Bahan-bahannya
350gram kacang soya
1.5 litre air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda. cheq sue rendam dalam 4 jam je sebab kacang tak banyak
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.
Note : kalau diblend sekali daun pandan masa blend kacang tu boleh jugak, tapi kacang tu takkan hancur halus. So better blend berasingan
4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar