Rabu, 24 Agustus 2011

Biskut Mazola

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wah...petang ni mendung aje...memang sesuai la untuk merehatkan diri. Mmmmm dari pukul 8 tadi sampai pukul 2.30 siap semua biskut raya yang perlu menggunakan oven. Tinggal lagi 3 yang nak kena salut coklat, goreng kacang dan cornflakes bar. InsyaAllah dapat la disiapkan sebelum Jumaat ni. Macam tak caya je cheq sue ngambik cuti untuk buat sekut raya. Bukan ape...mood mengajar dah ke laut wehhhh... Haishhhh...

Biskut mazola ni cheq sue sebanyak 1 setengah adunan. Cheq sue memang penggemar kacang... ape2 aje masakan ke, beskut ke jajan ke yang berasaskan kacang memang cheq sue suka. Biskut mazola ni pulak adalah hasil terbaik yang pernah cheq sue buat. sebelum ni ada pernah buat tapi hasilnya memang x memuaskan..ada satu tahun tu, terpaksa makan biskut ni dengan sudu...hancus berderai!


Resepi untuk biskut ni telah di godek dari MyR setelah tergoda di rumah Ika. cheq sue nengok kak anim pun dah buat. Kalau nengok ke gambar tu nampak gebu aje.. Tak sabar nak rasa! time bakar tu aduhhhhhh sampai ke perut baunya... kurus sekejap puasaku.. Rasa2 ayahanda pun dapat makan la sekut ni...kunyah2 sikit terus telan... hi hi hi...


BISKUT KACANG MAZOLA
Sumber : LILIDVALLEY MyR

Bahan-bahan :

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur cheq sue guna lebihan telur putih aje
  • Sedikit garam
Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.suhu dalam 150'C selama 20 min

Tidak ada komentar:

Posting Komentar