- Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat.
- Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27).
- Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu.
- Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan.
- Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha).
- Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter.
- Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State).
- Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.
- Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
- Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.
- Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari.
- Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg.
- Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin.
- Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat.
- Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja.
- Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun.
- Gajah tidur berdiri
- Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha).
- Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut.
- Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat.
sumber: http://popeppopep.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar