Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
***
Itu adalah sejarah baru bagi sebuah tempat yang bernama Putrajaya,Dahulu ia dikenali sebagai Prang Besar(Perang Besar)kawasan ini adalah sebenarnya, Pusat pentadbiran kerajaan Melayu lama yang telah berkembang pesat kepada beberapa kerajaan melayu disekitar Nusantara,Putrajaya Dibina atas kehendak orang-orang tertentu dan dizahirkan oleh TDM semasa era pentadbirannya, Namun pada masa akan datang Putrajaya akan menjadi contoh pada sebuah bandaraya moden yang melengkapi konsep kehidupan dialam ini serta ia adalah pusat bandar pada akhir zaman nanti ini berdasarkan visi dari orang-orang yang mampu mendapatkan berita dari sumber atas keizinan NYA. Namun apabila ditanya mengenai putrajaya kepada pengamal paranormal, mereka juga mendawa seperti mana dakwaan orang-orang yang diberikan visi cuma ada keraguan terhadap pandangan yang ahli paranormal berikan.DIsini ingin dinyatakaan bahawa saya lupa hendak bertanya nama kerajaan lama tersebut
Berikut adalah lokasi yang dinyatakan sebagai kawasan pentadbiran melayu lama.
Jika dilihat pada gambar ketiga, ia berdekatan dengan bukit sekaligus menunjukan sesuatu yang berkaitan sepertimana bangunan sri perdana juga terletak dikawasan bukit.
Mengapa Putrajaya dikelilingi Tasik?
ia berfungsi sebagai pertahanan dan keseimbangan suhu serta memberikan suasana yang damai dan tenang
Mungkin ada antara kita bertanya, mengapa kerajaan membazir membina Menara Monumen Alaf Baru?Anda semua akan memahainya apabila selepas berlakunya trigger "pengakhiran untuk permulaan sesuatu yang baru" yakni peyelarasan dunia terjadi. jika dilihat ciri-ciri monumen tersebut, ia boleh berfungsi sebagai Becon atau dalam bahasa senang orang kita sebut sebagai Rumah Api
sumber : pendedahan konspirasi dunia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar