Selasa, 23 Agustus 2011
Ukiran Nama Gergasi Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa Lepas
Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh yang kaya-raya telah mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.
Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.
Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.
Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.
Beliau mempunyai lebih daripada 200 buah keretanya termasuk tujuh Mercedes 500 SEL yang dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.
Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi. Sila lihat lagi gambar²nya seperti di bawah ini:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar