Kamis, 18 Agustus 2011

Asal Usul Zombie





Gambar Sekadar Hiasan


Zombie sebenarnya berasal dan muncul dari Pulau Haiti di Karibia. Mereka adalah orang² yang hampir mati, lalu dihidupkan kembali dari tubuh yang hampir mati tersebut oleh para pendita/dukun Voodoo (melalui ilmu ghaib/supernatural suku-suku indian dengan menggunakan mantera-mantera tertentu). Zombie² ini biasanya digunakan sebagai budak suruhan/hamba abdi selama sisa² hidup mereka. Seperti halnya dengan manusia normal, zombie juga dapat bergerak, makan, mendengar, dan berbicara, namun mereka tidak memiliki daya ingatan dan matlamat serta wawasan dalam diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menjadi seperti haiwan peliharaan yang diarahkan mengikut telunjuk ketuanya yang terdiri daripada kalangan manusia normal.

Lagenda berkenaan zombie ini telah wujud selama berabad-abad, namun sekitar tahun 1980 barulah muncul sebuah kes baru yang didokumentarikan berkaitan dengan zombie. Peristiwa ini dimulai pada tahun 1962 di Haiti. Seorang lelaki yang bernama Clairivius Narcisse telah dijual kepada salah seorang Dukun Voodoo oleh saudara lelakinya sendiri kerana Clairvius menolak untuk menjual tanah wasiat bahagiannya yang merupakan warisan keluarganya. Maka setelah dijual, Clairvius dilakonkan sebagai telah meninggal dunia dan dikuburkan kononnya sebagai mayat. Namun, hakikat sebenarnya ialah Clairvius tidaklah mati, dia hanya 'dimatikan' selama beberapa jam untuk 'dibangkitkan' semula sebagai zombie iaitu sebagai budak suruhan/hamba abdi dan dibiarkan bekerja di sebuah ladang tebu bersama para pekerja yang juga merupakan daripada kalangan zombie. Pada tahun 1964, setelah pemilik zombie berkenaan meninggal, para zombie itu akhirnya telah terbebas tanpa sebarang arahan dan mereka telah mengembara melintasi pulau dalam keadaan separuh sedar selama lebih kurang 16 tahun lamanya sebelum mereka ditangkap semula.

Dr.Wade Davis, seorang ahli etnobiologi dari Universiti Harvard, memutuskan untuk pergi Ke Haiti bagi meneliti kebenaran cerita tersebut dan ketika berada disana beliau telah benar² menemui beberapa dukun voodoo yang pernah mempraktikkan cara penciptaan zombie. Asasnya adalah menjadikan mereka seperti mati dan menjadikan mereka seperti gila, sehingga fikiran mereka dapat ditundukkan. Seringkali dukun² tersebut secara diam² memberikan sejenis ubat-ubatan kepada bakal zombie untuk mencapai matlamatnya dalam perkara ini. Cara menjadikan mereka seperti dalam keadaan mati tidaklah seperti apa yang kita bayangkan, misalnya dibacok pakai celurit atau dipukul menggunakan objek tumpul dan sebagainya.





Gambar Sekadar Hiasan

Namun selepas itu dukun² berkenaan menggunakan cara yang cukup unik, iaitu dengan menggunakan campuran kulit katak yang biasa digelar sebagai bufo dan ikan pufer (maka dengan kaedah ini ia telah menjadikan bakal zombie itu kelihatan seperti benar-benar telah mati namun hakikatnya mereka tidaklah mati tetapi mungkin hanya seperti nyawa² ikan sebelum dirawat kembali). Campuran ini dapat ditambah ke dalam makanan, atau disapukan pada kulit, terutama pada kulit yang lembut dan tidak rosak pada bahagian dalam lengan berdekatan dengan siku. Kemudian setelah beberapa minit, bakal zombie tersebut akan terlihat seperti telah mati, dengan nafas dan degup jantung yang sangat lemah serta sukar untuk mengesan degup nadinya. Sudah pasti sesiapa yang melihat mangsa dalam keadaan itu akan menyangka bahawa mangsa sudahpun meninggal dunia walau hakikatnya adalah tidak. Hanya dukun² berkenaan sahaja yang lebih mengetahui keadaan sebenar bakal zombienya itu.

Kemudian, setelah mangsa dikebumikan oleh ahli keluarganya, dukun haruslah perlu menunggu terlebih dahulu selama kira² beberapa jam untuk menggali dan kemudian mengambil semula jasad bakal zombie berkenaan (tetapi ia tidaklah dibiarkan terlalu lama kerana mangsa boleh betul² mati akibat daripada sesak nafas yang berpunca daripada kekurangan oksigen).

Lalu bagaimanakah kaedah yang digunakan oleh para dukun untuk menjadikan mereka gila? Caranya adalah dengan memaksa bakal² zombie itu untuk memakan sejenis pasta yang diperbuat daripada datura (rumput jimsons). Datura ini sifatnya adalah mampu untuk memutuskan hubungan akal dengan realiti kehidupan, dan kemudiannya menghancurkan seluruh ingatan mangsa yang wujud ketika zaman hidup normalnya. Setelah proses kejam itu dilakukan, mangsa yang bakal dijadikan zombie itu akan kelihatan kebingungan, meraka tidak akan tahu ini hari apa, di mana mereka berada, bahkan dirinya sendiri ia tidak akan kenali. Maka telah selesailah proses penciptaan zombie yang dibuat untuk dijadikan budak suruhan/hamba abdi di ladang² perkebunan. Zombie² ini akan tetap terus diberikan datura jikalau didapati perasaan dan ingatan mereka seakan² kembali pulih. 

Maka hakikat kebenarannya bahawa zombie yang sebenarnya wujud itu bukanlah seperti yang digambarkan atau diwayangkan didalam video² game mahupun didalam filem² yang umumnya menceritakan bahawa zombie terjadi apabila ia mati dan hidup kembali menjadi seperti vampire² china yang mampu bangkit semula setelah mati, lalu berjalan, dan kemudian dapat bergerak untuk menyerang manusia bagi meminum darahnya. Pernyataan itu adalah sama sekali satu kesalahan besar kerana zombie yang sebenarnya adalah seperti yang telah diceritakan di atas.





Gambar Sekadar Hiasan

Maka tentu timbul persoalan bagaimanakah analisa kimia atau pembuktian kajian sains terhadap proses penciptaan Zombie seperti di atas?

Telah kita ketahui bahawa para dukun voodoo menggunakan kulit katak bufo dan ikan pufer untuk membuatkan seseorang itu menjadi zombie. Kenyataanya kulit katak jenis bufo itu sangatlah berbahaya, terdapat beberapa kandungan kimia yang bersifat racun yang jika diberikan kepada seseorang ia boleh membunuh dan nama bahan kimia itu adalah biogenetik amina, bufogenin, dan bufotoksin. 

Sedangan ikan pufer pula lebih dikenali di Jepun dengan nama Fugo. Ikan ini juga mempunyai racun dan racunnya itu dikenali sebagai âtetrodotoksinâ. Racun ini akan menyerang sistem saraf yang juga boleh mengakibatkan berlakunya kematian. Untuk menghilangkan rasa kesakitannya sahaja memerlukan 160.000 kali ganda lebih kuat daripada kokain. Memakan ikan jenis ini boleh mengakibatkan âKeblingerâ dikeranakan oleh kandungan racunnya. Di Jepun, ramai orang yang telah mati setelah menjadikan ikan daripada spesis ini sebagai salah satu santapan mereka. Pada umumnya selepas toksik tersebut berada di dalam badan, ia dengan pantasnya akan masuk ke saluran darah dan menurunkan suhu badan serta tekanan darah. Selain daripada itu, ia juga boleh menyebabkan orang yang memakannya berada didalam keadaan koma selama beberapa ketika.

Sementara datura pula adalah sejenis tumbuhan rumput jimson (nama latinnya adalah brugmansia candida). Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia atropin, hyoskiamin dan skopolamin yang akan menyebabkan berlakunya kehilangan daya ingatan. Bahkan jika diberikan terlalu banyak, lumpuh tubuh badan atau kematian boleh terjadi. Dukun² voodoo yang memberikan bahan² kimia di atas haruslah cukup kuat dan berkemampuan untuk membuat perkiraan dos yang sesuai dan secukupnya pada manusia yang mahu dijadikan zombie itu supaya tidak pula berlaku kematian kepada bakal zombie berkenaan.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar