Senin, 14 November 2011

Tau Foo Fa, Akhirnya

 
 
Dah habis sehari peperiksaan SPM. Katanya soalan Bahasa Melayu agak senang. Wallahu'alam sebab cheq sue tak mengajar. Pada hari pertama ni macam2 yang terjadi. Ada yang menjawab x menoleh kiri kanan, ada yang tidur dan ada jugak yang melukis...xde idea la tu. Agak penat jugak harini, maklumlah keadaan sekolah yang berbukit, 5 6 kali mengiring calon ke tandas sudah cukup melonggarkan sendi anggota. 

Tinggalkan dulu hal penat2 ni, cerita tentang tau foo fa pulak. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh aje. Sekotak soya segera yang dibeli kejap aje habis diminum. Pernah jugak cheq sue buat guna soya jagung, tapi menggunakan serbuk agar2 segera NONA (satu kotak RM 2) tapi hasilnya tak menjadi, x beku seperti sepatutnya malah lebih kepada dadih. Kali ke 2 buat walaupun x berapa menjadi sebab lupa nak kacau masa didihkan, masih boleh dimakan tetapi nampaknya bukan rezeki cheq sue. Tau foo yang disejukkan dalam peti tiba2 aje terjatuh semuanya ke lantai. Nampaknya ada aje penghalang cheq sue nak merasa homemade tau foo fa ni. Kali yang ke3 ni cheq sue buat sendiri air soya. 4 cawan dibuat tau foo fa dan selebihnya diminum. Tetapi malangnya tak dapat minum banyak sebab tertumpah. Ish ish ish...asyik tertumpah aje. Nasib baik TER....
 


 
Sebenarnya dah beberapa kali jugak buat tau foo fa menggunakan agen pengentalnya iaitu siako tapi memang x pernah dapat hasil yang memuaskan. Soya tak beku dengan baik. Lagipun kandungan bahan kimia dalam tepung siako yang sebenarnya digunakan dalam pengeluaran tauge tidak diketahui komposisinya. Ia sebenarnya berfungsi seperti simen yang menyerap kelembapan untuk biji kacang bagi penghasilan tauge.
 


 
Walaupun tekstur tau foo fa ni agak licin macam agar2, tapi rasanya x jauh sgt dengan yang kat kedai tu. Agaknya kalau guna soya kotak, camana pulak hasilnya. Apapun, dengan adanya resepi ni xde masalah la lepas ni kalau rasa nak makan tau foo fa. Tq Nonie, kawan2 jangan lupa cuba ye.
Wassalam...

HOMEMADE TAU FOO FA
Sumber : Nonie Rahman

Bahan-bahan
4 cawan air soya (nonie guna soya  jagung kotak)
1 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 cawan air
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
panaskan susu soya.biarkan sekali mendidih.tutup api.
dalam periuk berasingan,panaskan air.masukkan serbuk agar-agar.masak sehingga serbuk agar-agar tadi larut.
apabila agar-agar sudah larut.masukkan air soya tadi dan esen vanilla.
tuang ke dalam bekas dan boleh la disejukkan.biarkan sejuk seketika pada suhu bilik.kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam

UNTUK AIR GULA

Bahan-bahan :
300g gula kabung cheq sue guna nissan kelantan
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan

Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk.masakkan sehingga gula larut.sejukkan...
Enak di makan time sejuk2... Perghhhh mavelesssss

Tidak ada komentar:

Posting Komentar