Ini adalah bende terakhir yang dibuat di CH sebelum balik semalam
Sebenarnya dah lama virus cookies ni tersebar, tapi dok pending aje masa ke masa
Bila dah nak balik kg, kena clearkan beberapa bahan
Tu yang cuba buat cookies ni
Cara membuatnya memang mudah, dan kali ni kejadian cookies ni agak meleper sedikit
Mungkin sebab adunan agak lembik
Apapun memang sedap dan masyuk dimakan
Kat dalam tu cheq sue cuma masukkan choc chips, gajus dan biji bunga matahari je
Tu pun tak banyak sangat, sikit-sikit
Selamat bercuti...
Wassalam..
Wassalam..
BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS
( HOME MADE )
Bahan² Diayak
280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko tak masukkan
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan² Lain
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang
Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa ) _ Diana tak bubuh
Cara²
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar