Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.
Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!
Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.
All I wanna say is that'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us
Beat me, hate meMenerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me
Tell me what has become of my lifeBeliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free
Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.
Konspirasi Pembunuhan MJ
Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar