Glass Beach (Pantai gelas) adalah sebah pantai unik dan pelik yang berada di Fott Bragg, California. Mengapakah dikatakan ia unik dan pelik? Pada pandangan pertama melihat pantai ini, pasti tiada banyak bezanya dengan pantai-pantai lain, tetapi jika kita mengambil segenggam daripada pasirnya, anda akan melihat butiran-butiran kaca yang cantik ditapak tangan anda. Ya, sememangnya di pantai tersebut, pasir-pasirnya kebanyakannya adalah kaca dan sebab itulah ia dikatakan unik.
Pada asalnya pantai ini adalah sama seperti pantai-pantai yang lain, tetapi pada awal tahun 1949, kawasan pantai itu telah dijadikan sebagai tempat untuk melupuskan sampah secara terbuka. Sejak daripada itu, penduduk disitu dengan sesuka hatinya membuang sampah di pinggiran pantai berkenaan. Mereka membuang segala jenis sampah-sampah ke situ termasuklah bertan-tan kaca, barangan rumah, dan juga kereta!
Keadaan pada masa itu sangat menyedihkan sehinggalah pada tahun 60-an, terdapat beberapa percubaan untuk mengawal pembuangan sampah secara berleluasa dan bagi pembuangan sisa tosik, ia telah dilarang sama sekali. Akhirnya pada tahun 1967, Kerajaan pada ketika itu menyedari bahawa pembuangan sampah tersebut adalah kesilapan besar dan seterusnya melarang pembuangan sampah di situ dan juga menutup tempat itu serta merta.
Sekarang setelah 30 tahun terbiar, alam semulajadi telahpun mengubah semula wajah pantai itu. Tahun demi tahun ombak yang memukul pantai telah menghakis sampah-sampah yang terdapat di kawasan itu dan telah merubah kaca-kaca menjadi serpihan kecil, lembut dan berwarna yang meliputi hampir keseluruhan pantai itu ketika ini. Walaupun begitu masih terdapat kesan-kesan sampah yang masih tidak terhakis contohnya palam pencucuh yang terdapat disekitarnya tetapi anda boleh lihat jutaan kaca kecil yang berwarna-warni melitupi seluruh pantai tersebut. Pantai ini unik bukanlah kerana ia hasil buatan manusia tetapi ia unik kerana kesan alam semulajadi yang telah merubah kesilapan manusia sebagaimana ombak yang memukul tebing pantai itu selama bertahun lamanya telahpun menghakis sampah sarap menjadi serpihan kecil dan seterusnya menjadikan pantai tersebut 'hidup' kembali dengan wajah pepasir pantai yang baru.
Pada sekitar tahun 2002, California State Park System telah membeli 38 ekar tapak pantai kaca tersebut dan menyerahkan tugasan pembersihannya kepada Mackerricher State Park. Kawasan ini kerap dilawati oleh pengunjung walaupun ia masih belum dibuka secara rasmi. Tetapi apa yang pasti, para pengunjung pasti merasa kagum akan pantai tersebut dan membawa pulang kaca-kaca yang unik sebagai kenang-kenangan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar