Pada awalnya para ilmuan meramalkan bahawa bentuk alam semesta ini adalah rata atau "flat". Kemudian ilmuan dari England meramalkan pula bahawa bentuk alam semesta adalah sebenarnya seperti bola sepak (Sfera). Ramalan tentang bentuk alam semesta seperti bola sepak sebenarnya adalah sebuah perkiraan yang agak baik sebagai sebahagian daripada teori alam semesta yang terhad (finite universe theory). Akan tetapi berdasarkan data-data terkini khususnya tentang "background radiation" yang dikumpulkan oleh para ilmuan tidak dapat pula mendokong teori tersebut.
Dengan data-data terbaru yang dikumpulkan oleh sebuah alat milik NASA yang bergelar "Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP)", seorang Profesor Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman yang memimpin sekumpulan saintis telah mengemukakan teori bentuk alam semesta yang sungguh mengejutkan. Profesor Steiner dan pasukannya mendakwa bahawa alam semesta sebenarnya adalah berbentuk seperti trompet. Bentuk ini bersesuaian dengan hasil pemerhatian (data yang dikumpulkan oleh pasukan berkenaan).
Pada bahagian depan trompet merupakan sebahagian alam semesta yang didiami galaksi dan sistem suria manusia (observable) dan semakin ke bahagian belakang trompet tersebut yang semakin mengecil adalah bahagian alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). (Lihat Gambar). Sekarang marilah kita tengok salah satu ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang trompet, misalnya QS An-Naml ayat 87:
"Dan pada hari trompet ditiup, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri "(QS 27:87).
Apa yang boleh kita tafsirkan daripada ayat tersebut? Jika hasil para ilmuan tersebut kita gunakan sebagai asas untuk menafsirkan ayat tersebut, maka yang dimaksudkan trompet adalah alam semesta ini yang bentuknya menyerupai trompet. Maka ketika trompet (alam semesta dan seluruh isinya) ditiup oleh Malaikat Israfil untuk pertama kalinya maka saat itulah "timing" bagi berakhirnya kehidupan manusia dan hancurnya alam yang fana ini atau yang disebut sebagai Hari Akhir. Dalam beberapa ayat lain, trompet ini akan ditiup untuk yang kedua kalinya yang menandakan kebangkitan manusia dari kematian untuk menghadapi mahkamah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai Hari Kiamat (Hari Kebangkitan).
Sebagai catatan, sebenarnya menurut Al-Quran terdapat urutan kejadian berkenaan dengan hari akhir yang bermula dengan kehancuran alam semesta dan berakhirnya kehidupan dunia ini (dalam Al-Quran salah satunya merujuk pada kata "as-saa'ah" atau Waktu permulaan hari akhirat ditandakan dengan peniupan trompet untuk pertama kalinya) yang diikuti dengan kebangkitan kumpulan² manusia daripada kematian (dalam Al-Quran dikatakan dengan istilah "al-qiyaamah" atau hari Kiamat yang menandakan peniupan trompet untuk yang kedua kalinya) bagi mempertanggung jawabkan setiap perbuatan manusia dan jin selama hidup di dunia (salah satu istilah yang dipakai di Al-Quran "yaumul fashl" atau hari penentuan).
Catatan lain, jika kita baca Al Quran berkaitan dengan trompet ditiup, maka ayat yang digunakan adalah "NUFIKHO FII ASH-SHUURI 'atau" YUNFAKHU FII ASH-SHUURI "bukan menggunakan kalimat" NUFIKHO ASH-SHUURU "atau" YUNFAKHU ASH-SHUURU ". Hal yang menarik untuk dikaji pada frasa ayat itu adalah kata "FII" yang selalu digunakan di dalam semua ayat yang berkaitan dengan trompet ditiup. Hal tersebut tampaknya dapat menegaskan bahawa trompet itu sebagai kata kiasan akan bentuk alam semesta dan ia bukan seperti trompet mainan kanak-kanak atau trompet yang selalu dibunyikann pada tahun baru yang selalu kita bayangkan.
Kata "FII" dalam ayat tersebut menegaskan bahawa segala objek yang terdapat di dalam trompet alam semesta yang bakal ditiup akan hancur keseluruhannya. Kemudian terdapat pada beberapa ayat yang berkaitan dengan hari akhir digunakan pula istilah "AS-SAMAA" (bentuk tunggal) dan bukannya "AS-Samawaat" (bentuk Jamak) ketika Al Quran berbicara tentang langit yang terbelah dan juga langit yang akan digulungkan pada hari akhir. Apakah ini sebagai isyarat bahawa langit yang terdekat dengan kita (mungkin lapisan pertama dari tujuh lapisan) yang akan digulung pada hari akhir nanti? Wallaahu a'lam bish shawab.
Sumber: http://alisaid.wordpress.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar