Senin, 15 Agustus 2011

Fenomena Supermoon Tahun 2011

 
 
 
Fenomena Supermoon tiba-tiba menjadi tajuk popular di internet selepas tersebarnya dakwaan yang mengaitkannya dengan bencana Tsunami di Jepun pada awal tahun 2011 yang lalu . Fenomena yang berlaku akibat pergerakan bulan penuh yang menghampiri bumi dengan jarak yang paling dekat ini telah juga dikaitkan dengan beberapa bencana alam yang lain seperti Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004.

Untuk tahun ini, fenomena ini telah membuatkan masyarakat dunia teruja untuk menyaksikannya. Bukan disebabkan oleh kaitannya dengan tsunami di Jepun, tetapi kerana jaraknya yang paling dekat sejak 18 tahun yang lalu. Melalui laman sesawang www.fourmilab.ch, saintis telah mengeluarkan jarak rasmi bulan daripada bumi dengan kiraan 356,577 km atau 221,565 batu. 

Jarak tersebut di ambil daripada jarak Perigee yang mana kebiasaannya jarak bulan daripada bumi adalah 360,000 km. Menurut laman sesawang tersebut lagi, bulan akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang daripada kebiasaan.



































 
 
 
 
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar