Spagetti Bolognese Ayam
Bersiaran kembali di malam hari. Pertamanya cheq sue nak ucapkan terima kasih pada yang bertandang ke sini. Walaupun xde n3 baharu @ resepi yang gempak2, kesudian korunk menengok dan menjamu mata dengan mee kantonis tu amat cheq sue hargai. Maaf juga sebab xdan nak berjalan ke rumah kawan2...sempat jeling2 gitu aje sambil telan ayaq liur. Pagi tadi seawal 8.30 dah keluar rumah, cadang nak cari sandal di JJ, ada yang berkenan, xde saiz pulak. Masalah sungguh!
Bila melepak kat rumah kawan ni, nak mengadap lappy tu agak terhad sedikit masanya. Tambah2 pulak sekarang dah ada hobi baru. Hobi apa? Rahsia dulu lah, kot tak jadi. He he he...
Okeh, berbalik pada resepi yang cheq sue letakkan malam ni, dimasak atas permintaan. Memang feveret sangat la budak2 kalau masak camni. Sebenarnya kalau bolognese ni ada macam2 versi dan cara. Cheq sue ni main hantam saja, ikut sedap hati. Kalau selalu masak sikit, lain pulak kuantitinya. Tapi kali ni cheq sue masak agak banyak maka bahan2 ni agak banyak la jugak sikit, pastu agak basah2 jugak. Ye la, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam... :)
Lainnya hidangan bolognese kerana cheq sue menggunakan cili giling dan kicap. Cili tu nak rasakan sedikit pedas manakala kicap tu berfungsi untuk meneutralkan rasa bawang (dalam bahasa Kelantan disebut CEMUH, dalam BM xpasti pulak). Tapi xde la diletak banyak sangat, kang jadi bolognese kicap pulak. Mmmm korang sila2 la layan dulu ya...Sat2 lagi insyaAllah cheq sue pi jalan2 rumah korang... :)Wassalam...
SPAGETTI BLOGNESE AYAMResepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :1 peket spagetti - rebus hingga lembut, masukkan sedikit garam dan minyak masak1 botol sos spagetti cendawan KIMBALL1 tin cendawan butang - dadu halus2 biji bawang besar - dadu3 biji bawang putih - cincang1 kiub ayam Semangkuk isi ayam - potong kecil (boleh ganti ayam @ daging kisar)2 sudu besar cili giling4 biji tomato sederhana - cincang dan blend dengan airSedikit oreganoAir secukupnya mengikut kepekatan kuah dikehendakiSedikit sos tomato dan sos tiram2 keping slice cheeseGaram, gula, kicap manis secukupnyaSedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :Spagetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan airnya dan dibilas hingga hilang kanjinyaPanaskan sedikit minyak dan tumis cili giling, oregano, bawang besar dan bawang putihMasukkan isi ayam dan cendawan butang, goreng hingga separuh masakTuangkan tomato yang telah dikisar, sos spagetti cendawan, kiub ayam dan air secukupnya (cheq sue guna dalam 5 cawan). Setelah mendidih, masukkan pula slice cheese, kicap, sos tomato dan sos cili.Masak hingga mendidih dan sos agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah dituangkan ke atas spagetti yang telah ditoskan tadi. Enak dihidangkan panas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar