Minggu, 21 Agustus 2011

Seorang Ayah di Mesir Menamakan Anaknya ' Facebook '


Seorang pemuda berusia dua puluhan yang mahu mengungkapkan rasa terima kasih dan syukur tentang kemenangan yang telah dicapai oleh golongan muda dalam revolusi Mesir telah memilih untuk menamakan anak sulungnya sebagai Facebook.

Keputusan si bapa,Jamal Ibrahim itu turut mendapat sokongan ahli keluarganya, rakan-rakan , dan tetangga di kawasan tempat tinggalnya. Mereka berkumpul sekeliling bayi perempuan yang baru dilahirkan untuk mengekspresikan sokongan mereka yang terus berlanjutan pada revolusi yang bermula di Facebook.

Dalam revolusi Mesir yang akhirnya berjaya menumbangkan regim Mubarak, Facebook telah digunakan untuk menganjurkan perhimpunan awal protes 25 Januari di Tahrir Square. Sejak itu, rakyat Mesir mengambil bahagian dalam pemberontakan yang turut menggunakan medium Twitter, YouTube dan sejumlah laman web lain, selain Facebook, untuk berkomunikasi dan berkoordinasi.






sumber: http://www.huffingtonpost.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar