Watermelon Lemonade
Pada selera cheq sue, pada musim hujan beginilah lebih syok kalau dapat minum jus sejuk. Memang terasa la sejuknya tu. Pastu kalau berulang ke bilik air sila la tanggung sendiri. Tambah2 kalau dapat WL ni, memang kena la dengan manis tembikai dan masam limau nipis tu. Kalau nak rasa satu kelainan, sila la cuba jus ni. Pada tekak cheq sue memang cukup segala rasa, maklumlah suka dengan masam limau nipis. Kalau nak tukar pada limau kasturi pun boleh... bergantung pada citarasa masing-masing. Ini hanya satu idea saja...semoga bermanfaat. Wassalam... WATERMELON LEMONADEResepi : Cheq Sue Bahan-bahan :2 potong tembikai tiada biji ~ kupaskulitnya, kalau ada tu ikhtiarkanlah buang ya3 biji limau nipis ~ belah 4, buang biji dan kupas kulitSedikit gula Air dan ais ketul secukupnya
Cara-cara : Masukkan tembikai, limau nipis, gula, air dan ais ketul ke dalam blenderKisar sehingga tembikai hancurBolehlah dituang ke dalam gelas bersesuaian dan sedia dinikmati
Tidak ada komentar:
Posting Komentar