Ilmu yang murni tentang kajian bintang serta cerapannya dikenali sebagai ilmu falak dalam kalangan ilmuwan Islam. Falak bermaksud orbit tertutup yang menjadi surihan perjalanan bintang dan planet. Ilmu falak mempunyai sejarah yang lama dalam tamadun Islam. Buku al-Majesti karya Batlamus (Ptolemy) dan Sindhind merupakan rujukan asas pembentukan ilmu ini di peringkat awal perkembangannya. Al-Khawarizmi telah menyusun jadual zij berpandukan kepada buku Sindhind, yang merupakan rujukan utama.
Orang Hindu dalam ilmu ini, lalu memperkembangkannya dalam dunia Islam. Peristiwa ini berlaku pada awal abad ke-9 Masihi semasa pemerintahan Kerajaan Islam `Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Kurun-kurun selepas al-Khawarizmi memperlihatkan perkembangan pesat lagi mengagumkan dalam pelbagai cabang ilmu ini. Balai cerap untuk kajian jirim serta perjalanannya didirikan di merata tempat dalam wilayah Islam. Barangkali balai cerap yang paling masyur ialah yang diasaskan oleh Baginda Ulugh Beg di Samarkhan pada tahun 1420M yang diketui oleh Ghiath al-Din Jamsyid al-Kasyi, pengarang Miftah al-Hisab yang sangat terkenal itu. Zij Khakani adalah antara zij yang terkenal yang disusun oleh al-Kasyi, hasil pemerhatiannya yang jitu di balai cerap tersebut bersama-sama rakan-rakannya. Terdapat banyak manuskrip Nusantara yang menyalin balik jadual-jadual falak Ulugh Beg tersebut sama ada secara langsung daripada karya-karya al-Kasyi atau pun secara tidak langsung melalui penulis-penulis lain yang menganalisiskan hasil-hasil tersebut. Selain itu, Zij Ilkhani dihubungkan dengan balai cerap kaji bintang di Maragha.
Dalam pendahuluan buku al-Durr al-Naqiy, Syeikh ’Umar Nuruddin seorang ahli falak Kelantan menceritakan mengenai pelopor ilmu-ilmu bersumberkan akal termasuk ilmu pengiraan dan falak: ’Dan orang yang menghantar dia (’ilm Hisab) seperti yang menghantar ilmu handasah dan ilmu tanjim dan ilmu hai’ah dan barang yang bergantung dengan dia iaitu Hasib Karim al-Din ibn Daniel, al-Nabi, dengan berkat doa bapanya dan kata qil Saidina Idris a.s.; dan kelebihan, iaitu berhajat kepadanya dan kebanyakan daripada segala ilmu dan muafakat segala ulama dan ahli mudun lamanya dan barunya atas perkenan akan dia dan dipujikan dia dan diamati-amati akan dia...
Ilmu tanjim dan hai’ah yang dimaksudkan oleh Syeikh Nuruddin di atas ialah cabang-cabang ilmu mengenai bintang dan alam langit. Catatan yang menghubungkan ilmu falak dengan para anbia adalah cacatan popular dalam kalangan penulis Muslim termasuk penulis Melayu. Zubair bin ’Umar al-Indunisi membuat catatan tentang ilmu falak secara yang lebih terperinci dalam Khulasah al-Wafiyyah seperti di bawah:
Nama ilmu ini ialah ilmu pengiraan (al-Hisab) dan pencerapan (al-irsad) dan dimasyurkan dengan nama ilmu falak bahagian-bahagian ilmu hai’ah. Orang Arab membahagikan ilmu ini yang di sisi orang Yunani dikenali sebagai astronomi dan bermakna hukum-hukum perjalanan bintang (qawanin al-nujum) kepada tiga bahagian: deskriptif (wasfi), tabi’i dan
amali. Falak wasfi mengkaji tentang ehwal jirim-jirim langit dan pergerakan, kemunculan, cara perjalanan, ketinggian dan kerendahannya, panjang malam dan siang dan yang bersangkutan dengan bulan, tahun, hilal, gerhana bulan dan gerhana matahari. Falak tabii mengkaji tentang ehwal jirim-jirim tersebut dari segi dalil tentang peristiwa-peristiwa dan
’illah peristiwa-peristiwa tersebut serta kaedahnya. Cabang ini dinamai ilmu tanjim atau ahkam atau ilmu melibatkan perdalilan (istidlali). Falak amali pula mengkaji tentang pengetahuan yang dicapai oleh dua bahagian tadi dengan al-mujayyab, al-muqantar, jadual hisab zij, pencerap (al-rasd) dan logaritma. Inilah tujuan buku ini. ’Pengasas ilmu ini ialah Nabi Allah Idris, ke atas Nabi kita dan ke atasnya selawat dan salam. Beliaulah orang pertama yang mengeluarkan ilmu
hikmah dan ilmu bintang kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Ta’alamemberi kefahaman kepada beliau rahsia-rahsia falak dan susunannya, tempat-tempat ijtima’ kawakib dan menganugerahkan kefahaman tentang bilangan tahun dan pengiraan...
Dalam catatan di atas, pengasas ilmu hikmah dan astronomi, mengikut penulis dari Indonesia itu ialah Nabi Idris a.s. Catatan yang serupa diberikan juga oleh penulis Nusantara lain seperti Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib menerusi ’Alam alHussab, Syeikh ’Abbas Aceh menerusi Siraj al-Zalam dan lain-lain. Perhatikan catatan yang dibuat oleh Syeikh ’Abbas Aceh dalam Siraj al-Zalam: Bermula awal-awal yang mengajarkan ilmu nujum, Nabi Allah Idris a.s. kemudian dari itu maka anaknya yang bernama Ustrub kemudian dari itu bersalah-salahan ilmu itu hingga sampai zaman Nabi Nuh a.s. kemudian disurat ilmu itu di atas bata tanah kerana takut binasa ilmu itu sebab taufan setelah sudah taufan maka dikeluarkan ilmu itu dan adalah ilmu nujum itu jika betul hingga zaman Nabi Allah ’Isa a.s. maka tatkala dibangkit Nabi Allah ’Isa a.s. kepada Yahudi akan dia dikehendak bunuh akandia maka lalu mendapat oleh Yahudi akan Nabi ’Isa a.s. di dalam satu bilik rumah maka menanya oleh Nabi Allah ’Isa kepada Yahudi siapa yang memberitahu akan dikau akan kami dalam rumah ini maka sahut oleh Yahudi itu aku mengetahui akan dikau dalam rumah ini dengan ilmu nujum. Tiadalah syak bahawasanya ilmu nujum itu bagi Nabi Idris a.s. itu wahyu daripada Allah Ta’ala jua.
Dalam istilah klasik, ilmu falak atau ilmu bintang yang disebut ilmu nujum adalah merujuk kepada ilmu yang sama. Apabila berlaku khurafat dalam ilmu tersebut seperti yang dinyatakan oleh Syeikh ’Abbas Aceh di atas, ilmu yang berdasarkan pengiraan yang murni dikenali sebagai falak manakala ilmu yang terlibat dengan pentafsiran metafizik digelar ilmu tanjim atau nujum. Daripada tanjim bercabang pula ilmu hikmah dalam konteks pentafsiran mistik terhadap perjalanan kosmos.
Ahli sejarah sepakat bahawa ilmu perjalanan bintang alam pengiraan mengenai kemunculan dan peredaran bintang adalah ilmu anugerah Ilahi kepada guru pertamanya iaitu Nabi Idris a.s. Ilmu inilah yang diperturunkan kepada anak cucunya dalam tamadun awal dunia iaitu Babylon dan Mesir. Ada riwayat yang menyatakan Nabi Idris as dilahirkan di Iraq lalu berhijrah ke Mesir. Mesir terkenal sebagai tapak awal perkembangan matematik dan falak dunia. Sejarah menunjukkan bahawa ahli matematik Yunani Mesir sangat berkebolehan dalam bidang falak yang hakikatnya merupakan Dalam istilah klasik, ilmu falak atau ilmu bintang yang disebut ilmu nujum adalah merujuk kepada ilmu yang sama. Apabila berlaku khurafat dalam ilmu tersebut seperti yang dinyatakan oleh Syeikh ’Abbas Aceh di atas, ilmu yang berdasarkan pengiraan yang murni dikenali sebagai falak manakala ilmu yang terlibat dengan pentafsiran metafizik
digelar ilmu tanjim atau nujum. Daripada tanjim bercabang pula ilmu hikmah dalam konteks pentafsiran mistik terhadap perjalanan kosmos.
Ahli sejarah sepakat bahawa ilmu perjalanan bintang alam pengiraan mengenai kemunculan dan peredaran bintang adalah ilmu anugerah Ilahi kepada guru pertamanya iaitu Nabi Idris a.s. Ilmu inilah yang diperturunkan kepada anak cucunya dalam tamadun awal dunia iaitu Babylon dan Mesir. Ada riwayat yang menyatakan Nabi Idris as dilahirkan di Iraq lalu berhijrah ke Mesir. Mesir terkenal sebagai tapak awal perkembangan matematik dan falak dunia. Sejarah menunjukkan bahawa ahli matematik Yunani Mesir sangat berkebolehan dalam bidang falak yang hakikatnya merupakan warisan para anbia silam. Kita juga boleh perhatikan bahawa sesuatu tamadun silam mempunyai kaitan dengan pengutusan rasul kepada kaum tersebut.
Fakta ini sebenarnya sangat popular dalam penulisan sejarah sarjana Muslim kurun kegemilangan. Catatan ini boleh umpamanya turut dinyatakan oleh Syamsuddin alSyaharzuri dalam Tarikh al-Hukama, Tasy Kubra Zadih dalam Miftah al-Saadah dan lain-lain. Lebih lanjut daripada itu, al-Khatib menyebut satu nama lain yang menjadi pengasas ilmu-ilmu matematuk dan falak iaitu Karimuddin bin Daniel. Menurut penulis Nusantara itu, Daniel adalah seorang nabi yang hidup dalam masyarakat Babylon. Sejarah dunia pula mencatatkan bahawa Babylon pernah muncul sebagai satu tamadun
yang besar dalam sejarah peradaban manusia. Ukiran-ukiran dan batu bersurat yang ditemui di sekitar tamadun tersebut juga menunjukkan kaum tersebut mempunyai pengetahuan matematik dan falak pada satu tahap yang tinggi. Sistem-60 atau nizam almunajjimin yang digunakan dalam falak dikatakan terasas dalam tamadun Babylon. Sistem-60 meninggalkan pengaruh yang besar kepada sistem angka dunia. Kita boleh perhatikan hingga kini sistem ini digunakan dalam jadual falak, pengiraan waktu, jam dan tahun, sistem sukatan dan timbangan, dan lain-lain.
Memang benar bahawa falak dan kosmologi adalah ilmu yang tua. Manusia sejak dijadikan di atas muka bumi ini telah memerhatikan perjalanan alam langit dan berasa amat kagum dengan edarannya yang teratur khususnya pada waktu malam. Pemerhatian ini mendorong mereka untuk mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik kejadian itu. Rahsia-rahsia tersebut diwahyukan Allah kepada rasul-rasul pilihan-Nya sepanjang zaman. Para utusan Allah, kesejahteraan ke atas mereka semua, selain daripada membawa petunjuk abadi, mereka membawa ilmu pengetahuan dalam pelbagai ilmu seperti yang berlaku kepada Nabi Idris a.s. Dalam sejarah anbia’ memang diketahui nabi Allah itu diangkat ke langit untuk dipersaksikan kekuasaan Allah. Ilmu mereka diperturunkan kepada generasi demi generasi. Adalah dipercayai bahawa ilmu falak yang disusun oleh Batlamius menerusi al-Majesti adalah berpunca daripada Nabi Idris a.s..
Demikian juga halnya dengan ilmu matematik yang dikembangkan oleh Pythagoras dan Euklid di Mesir. Catatan seperti di atas menjadi catatan yang popular di kalangan penulis sejarah Islam yang dicatat turun temurun termasuk penulis Melayu Nusantara. Dalam tamadun Islam, ilmu ini dibawa masuk dalam masa pemerintahan kerajaan ’Abbasiah. Buku al-Majesti Batlamius dan buku falak Sindhind yang dibawa masuk oleh Kankah menjadi asas perbincangan falak Muslim. Dalam kegemilangan tamadun Islam, buku-buku penting dalam bidang falak yang menjadi mercu tanda sepanjang zaman termasuklah Al-Zij al-Hakimi al-Kabir oleh Ibnu Yunus ak-Safadi, al-Qanun al-Mas-udi oleh al-Biruni, al-Zij al-Sabi’i oleh al-Battani, Kitab al-Kawakib al-Thabitah oleh Abu Hasan al-Sufi, buku syarahan Al-Majesti oleh Abu’l-Wafa dan Kitab Ikhtisar Ta’dil al-Kawakib min Zij al-Battani oleh al-Majriti. Selain itu terdapat beratus-ratus lagi karya Muslim dalam ilmu ini yang menjadi bahan kajian dan rujukan turun temurun, zaman berzaman termasuklah oleh ahli-ahli falak Nusantara.
Ahli falak Nusantara mengkaji teks falak Arab lalu menyusun semula jadual falak mengikut model karya tersebut yang disesuaikan dengan kedudukan negeri-negeri Melayu di rantau ini. Dalam proses ini, teks-teks penting yang dirujuk secara meluas di dunia Islam telah diringkas, diolah, disyarah dan disemak akan ketepatan data dan jadualnya.
Dalam perbincangan sebuah kitab falak murni di bawah pengaru Islam, perkaraperkara penting yang menjadi pokok perbicaraannya termasuklah: pengenalan mengenai sistem-60 selain daripada sistem-10 yang biasa; pengiraan mengenai pertukaran tarikh daripada tahun Hijrah Qamariyyah (tahun mengikut kiraan peredaran bulan) ke tahun Masihi Syamsiyyah (tahun mengikut kiraan peredaran matahari) atau sebaliknya; terdapat juga penulis yang membicarakan tentang tahun Jawi (Jawa) dan penukarannya ke tahun Hijrah; geometri glob dan sfera; penentuan hari dalam tahun dan bulan (seperti menentukan 1 Muharram 1300 dan lain-lain) dengan menggunakan jadual; susunan planet-planet, daerah buruj, kedudukan garis khatulistiwa (ekuator), ufuk, garis pembahagi siang dan malam, dan lain-lain khusus untuk planet bumi dan sfera falaknya; matahari dan pergerakannya; bulan dan pergerakannya, pergerakan dan peredaran bumi, kejadian malam dan siang, zawal purata dan zawal hakiki (waktu sebenar), jam dan waktu, waktu perpindahan matahari kepada buruj; pengiraan asas dalam sistem-60 dengan menggunakan angka jummal atau munajjimin (dengan unit-unit baruj, darjah, minit, saat, thawalith, ...), Jadual pendaraban sittiniyyah dan cara membaca jadual; kaedah jadual logaritma; jarak bulan daripada garisan khatul-istiwa, perbincangan, nisf al-fadlah, nisf qus al-nahar, waktu syuruq (matahari terbit) dan ghurub (matahari tenggelam) dan zawal (tergelincir), jam matahari; waktu sembahyang dan azimuth qiblat (arah kiblat); masalah empat mata-angin, kajian khusus mengenai bulan; masalah ijtima’ (anak bulan) dan istiqbal (bulan purnama), penglihatan dan ru’yah hilal; ittihad al-matla, kemunculan bulan dan hubungan dengan masalah fiqh; gerhana bulan dan matahari serta pengiraan dan jadual; mengenai komet, syihab dan nizak, bintang-bintang tetap, galaksi, bentukbentuk 28 dan buruj; jadual-jadula zij; penggunaan alat-alat yang bersangkutan dengan falak seperti rubu’ mujayyab, astrolab, muqantirat, teloskop dan lain-lain. Dalam kitab Nukhbah al-Bahiyyah, pengarangnya Syeikh Ahmad bin ’Abdul Latif Minangkabau membincangkan mengenai penggunaan alat rubu’ al-mujayyab untuk tujuan pengiraan masa dan kedudukan matahari. Antara pengiraan penting yang diperincikan termasuklah kaedah mencari darjah matahari, hari awal tahun, kadar ketinggian matahari daripada ufuk, qus al-jaib (lengkungan sinus), zawal dan kecondongan matahari, koordinat sfera relatif terhadap garis bujur dan garis lintang, tempoh siang dan malam (nisf al-fadlah), tempoh masa dari terbit matahari sampai ketika tertentu berpandukan ketinggian matahari (fadl al-da’ir), perkadaran masa dengan sudut sfera (15 darjah setara dengan 1 jam), selang masa antara dua waktu sembahyang dan pengiraan masa yang berkaitan dengan ibadat. Syeikh Ahmad mengingatkan pembaca bahawa perbezaan masa antara Tanah Jawi (Alam Melayu) dengan Tanah Arab adalah enam jam. Beliau menggunakan istilah jam Jawi dan jam Arab untuk maksud tersebut.
Perbincangan mengenai kedudukan arah kiblat diletakkan pada separuh bahagian kedua daripada kitab Nukhbah al Bahiyyah. Dalam kes ini, seseorang ahli falak perlu mengetahui kedudukan koordinat sesebuah negeri berbanding dengan garis bujur rujukan yang melalui Jaza’ir al-Khalidat dan khatulistiwa. Alangkah baiknya andainya ahli falak. Muslim mengambil garis bujur melalui Makkah sebagai rujukan utama! Alat sesuku bulatan rubu’ al-mujayyab boleh juga digunakan untuk mencari tinggi objek, dalam perigi, lebar sungai, jarak antara pemerhati dengan objek dan seumpamanya yang menggunakan konsep mudah trigomometri. Trinogometri dalamfalak Islam dikenali sebagai al-muthallathat yang bererti kajian mengenai hal-ehwal segitiga. Istilah mujayyab bermaksud jadual sinus atau jadual trigonometri. Syeikh Ahmad sering menggunakan syair atau nazam dalam karya-karya ilmu berkaitan dengan pengiraan untuk menceritakan kaedah tertentu dalam bentuk puisi. Perhatikan satu daripada puisinya berkaitan dengan kaedah mencari hari awal tahun dan bulan:
Dengan delapan hendak dibuang tahun Hijri; Berapa yang tinggal dirumuz ini hendak dicari; Alif ba bujad da alif ha ha wau jim zai zai ha dal; Yang pertama angkanya tahun yang kedua angkanya hari; Hendak dicari hai saudara bilangan bulan; Nisf sahihnya kepada itu boleh dikumpulkan; berapa dapat dari hari tahun hendak (h) hitungkan; Pada awal bulan boleh habis itu (h)itungan 16 Dalam petikan di atas, pengarangnya menggunakan sistem angka yang dinyatakan dengan huruf yang dikenali sebagai abjad hawwaz. Perpadanan tersebut adalah seperti berikut: alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal 4, ha = 5, wau = 6, zai = 7,.
Sistem perpadanan ini diistilahkan dengan sistem al-jummal. Sistem ini diambil oleh orang Arab daripada ahli al-Kitab khususnya orang Yahudi dan Nasrani. Orang Rom sejak dahulu kala telah menggunakan sistem ini sebelum sistem ’asyari (sistem-10) yang diasas al-Khawarizmi tersebar di Eropah. Lebih awal daripada itu, sistem sittini (sistem jam, minit, saat,...) digunakan dalam jadual falak. Sistem ini adalah warisan Yunani dan Babylon. Di Nusantara, di bawah pengaruh Islam, pengiraan takwim didasarkan kepada tahun Hijrah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah berlaku pada 12 Rabi’ul Awwal pada tahun yang belum bertarikh bersamaan 4 Oktober 612M. Tahun Hijrah diasaskan kepada pergerakan bulan. Bulan mengambil masa 27 hari 7 jam 43 minit 12 saat untuk mengelilingi matahari. Namun untuk melengkapkan pusingan serta berada sebaris dengan matahari yakni dari ijtima’ ke ijtima’ bulan memerlukan 29 hari 12 jam 44 minit 3 saat. Bulan-bulan dalam tahun hijrah berubah antara 29 dan 30 hari. Ijtima’ matahari dan bulan menandakan selang antara bulan-bulan hijrah. Istilah-istilah pergerakan bulan berbanding dengan matahari menjadi istilah-istilah asas dalam falak seperti ijtima’ (matahari dan bulan dalam garis lurus), istiqbal (kedudukan bulan dan
matahari bertentangan ketika purnama penuh), tarbi’ (bulan pada kedudukan 90 dan 270 darjah yakni pada malam ke-7 dan ke-21), khusuf dan kusuf (gerhana ketika ijtima’ dan istiqbal) dan seumpamanya.
Takwim Masihi yang mengikut pengiraan perjalanan matahari yang popular di Barat mula digunakan di rantau ini setelah berlakunya hubungan alam ini dengan pendatang-pendatang Barat. Dalam tradisi peristilahan Islam tahun ini dikenali dengan nama Miladiyyah atau Ifranji yang diambil sempena kelahiran Nabi Isa a.s. di Bait alLahm. Tempoh masa yang diambil oleh bumi untuk membuat pusingan mengelilingi matahari ialah 365 hari 5 jam 48 minit 45 saat. Pertukaran antara tahun Masihi ke Hijrah atau sebaliknya dibincangkan dalam kebanyakan kitab falak termasuk karya yang ditulis
di rantau ini. Dalam pengiraan tersebut perselisihan kalendar Gregory selama 10 hari telah diambil kira. Selisih ini akibat tahun lompat dan ubahsuaian kalendar tersebut yang dibuat dalam tahun 1582.
Orang Jawa mempunyai takwim tersendiri. Takwim ini dinamakan tarikh Aji Caka yang dimulakan pentarikhannya pada 4 Mac 78 Masihi. Tahun 79M dianggap tahun pertama kalendar tersebut. Satu windu dalam sistem ini bersamaan 8 tahun. Tahun-tahun tersebut dinamakan dengan nama-nama berikut: alip, ehe, jimawal, ze, dal, be, wau,
jimakir. Takwim ini mempunyai 12 bulan dan nama-namanya selepas pengaruh Islam bertukar mengambil nama bulan-bulan hijrah mengikut sebutan Jawa. Perkara ni disebut umpamanya oleh Zubair Jailani menerusi Khulasah al-Wafiyyah fi’l-Falak bi Jadwal alLugharitmiyyah. Orang Jawa menamakan kalendar mereka sebagai Tarikh Aji Syaka (Caka) kerana mengambil sempena sultan keturunan Aji Syaka al-Bani yang memerintah Kerajaan Handugiah, India. Tarikh tahun ini yang dimulai pada tahun 78M adalah berdasarkan pergerakan matahari. Apabila muncul Sultan Agung, kalendar ini ditukar kepada pergerakan bulan pada tahun 1555 mengikut kalendar Jawa atau 1043 tahun Hijrah atau 1633 tahun Masihi. Pengiraan pertukaran di antara ketiga-tiga jenis takwim ini ditunjukkan secara jelas oleh penulis-penulis Indonesia seperti Zubair ’Umar dalam karya di atas dan A.Katsir menerusi Matahari dan bulan dengan Hisab misalnya.
Menurut Syeikh ’Abbas, bulan-bulan tahun Qamariyyah ada yang mempunyai bilangan genap dan ada yang mempunyai bilangan kasal. Bermula bulan yang kasal itu bulan Muharram dan Rabi’al-Awwal dan Jamad al-Awwal dan Rajab dan Ramadan dan Zulqa’idah... jika adalah tahun itu kabisah maka jadilah bulan Zulhijjah genap 30 hari, ...bermula
segala hari dalam setahun basitah itu 354 hari. 8 Tahun kabisah adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada tahun lompat manakala tahun basitah dimaksudkan kepada tahun biasa. Dalam setiap 30 tahun ada 11 tahun kabisah. Tahun-tahun tersebut adalah tahun ke-2,5,7,10,13,15,18,21,24,26,29.
Sebagai contoh, tahun-tahun hijrah 1306, 1307, 1309, 1311, 1314, 1316, adalah basitah manakala tahun-tahun 1308, 1312, 1215, 1317, 1320, 1323, ..adalah kabisah. Bulan dan tahun Qamariyyah digunakan secara meluas di alam ini sebelum kedatangan penjajah. Penggunaan nama-nama hari di rantau ini juga disesuaikan daripada nama Arab dengan sebutan Melayu seperti al-ithnan menjadi isnin, al-thalath menjadi selasa, al-arbi’a menjadi rabu dan seumpamanya.
Menerusi Siraj al-Zalam, Syeikh ’Abbas Aceh menerangkan kaedah pengiraan dan penentuan tahun (basitah atau kabisah), hari awal bulan, jadual huruf tahun Hijrah (untuk menentukan kabisah atau basitah), nama waktu dalam hari tertentu (umpamanya hari Ahad: syams untuk pagi, zuhrah untuk duha, Utarid untuk tengah hari dan lain-lain),
hari pertama setiap bulan dan seumpamanya. Dalam proses penentuan tersebut, konsep kongruenan modulo berasas 9 sering digunakan. Dalam istilah klasik, konsep ini dikenali sebagai al-mizan atau al-mawazin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar