”Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu sanggup melintasi semua penjuru langit dan bumi, maka lintasilah. Namun kamu tidaklah akan dapat melintasinya kalau tidak dengan kekuatan.” (Ar-Rahman ayat 33)
Apakah StarGate ? Menurut fahaman fiksyen sains dan filem-filem Hollywood,Stargate adalah portal yang boleh memendekkan perjalanan antara galaksi,planet atau bintang.Ia bertindak seolah-olah 'wormhole'.Ada juga yang menggabungkannya dengan 'time travel'.Namun Stargate lebih popular digunakan ke atas terma jarak dan terasing dari premis masa.
Kadangkala Stargate ini digabungkan dengan kepercayaan pelbagai agama,terutamanya agama pagan Sumeria,Babilon dan Mesir Purba.Ini sudah tentu kerana agama menyembah syaitan dan nafsu Freemason mengambil silibus agama syaitan mereka dari ketiga-tiga kaum pagan ini.Kita akan bincangkan perkara ini nanti.
Kajian sains kini mendapati alam semesta kita ini tidak statik,tetapi 'bergerak' atau 'hidup'.Alam semesta ini ibarat satu 'hidupan' lain yang mempunyai nyawa.Hidupan lain yang di dalamnya juga terdapat makhluk-makhluk bernyawa yang lain.Nyawa di dalam nyawa.Kajian sains juga mendapati alam semesta ini 'memecut' dalam kelajuan yang lama-kelamaan akan mencapai ketidakseimbangan atau di luar kawalan.Apa yang dikatakan kiamat pasti akan terjadi atau istilah saintifiknya 'The Big Freeze'.
Dahulu kita selalu mengatakan apabila bumi akan musnah apabila dihempap meteor atau akibat perang nuklear,kita akan berpindah ke planet lain,selalunya Marikh dipilih dalam khayalan ini.Namun para saintis sukar untuk menyembunyikan bahawa 'The Big Freeze' ini rupa-rupanya melibatkan seluruh alam semesta yang bermula dari 'The Big Bang'.Selepas menimbangkan pelbagai parameter,para saintis memikirkan bahawa kemungkinan untuk menyelamatkan manusia dari kemusnahan ini melalui cara 'menyerap ke alam yang berselari' (parallel universe)!
Di dalam mitologi Norse,Ragnarok iaitu 'takdir para dewa-dewa' (kisah 'kiamat' versi Norsemen) bermula apabila bumi terperangkap di dalam satu ruang beku seperti ragum yang menelan bumi tadi.Langit sendiri telah membeku sebagai akibat terkorbannya para dewa di dalam pertempuran dengan kuasa kejahatan berbentuk ular dan serigala.Kegelapan abadi menyelimuti tanah yang membeku itu di mana matahari dan bulan telah ditelan habis.Odin,bapa para dewa akhinya mati dan masa dengan sendirinya musnah.
Apakah perkaitan antara mitos orang Norse ini dengan apa yang akan berlaku?
Sejak kerja-kerja Edwin Hubble pada tahun 1920-an,para saintis telah pun tahu bahawa alam semesta ini mengembang,namun kebanyakannya percaya bahawa pengembangan menjadi perlahan selaras dengan usia alam ini.Pada tahun 1998,para astronomi di Makmal Nasional Lawrence Berkeley dan Universiti Nasional Australia telah membuat pengiraan kadar pengembangan melalui kajian berdozen letupan supernova yang dasyat di dalam galaksi-galaksi jauh,yang mana mampu 'meringankan' seluruh alam semesta.Mereka harus tidak begitu mempercayai data-data mereka sendiri.Satu tenaga yang tidak diketahui telah memaksa galaksi berpecah,menyebabkan pengembangan alam semesta,memecut pantas.
Brian Schmidt iaitu salah seorang dari ketua saintis terbabit mengatakan bahawa semua ini seolah-olah tidak masuk akal walaupun mereka telah memeriksa semua data.Beliau keberatan untuk memberitahu oang ramai bahawa manusia akan menghadapi 'pembunuhan beramai-ramai'!.
Ahli Fizik kembali mengkaji dan sedar bahawa suatu 'tenaga gelap' (dark energy) dari asal-usul yang tidak diketahui,seakan-akan sama dengan teori Kosmologi Konstan Einstein,telah bertindak sebagai daya antigraviti.Pada masa yang sama,ruang kosong itu sendiri mengandungi cukup tenaga gelap ini untuk memusnahkan alam semesta.Lebih luas alam semesta mengembang,maka lebih banyak tenaga gelap ini akan membuatkan ia mengembang lebih pantas,membawa kepada mod pertumbuhan eksponen yang tidak terkawal.Pada tahun 2003,keputusan yang menakjubkan telah disahkan oeh satelit WMAP(Wilkinson microwave anisotropy probe).Mengorbit berjuta-juta batu dari bumi,satelit ini mengandungi dua taleskop yang berupaya mengesan radiasi gelombang mikro yang mana menyelubungi alam semesta.Satelit ini telah memberikan kita gambaran alam semesta ketika masih menjadi 'bayi' kira-kira 380,000 tahun dahulu.
Satelit WMAP telah menyelesaikan (mengikut andaian saintis setakat ini) persoalan yang memakan masa lama untuk dijawab tentang usia alam semesta:ia berusia 13.7bilion tahun(termasuk ralat ketepatan).Lebih mengesankan,data menunjukkan bahawa tenaga gelap ini bukannya kebetulan atau muncul secara tiba-tiba,tetapi telah pun memenuhi 73 peratus dari bahan dan tenaga alam semesta.Bagi merumitkan lagi misteri,data menunjukkan 23 peratus dari alam semesta terdiri dari 'bahan gelap'(dark matter),satu bentuk bahan yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa namun masih mempunyai berat.
Hidrogen dan helium membentuk 4 peratus,ketika elemen-elemen lebih tinggi termasuk manusia dan bahan-bahan fizikal yang mampu disentuh oleh pancaindera kita hanya membentuk 0.03 peratus.Tenaga gelap dan kebanyakan bahan gelap tidak mengandungi atom-atom,yang mana bermakna bertentangan dengan apa yang dipercayai oleh pemikir Yunani Purba,dan diajar di kesemua kursus kimia moden bahawa,majoriti alam semesta terbuat dari atom-atom.
Dalam kes ini,ia berlaku sebaliknya,majoriti alam semesta bukan diperbuat dari atom!
Sebagaimana alam semesta mengembang,kandungan tenaganya tercair dan suhunya menuju ke arah hampir sifar,di mana atom-atom berhenti bergerak.Satu daripada hukum Fizik ialah Hukum Kedua Termodinamik yang mana menyatakan di mana setiap benda terlenyap,jumlah 'entropi' (kemusnahan) di dalam alam semesta akan meningkat.Ini bermakna besi berkarat,tubuh kita yang mengalami penuaan,tamadun-tamadun yang musnah,bintang yang kehausan bahan apinya dan alam semesta sendiri yang akan musnah,dan suhu akan jatuh secara seragam selari dengan semua kemusnahan ini,mendekati sifar.Ini bermakna setiap kemusnahan atau kematian manusia mahupun binatang menyumbang kepada proses 'pembekuan alam semesta'
Para saintis sekular dan pemikir Materialisme berpendapat walaupun termodinamik dan hujah kosmologi (ya,sudah pasti pandangan agama) mengatakan setiap kehidupan di alam ini akan menemui kematian,di sana masih ada pengecualian.Masih percaya dan berpandukan Teori Evolusi Darwin yang sudah habis tarikh luput,mereka berpendapat apabila persekitaran berubah secara radikal,kehidupan mesti menyesuaikan diri,berpindah atau mati.
Pilihan pertama seolah-olah mustahil.
Pilihan terakhir sebenarnya bukan pilihan.
Ini meninggalkan kepada mereka satu pilihan:Meninggalkan alam semesta.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar