Doktor Lelaki Lebih Baik?
N3 ni just nak share pengalaman cheq sue ngan dentist harini. Pada pendapat korunk la, setuju atau tak dengan statement cheq sue kat atas tu? Mungkin setiap dari kita ada pandangan @ pendapat yang berbeza. Ada yang suka layanan doktor lelaki dan ada yang suka doktor perempuan. Tak kiralah doktor gigi atau doktor dalam bidang lain. Agaknya mungkin dah lumrah yang kita akan menyukai seseorang yang berbeza 'cas' dengan kita. Cheq sue ni ada la beberapa kali berurusan di klinik gigi. Xde masalah dengan doktor lelaki atau perempuan.
|
Skodeng kat Google |
i pandangan jujur, memang cheq sue lebih puas hati dengan perkhidmatan diberikan oleh doktor lelaki. Sebelum ni kalau doktor perempuan tu cakap pun tinggi2 suara (mungkin agaknya dah pesen dia gitu...), pastu kalau bagi nasihat pun sinis aje, tapi xpelah agaknya dia pun tensen dah jumpa bermacam ragam pesakit yang mempunyai pelbagai masalah. Tetapi, cheq sue masih nak ucapkan terima kasih pada semua doktor gigi yang dah banyak membantu memulihkan & merawat gigi2 cheq sue ni... Ewahhhh "_" Sebenarnya bukan ape pon, kita pi tu dengan perasaan takut + terpaksa, jadi bila orang cakap kuat sikit mula la kita perasa dia marahkan kita, padahal xde apa pun.... Agaknya kalau kita jadi doktor, lebih garang daripada tu agaknya...
Berbalik pada peristiwa hari ini... Cheq sue ada appoinment mencabut geraham no 26. Sebab ada infection gusi, kena makan ubat dulu 5 hari. Tadi as usual la bawak lagu dangdut dalam hati, memang berdebar abes. Punya la cover xnak bagi ketara sangat. Bila masuk aje, dapat doktor lelaki. Lembut aje cakapnya... Cheq sue ni biasalah kalau kat spital, mesti kat tangan nak ada sesuatu dan mata mesti pejam rapat. Aduhhh, doktor tu tadi x bagi cheq sue pejam mata, pastu dia sentiasa ingatkan cheq sue supaya relex dan keep breathing macam biasa. Memang tenang sungguh la dia... Cheq sue pun secara tak langsung dah hilang rasa takutnya.
Tapi yang x best kena buat dua kali, memula cheq sue pegi tu x sempat siap sebab dah dekat lunch hour. Selepas 2.30 pm baru sambung balik. Maksudnya tadi cheq sue kena masuk klinik tu dan dibius dua kali. Aduhhhh.... Sebabnya geraham cheq sue tu patah dan goyang sebahagian, pastu ada akar tertinggal kat dalam. Kan gigi geraham akar dia tu kuat sikit, pastu ada 3.... siap kena mini surgery lagi tadi. Memang ngeri betul.. Bila nengok ke alat2 yang digunakan, dan bunyi mesin memang macam nak pitam. Seb baik la tak minat jadi doktor dulu... Ahaks!
Hakikatnya, tak kiralah doktor lelaki atau doktor perempuan, semuanya mahu memberikan khidmat yang terbaik untuk pesakitnya. Cuma kita sendiri yang perlu menjaga harta pemberian Allah itu sebaiknya. Kalau xnak jadi macam cheq sue ni, kenalah sentiasa membuat pemeriksaan dan berjumpa doktor gigi.... Terima kasih doktor!!! Wassalam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar