingin mencuba saya sediakan resepi di bawah ni ya...

AIR SOYA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan : 
1 ramekin kacang soya - rendam dalam air 1-2 jam atau lebih
10 ramekin air
1 ramekin gula pasir (update : 3/4 ramekin dah cukup)
1 sk garam

Cara membuatnya :
Blend kacamg soya dengan air sehingga halus (saya blend sikit2 sebanyak 3 kali)
Kemudian tapis kalau boleh gunakan kain yang sesuai
Masak hingga mendidih, campur gula dan garam. Masa ni kena hati2, gunakan api perlahan dan kacau sentiasa supaya tidak meruap. Kalau nak masukkan daun pandan boleh jugak.
Didihkan seketika sebelum tutup api.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 21 Oktober 2012

Avocado Smoothie

 
 
 Fresh avocado smoothie, projek minggu lepas. Sekarang kat belakang rumah ada banyak buah avocado. Alkisahnya dah lama jugak pokok tu tumbuh tapi tak berbuah. Cheq sue berulang kali cakap kat member supaya tebang pokok tu, bukan hape, kalau dah pokoknya rendang tapi tak ada hasil takut-takut ada bende lain pulak yang berhasil kat situ. Alih-alih tahun ni ada bunga dan memang lebat sangat buahnya. Cheq sue pun tak sangka, sampai hampir mencecah tanah akibat berat dengan buah.

Akak housemate cheq sue tu memang hantu avocado. Jadi memang beraya la diorang penggemar-penggemar ni. Cheq sue tak berapa suka sangat, tak pernah makan pun tapi saja nak cuba camana. Daripada banyak-banyak buah tu cheq sue ambil 2 biji untuk dijadikan smoothie dengan menggunakan resepi dari Noorsha.

Daripada 1st pengalaman tu memang agak payah jugak nak rasa dengan avocado, cheq sue cuma habiskan 1 cup, tu pun kena makan masa sejuk. Bila dah ada coklat tu lagi meningkatkan rasanya. Untuk penggemar avocado resepi ni memang patut dicuba. TQ pada Noorsha yang berkongsi resepi ni. Wassalam.

 
RESIPI AVOCADO SMOOTHIE
Resipi : noorsha

 Bahan²
1 biji buah avocado
2 sudu makan susu pekat - lebihkan kalau suke manis
1 cawan ais
1 sudu makan lemon juice
Sedikit coklat masakan dicairkan @ choki²

Cara²
Blend semua bahan hingga hancur kecuali coklat masakan @ choki². tuang didalam gelas, paipkan coklat masakan @ choki² diatasnya. sedap dinikmati ketika cuaca panas. :)

Stylish Thankyou

Kamis, 26 Juli 2012

Jus Oren & Lobak Merah... Berani??



 
 
Cheq sue merupakan seorang penggemar minuman jus buah-buahan segar. Bila berpuasa ketika itulah detik terbaik untuk mencuba pelbagai gaya minuman dengan menggabungkan beberapa jenis buah-buahan. Sebenarnya nak buat jus carrot susu, terliur menengok Che Mat buat tapi rupanya xde stok susu pekat pulak kat rumah. Intai-intai terfikir nak gabungkan limau dengan carrot. Alaaaa...kita yang buat dia kan. Lagi pun dengan jadual makan yang berbeza ni perut pun dah makin meragam, harap-harap lepas ni takde masalah la bahagian tandas tu kan. Hiiiiiii...
 
Masa berbuka (iftar ke tu baru dapat rasa. Mmmmm tak la pelik mana pun, masih rasa jus orennya tapi agak seimbang dengan carrot. Cheq sue tak tapis pun jus ni, minum gitu aje setelah disimpan sejuk seketika. Korang yang nak rasa tu boleh la cuba. Wassalam...
 




 JUS LIMAU & LOBAK MERAH
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 biji limau - buang kulit dan empulur putihnya
1/2 batang lobak merah (saiz kecil) - hiris nipis
1 gelas air 
1 sudu besar gula

Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar
Kisar hingga halus
Boleh dihidang sejuk atau diminum begitu sahaja

Stylish Thankyou

Minggu, 15 April 2012

Lime Tomato Juice


 
 
Selamat petang semua... 
Apa aktiviti pepetang ni?
Belum balik lagi?
Amboiiiiii...kuat sungguh korang ni keluar bejalan ye...
Cheq sue jugak yang dok berselebet di rumah aje
Moh le kita tengok jus yang penuh khasiat ni
Amacam... ada bran ke
Cheq sue ah lama nak try minum ni
Kebetulan pekerja belakang rumah ada bagi sweet tomato
Kalau tengok kat gambar tu saiz dia memang besar dan rasanya manis
Memang khas untuk buat juice
Jus ni memang sesuai sangat la diminum waktu pagi
Boleh cuci perut sekaligus
Memang berkesan sungguh
Rasanya xde la pelik, tapi agak pelik jugaklah bila 1st time minum
Pastu xde rasa apa dah pun...
Yang ni cheq sue x sejukkan, minum fresh gitu
Kalau dok dalam peti ais mesti lagi sedap sentunya
Sape2 yang berani tu sila la cuba ya...
Wassalam...



 
LIME TOMATO JUICE
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 biji sweet tomato
1 biji limau nipis - buang kulit, empulur dan biji
1 sb gula
1 1/2 cawan air
 
Cara-cara :
Blendkan semua bahan sehingga halus
Tapis sebelum dihidangkan

Sabtu, 31 Maret 2012

Strawberry Carrot Juice


 
 
Selamat pagi semua......
Apa kata di pagi hari yang ceria ni kita bersihkan perut dengan minum jus ni
Siapa tak suka s'berry jus kan?
Satu keuntungan jugak dok CH ni, memang mudah nak dapat yang free!
Jus ni sebenarnya boleh dikatakan satu percubaan
Dah selalu buat s'berry milkshake, lassi, ataupun gitu aje
Sekali dok kat dapur, tengok2 ada carrot, rasa nak cuba
 Yang cheq sue guna tu baby carrot je
Kalau guna carrot biasa tu rasanya warna jus ni x la merah sangat
Tapi yang pasti pada selera cheq sue jus ni ada rasa yang sangat unik
Carrot tu secara tak langsung meneutralkan rasa masam s'berry
Memang sesuai sangat kalau nak digandingkan masa sarapan ataupun minum masa cuaca panas
As usual, cheq sue lagi suka jus buah yang x dimasukkan ais
Biasanya cheq sue letak dulu buah tu dalam freezer dan blend dengan air masak
Kalau letak ais ni macam mengurangkan aje rasa asli jus tu
Nanti kalau ada sape2 yang nak cuba tu sila lah ya...
InsyaAllah sedappppp!!
Selamat berhujung minggu
Wassalam...





 
STRAWBERRY CARROT JUICE
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Fresh strawberry
Carrot / baby carrot
Gula
Air masak

Cara-cara :
Strawberry dan carrot dipotong kecil (senang nak blend)
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus
Bolehlah dihidangkan

Minggu, 25 Maret 2012

Lai Chi Kang Tak Cukup Bahan


 
 
Sari tak hapdate blog macam ada benda tak siap aje
Kesian korang dok layan aje gambar2 shooting tu ye
Semalam pi jalan2 ke Ipoh
Harini seharian mengadap mesin jahit
Ni baru ada kesempatan nak keluar n3
 
Air lai chi kang ni cheq sue buat malam tadi
Ada lagi pun belennya dalam peti ais
Cheq sue ni memang suka air ni
Memang payah nak dapat kalau bukan bulan puasa
Dah kebetulan pegi TESCO, cari lah sikit bahan-bahannya
Memang dapat banyak pun bila dah campur2 semua
 Tapi dengan banyaknya bahan yang dimasukkan tu ada jugak yang tak ada
Contohnya macam buah kembang semangkuk, cendawan putih, kacang / biji teratai, barli
Tapi xpelah, yang dibuat ni pun dah cukup puas hati diminum

Pada siapa yang nak mencuba versi ringkas ni sila-sila la ya...
Wassalam...

 
LAI CHI KANG
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
Buah longan kering
Halwa kundur
Biji selasih - rendam kembang
Kismis hitam
Cincau - sagat halus
Nisse (gula melaka)
Gula pasir
Air secukupnya

Cara-cara :
Masukkan air ke dalam periuk, tambahkan nisse, longan kering, halwa kundur dan kismis hitam
Bila mendidih, masukkan pula biji selasih, cincau dan gula pasir (ikut kemanisan disukai)
Didihkan seketika supaya semua bahan bercampur
Boleh dihidangkan panas / sejuk

Kamis, 08 Maret 2012

Strawberry Smoothie

 

Salam Jumaat yang mulia
Semoga apa jua yang dilakukan pada hari ini diiringi berkat dariNya
Sama-samalah kita mendoakan kerukunan dan kebahagiaan ini milik kita selamanya

Sesiapa yang teringin nak merasa nikmatnya rasa mewah strawberry boleh la cuba smoothie ni
Stok strawberry ada lagi, lepas pada ambik yang pertama di n3 ni, tambah pulak 2 hari kemudian
 Sementelah ada full cream milk, cheq sue cuba buat smoothie pulak
Sebelum ni ada buat s'berry lassy & s'berry milk shake
Sedap-sedap semuanya

Smoothie ni agak istimewa sebab cheq sue cuba masukkan sedikit esen vanila
Sebelumnya memang buat biasa aje campur susu
Sesungguhnya dengan kehadiran vanila menambahkan lagi rasa nikmat dan harum strawberri
So apa lagi, jangan segan-segan cuba pulak
Sememangnya nanti akan menjadi kegemaran tau

Sekali tengok memang nampak pucat aje smoothie ni 
Sebab?
Semulajadi kan...sengaja tak masukkan pewarna 
Sesape yang ada senang-senang tu boleh la cuba ya
Wassalam...

Note : Eh...semua stat dengan S eh?




 
STRAWBERRY SMOOTHIE
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 cawan strawberry beku @ fresh
2 cawan full cream milk @ fresh milk
2 sb gula
1 sk esen vanilla
* Jika guna strawberry fresh, tambahkan sedikit ais

Cara-cara :
Blend semua bahan hingga halus
Tuang ke dalam gelas hidang, bolehlah diminum sejuk

Selasa, 06 Maret 2012

Watermelon Punch

 
 
Selalunya jus tembikai warna merah kan
Nah kali ni moh kita minum jus tembikai kuning pulak
Rasanya sama aje dengan tembikai merah tu
Nak buat camana, memang dok plan nak buat jus tembikai
Sekali bila belah kuning pulak dah
Kuning pun kuning la labu....

Istimewanya jus ini sebab dicampurkan dengan daun pudina
Well.... kalau daun pudina tu semua dah kenal kan
Penuh kesegaran dan kenikmatan
 Sekarang ni memang dah suka dengan pudina
Kalau dulu dok terbayang ubat gigi aje manjang
Tapi sesekali bila dijadikan jus memang sedap
Sebelum tu dah buat teh pudina
Memang kena selera sangat
The next day tu pi amik lagi pudina untuk buat jus pulak
Once dah try jus ni memang terfikir nak buat lagi tau
Sangat enak dinikmati sejuk-sejuk
*Selera orang lain x pasti pulak ya!
Depends okeh...

Untuk sape yang nak rasa kelainan jus tembikai ni, boleh la cuba
Wassalam...



 
WATERMELON PUNCH
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
Sepotong tembikai
Sedikit air
Sedikit gula
Segenggam pudina
 Air soda (opt)

Cara-cara :
Blend tembikai dengan gula dan air sehingga halus
Dalam gelas, masukkan pudina dan tekankan dengan hujung sudu
Kemudian masukkan tembikai yang telah dimesin tadi
Note : Lebih sesuai jika jus ini ditapis sebelum diminum
 
 

Jumat, 02 Maret 2012

Air Soya Pandan

 
 
Salam Sabtu semua
Hari ni cuaca tenang, sepi dan nian sangat
Sesekali kedengaran ada kelas yang agak bising
Biasalah jika terpaksa bersekolah pada hari cuti
Urusan peperiksaan sedikit kelam kabut pagi tadi
Mmmmm perkara yang sama juga seperti tahun lepas, moga tak berulang untuk peperiksaan akan datang
 
Kalau sape yang ada baca kat paper
Dah 2 hari rasanya xde air di penempatan cheq sue kat CH ni
Puncanya?
Apa lagi kalau penggunaan racun + baja pertanian yang dialirkan ke sungai
Tak ada kesedaran langsung siapa yang buat perkara2 ni...
Kesannya bukan pada seorang... hampir berpuluh ribu jugak penduduk disekitarnya
 
Jenuh jugak nak mengangkat air guna baldi
Kalau dulu kiri kanan bawak xde hal punya
Sekarang ni aishhhhh demand betul
Harap2 jangan la lama lagi terpaksa tunggu air tu pulih
Terseksa sangat kat dapur...
(^_o_^)

Okaylah, xmo citer lagi

Air soya pandan ni cheq sue buat dua hari lepas dah
Dalam xde air tu, alhamdulillah ada stok air bukit untuk masak
Selalunya pun kalau buat air soya cheq sue suka masukkan daun pandan
Tapi kali ni daun pandan tu diblend sekali dengan air soya
Memang rasa lain sangat
Cuma cheq sue tak la buat ikut semua resepi Ros ni
Kebetulan kacang soya pun tak berapa banyak, jadi di agak2 ajelah kuantitinya
Daun pandan tu pun cheq sue blend aje sekali dengan kacang soya
Tapi kacang tu tak berapa nak halus la kisarannya
Takpe...sebab kacang pun tak banyak, kira step ni dihalalkanlah
 
Dan untuk penggemar air soya, memang sedap sangat tau
Kalau ada kelapangan tu bolah la cuba ya!
TQ Ros bagi idea untuk minuman ni..
Wassalam...



 
AIR SOYA PANDAN
Sumber : Ros Jintan Manis


Bahan-bahannya
350gram kacang soya
1.5 litre air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda. cheq sue rendam dalam 4 jam je sebab kacang tak banyak
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.  
Note : kalau diblend sekali daun pandan masa blend kacang tu boleh jugak, tapi kacang tu takkan hancur halus. So better blend berasingan
4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

Selasa, 14 Februari 2012

Apple Celery Juice

 
 
Masih belum berkesempatan nak BW
Tenet kat rumah ni asyik melemaukan diri macam tuannya
Kadang2 nak load blog sendiri pun susah
Kalau load 2 3 kat tab mula la tersekat-sekat
Nak curi masa kat sekolah pun xleh, jadual pack sungguh tahun ni
Kadang2 tu dah mula rasa give up...

Jus epal dengan saleri ni cheq sue buat minggu lepas
Ada member bagi sebatang daun saleri
Kalau nak harapkan beli lambat la lagi
Sebenarnya jarang2 sangat guna saleri untuk masak
Bila terfikir jus ni terus je buat, tapi masih berbaki selerinya
Rupa-rupanya memang sedap
Xde pulak berbau macam tomyam ke, daging lompap ke... he he he
Sungguh segar rasanya menikmati segelas, sampai rasa nak lagi..
Yang cheq sue buat ni tak ditapis, tapi kulitnya dikupas terlebih dulu
Kalau yang belum cuba jus camni bolehla buat nanti ya..
Wassalam...


APPLE CELERY JUICE 
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 biji epal hijau - kupas kulit dan potong dadu
1 sb gula (lebih kurang)
5 cm seleri - hiris nipis
1 cawan air
 
Cara-cara :
Campur semua bahan dan kisar halus
Tuang ke dalam gelas
Jika ingin dinikmati sejuk, boleh masukkan ais

Jumat, 06 Januari 2012

Teh Longan

 
 
Salam hujung minggu. Pastinya banyak aktiviti yang telah di atur. Ke mana agaknya langkah hari ini? Atau sekadar berehat2 di rumah aje. Manalah tahu masih kepenatan membereskan urusan kerja atau persekolahan anak-anak.  Pagi ni dah sarapan ke belum? Nampaknya para blogger banyak menutup dapur hari ini. Cheq sue belum lagi...terus ke lunch agaknya. Tapi sudah pun pekena segelas teh longan.

Alkisahnya ada beli sepeket longan kering, tu yang dicuba. Sebenarnya pun tak tahu caman rasa buah longan, adik beradik dengan laici ke? Bila dah kembang, rasa macam ada letak brown sugar. Cuma kalau nak minum2 waktu petang dengan kuih2 atau kek kurang manis, memang sangat sesuai la. Bila minum time hangat2 tu memang menygarkan. Kalau mana-mana yang nak cuba tu bolehlah...sesekali tukar selera pulak.


 
Untuk kuantiti air dan gula tu, bolehlah diejas mengikut citarasa. Selalunya yang kering2 ni memang dah agak manis, so kurangkanlah gulanya. Selain di minum panas, boleh juga dihidangkan masa sejuk. Cubalah nanti. Wassalam...
 
TEH LONGAN

Resepi : Cheq Sue

 
Bahan-bahan :
10-20 biji longan kering - cuci bersih
5 ketul gula batu (saiz kecil)
2 sb gula
3-4 cawan air

Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan dalam 20 min @ sehingga buah longan menjadi kembang
Boleh sesuaikan kuantiti gula dan air
Boleh dihidang panas @ sejuk
* Kandungan air akan sedikit berkurang

Jumat, 23 Desember 2011

Strawberry Lassi

 
 
Semalam, cuba pulak buat sendiri segelas strawberry lassi. Kira2 sepeket strawberry tu habis dibuat jus aje. SL ni memang mudah, dan agak unik rasanya sebab cheq sue menggunakan susu masam yang dibuat sendiri.  Sebenarnya pernah jugak minum mango lassi yang menggunakan yogurt, memang xleh nak telan. Sebab tu la bila buat ni cheq sue guna susu segar yang dicampurkan dengan jus limau nipis, macam kita buat buttermilk tu la.. Cuma pada cheq sue, sebarang jus atau minuman yang menggunakan susu segar, lebih sedap diminum semasa sejuk atau diblend dengan ais supaya tak terasa sangat muaknya. Sebab itulah yang ni cheq sue letak sekejap di dalam freezer sebelum diminum. Memang maveless.... :)
 



Jika dibandingkan dengan SMS, rasanya lebih kurang sama cuma yang ini ada rasa masam limau. Jadi bolehlah letak gula lebih sikit. Kalau sape2 yang ada masalah sembelit tu bolehlah cuba minum jus ni pulak ya... Wassalam...
 
STRAWBERRY LASSI
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
12 biji buah strawberri segar - buang daun dan belah 2
1 cawan susu segar
1 biji limau nipis - perah jusnya
1 1/2 sb gula
 Ais kiub - opt
* Jika menggunakan yogurt, x perlu jus limau. Susu boleh ganti dengan air kosong

Cara-cara :
Campurkan jus limau nipis ke dalam susu segar. Biarkan 10-15 minit
Masukkan buah strawberi, gula dan campuran susu dan jus limau. Jika guna ais kiub boleh masukkan sekali
Kisar hingga halus
Sejukkan dalam freezer untuk seketika

Strawberry Milk Shake

 
 
Sesekali kata hati ingin menikmati jus yang mewah dengan rasa dan penuh dengan aroma. Kena sekali dengan strawberry milk shake (SMS) ni. Dah lama jugak nak rasa. Memang mudah nak dapat jika dok CH, segelas hanya RM 6.90 ++. Balik dari CH semalam, beli sepeket buah ni khas untuk cuba. Kalau jus biasa dah cuba, boleh klik sini. Rupa2nya SMS ni memang sedap, masam manis lemak dan sungguh puas menikmatinya saat dingin. Patut ler orang Ipoh nun gemar sangat SMS ni. Kita yang dok CH lak macam jakun 1st time baru minum. He he he........




 
InsyaAllah balik nanti nak cuba beli pulak SMS, nak compare dengan yang dibuat ni. Kita kata sedap, entah kat kedai camana rasanya. Kalau dilihat warnanya agak pucat, kalau ada kordial boleh masukkan sedikit. Kalau xde warna asal pun cukup. X payah pakai pewarna.
 



 
Dengan menggunakan resepi ni, dapat lebih kurang 3 gelas SMS, memang puas hati sungguh. Kalau ada sape2 yang teringin nak cuba tu bolehlah tengok resepi kat bawah ni... Mmmmmmm cheq sue tengah hirup ni, sape yang nak tumpang moh lerrr... Wassalam...
 
STRAWBERRY MILK SHAKE
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
25 biji strawberry ~ buang daun, belah dua, freezekan semalaman
2 cawan fresh milk
2 sb gula @ susu pekat ~ cheq sue guna gula
1/2 sk esen vanilla
Ais ketul secukupnya (sekiranya menggunakan strawberry fresh)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar, kisar sehingga halus
Bolehlah diminum, jika suka simpankan sekejap di dalam peti ais sebelum dinikmati

Selasa, 20 Desember 2011

Strawberry Juice

 
 
Dah ada kat CH ni xsah la xde n3 pasal strawberi. Jus ni dibuat masa budak2 KL mai umah 2 minggu lepas. Ada yang meminta nak minum jus ni, kebetulan ada beli strawberi, tu yang boleh buat kejap aje.  semua orang pun dah tahu buat jus ni...senang aje. Kalau ada yang teringin tu, silalah dapatkan sekarang... :)



 
STRAWBERRY JUICE 
Resepi : Cheq sue
Bahan-bahan :
15 biji strawberi - buang daun dan belah 4
1 cawan air suam / sejuk
2 sudu besar gula pasir
Ais kiub secukupnya

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan dan blend hingga sebati
Jika suka boleh tambahkan sedikit kordial strawberi
Bila sudah hancur, bolehlah dimasukkan ke dalam gelas dan dihidangkan

Sabtu, 17 Desember 2011

Watermelon Lemonade

 
 
Pada selera cheq sue, pada musim hujan beginilah lebih syok kalau dapat minum jus sejuk. Memang terasa la sejuknya tu. Pastu kalau berulang ke bilik air sila la tanggung sendiri.  Tambah2 kalau dapat WL ni, memang kena la dengan manis tembikai dan masam limau nipis tu.
 



Kalau nak rasa satu kelainan, sila la cuba jus ni. Pada tekak cheq sue memang cukup segala rasa, maklumlah suka dengan masam limau nipis. Kalau nak tukar pada limau kasturi pun boleh... bergantung pada citarasa masing-masing. Ini hanya satu idea saja...semoga bermanfaat. Wassalam...
 
 WATERMELON LEMONADE
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 potong tembikai tiada biji ~ kupaskulitnya, kalau ada tu ikhtiarkanlah buang ya
3 biji limau nipis ~ belah 4, buang biji dan kupas kulit
Sedikit gula
 Air dan ais ketul secukupnya

Cara-cara : 
Masukkan tembikai, limau nipis, gula, air dan ais ketul ke dalam blender
Kisar sehingga tembikai hancur
Bolehlah dituang ke dalam gelas bersesuaian dan sedia dinikmati

Senin, 14 November 2011

Tau Foo Fa, Akhirnya

 
 
Dah habis sehari peperiksaan SPM. Katanya soalan Bahasa Melayu agak senang. Wallahu'alam sebab cheq sue tak mengajar. Pada hari pertama ni macam2 yang terjadi. Ada yang menjawab x menoleh kiri kanan, ada yang tidur dan ada jugak yang melukis...xde idea la tu. Agak penat jugak harini, maklumlah keadaan sekolah yang berbukit, 5 6 kali mengiring calon ke tandas sudah cukup melonggarkan sendi anggota. 

Tinggalkan dulu hal penat2 ni, cerita tentang tau foo fa pulak. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh aje. Sekotak soya segera yang dibeli kejap aje habis diminum. Pernah jugak cheq sue buat guna soya jagung, tapi menggunakan serbuk agar2 segera NONA (satu kotak RM 2) tapi hasilnya tak menjadi, x beku seperti sepatutnya malah lebih kepada dadih. Kali ke 2 buat walaupun x berapa menjadi sebab lupa nak kacau masa didihkan, masih boleh dimakan tetapi nampaknya bukan rezeki cheq sue. Tau foo yang disejukkan dalam peti tiba2 aje terjatuh semuanya ke lantai. Nampaknya ada aje penghalang cheq sue nak merasa homemade tau foo fa ni. Kali yang ke3 ni cheq sue buat sendiri air soya. 4 cawan dibuat tau foo fa dan selebihnya diminum. Tetapi malangnya tak dapat minum banyak sebab tertumpah. Ish ish ish...asyik tertumpah aje. Nasib baik TER....
 


 
Sebenarnya dah beberapa kali jugak buat tau foo fa menggunakan agen pengentalnya iaitu siako tapi memang x pernah dapat hasil yang memuaskan. Soya tak beku dengan baik. Lagipun kandungan bahan kimia dalam tepung siako yang sebenarnya digunakan dalam pengeluaran tauge tidak diketahui komposisinya. Ia sebenarnya berfungsi seperti simen yang menyerap kelembapan untuk biji kacang bagi penghasilan tauge.
 


 
Walaupun tekstur tau foo fa ni agak licin macam agar2, tapi rasanya x jauh sgt dengan yang kat kedai tu. Agaknya kalau guna soya kotak, camana pulak hasilnya. Apapun, dengan adanya resepi ni xde masalah la lepas ni kalau rasa nak makan tau foo fa. Tq Nonie, kawan2 jangan lupa cuba ye.
Wassalam...

HOMEMADE TAU FOO FA
Sumber : Nonie Rahman

Bahan-bahan
4 cawan air soya (nonie guna soya  jagung kotak)
1 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 cawan air
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
panaskan susu soya.biarkan sekali mendidih.tutup api.
dalam periuk berasingan,panaskan air.masukkan serbuk agar-agar.masak sehingga serbuk agar-agar tadi larut.
apabila agar-agar sudah larut.masukkan air soya tadi dan esen vanilla.
tuang ke dalam bekas dan boleh la disejukkan.biarkan sejuk seketika pada suhu bilik.kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam

UNTUK AIR GULA

Bahan-bahan :
300g gula kabung cheq sue guna nissan kelantan
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan

Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk.masakkan sehingga gula larut.sejukkan...
Enak di makan time sejuk2... Perghhhh mavelesssss