Senin, 22 Agustus 2011

Penjagaan Anak Ayam Kampung Bersama Ibu

Anak-anak ayam kampung yang dieramkan secara semulajadi iaitu dieramkan oleh ibu ayam.Jika mengikut tarikh waktu menetas,anak-anak ayam ini akan diasingkan dalam kurungan atau reban didik bersama-sama ibunya bagi mengelakkan kematian di dalam sarang.Kematian berlaku mungkin disebabkan hama atau tidak makan.Lebihan telur-telur yang belum menetas perlulah dipindahkan ke sarang ibu ayam yang lain sedang meneram atau ke dalam inkubator.Jika dalam masa 3 hari tidak juga menetas,telur itu boleh dianggap rosak.



Anak-anak ayam yang baru menetas dikurungkan bersama-sama ibu ayamnya pada hari pertama tidak perlu diberikan makanan selama 1-2 hari untuk menyesuaikan diri dalam kurungan,kecuali air minuman saja disediakan.Hal demikian dilakukan untuk memberi anak ayam itu berehat sehingga kuat dan mendapat panas yang secukupnya daripada badan ibu ayam.Jika tidak anak ayam kurang berehat kerana ibu ayam hanya makan dan mengais mungkin akan mencederakan anak ayam.Cara begini pula anak-anak ayam kampung dapat mempelajari cara makan yang sepenuhnya daripada ibu ayam dan lebih segar(maksudnya bulu anak ayam lebih cantik).Untuk menghasilkan pengeluaran ayam,dalam masa kurungan seminggu atau dua minggu kemudian anak-anak ayam bolehlah diceraikan daripada ibunya.



Cara penjagaan ini dilakukan untuk memastikan ibu ayam sentiasa dalam keadaan sihat kerana ada masa ia untuk rehat selepas lama meneram bersama-sama anak ayam sebelum meneruskan proses mengawan semula.Jadi badan ayam betina atau ibu ini sentiasa dalam keadaan cantik dan menghasilkan kualiti telur pada masa akan datang.See more

Tidak ada komentar:

Posting Komentar