Strawberry Smoothie
Salam Jumaat yang muliaSemoga apa jua yang dilakukan pada hari ini diiringi berkat dariNyaSama-samalah kita mendoakan kerukunan dan kebahagiaan ini milik kita selamanya
Sesiapa yang teringin nak merasa nikmatnya rasa mewah strawberry boleh la cuba smoothie niStok strawberry ada lagi, lepas pada ambik yang pertama di n3 ni, tambah pulak 2 hari kemudian Sementelah ada full cream milk, cheq sue cuba buat smoothie pulakSebelum ni ada buat s'berry lassy & s'berry milk shakeSedap-sedap semuanya
Smoothie ni agak istimewa sebab cheq sue cuba masukkan sedikit esen vanilaSebelumnya memang buat biasa aje campur susuSesungguhnya dengan kehadiran vanila menambahkan lagi rasa nikmat dan harum strawberriSo apa lagi, jangan segan-segan cuba pulakSememangnya nanti akan menjadi kegemaran tau
Sekali tengok memang nampak pucat aje smoothie ni Sebab?Semulajadi kan...sengaja tak masukkan pewarna Sesape yang ada senang-senang tu boleh la cuba yaWassalam...
Note : Eh...semua stat dengan S eh?
STRAWBERRY SMOOTHIEResepi : Cheq Sue Bahan-bahan :1 cawan strawberry beku @ fresh2 cawan full cream milk @ fresh milk2 sb gula1 sk esen vanilla * Jika guna strawberry fresh, tambahkan sedikit ais
Cara-cara :Blend semua bahan hingga halusTuang ke dalam gelas hidang, bolehlah diminum sejuk
Tidak ada komentar:
Posting Komentar