Rabu, 31 Agustus 2011

Gagak, Haiwan Yang Bijak Menurut Al-Quran dan Sains?





Burung umumnya tidak dianggap haiwan yang bijak. cuba anda baca dan fahami sebuah ayat dari Al-Quran yang melibatkan burung. Berikut adalah petikan ayat tersebut:

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia orang-orang yang rugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. hal ini berkait dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjukkan burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia terasa "direndahkan" oleh solusi yang ditemui oleh gagak untuk beberapa masalah kritis mereka.

Majalah American Scientific memperlihatkan hasil penelitian para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar - Vermont University, Canada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak. "Burung ini menggunakan logika untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuan mereka bahkan melampaui dari monyet." kata mereka.

Dalam percubaan ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang mereka belum pernah dapati sebelumnya dan naluri mereka tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi. namun mereka selalu berjaya mencari kreativiti dan solusi logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut. Yang lebih mengejutkan lagi, mereka melakukannya dengan pertama kali, setiap kali, tanpa proses trial and error pun!

Beberapa percubaan menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh membuat binatang lain bekerja untuk mereka. membuat haiwan lain mencarika makanan untuk mereka atau mempermudahkan mereka.

Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari Gagak adalah mereka boleh beradaptasi dengan daerah yang sangat berbeza, iaitu dari padang pasir ke pegunungan. Mereka belajar untuk menemui makanan bahkan dalam keadaan paling sukar, dan mereka tahu bagaimana dan bila harus menggunakan haiwan lain untuk membantu mereka mendapatkan makanan yang mereka tidak bole mendapatkannya sendiri.

Ketika para peneliti melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para peneliti bertanya-tanya apa tujuan semua kepandaian ini berfungsi, kerana burung-burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepandaian jauh lebih sedikit? mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di dunia daripada kehidupan burung yang sederhana? 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar