Rabu, 03 Oktober 2012

TABAHLAH CHUBBY

ISNIN lalu, Abi dibawa lagi ke Hospital Gasing selepas tiga hari pulang dari hospital berkenaan. Sakit yang sama datang lagi. Kali ini, sakit Abi datang kerana terkejut apabila Jebat dan Aduka menjatuhkan tin biskut dari atas sangkar Abi yang didaki mereka berdua. Kebiasaannya, Abi akan sedikit tenang apabila menerima suntikan Lasix dan bekalan oksigen, tetapi tidak kali ini.

Abi dalam perjalanan ke hospital
Memandangkan sakit Abi yang teruk ketika itu dan ketiadaan penawar untuknya, saya mempertimbangkan saranan Dr. Prem dan seorang ustaz. Maka, saya membuat keputusan untuk membawa Abi ke klinik Dr. Sarimah bagi tujuan memberi Abi suntikan 'put to sleep'. Abi dan saya asyik berpandangan. Mata sayu dan lemah Abi menikam jiwa saya. Sakitnya Abi hanya dia yang tanggung. Saya mengambil cangkul dari stor. Esok, jika benar ajal Abi tiba maka akan segera saya kebumikan Abi dengan reda.

Abi menghirup oksigen yang dibekalkan.
Saya membiarkan Abi di dalam sangkar. Dari dalam kamar, saya menahan rasa mendengar rintih Abi yang semakin kuat. Apabila saya terjaga usai azan Subuh berkumandang, saya segera keluar untuk melihat Abi. Sebelum itu, saya menyangka keadaan Abi akan menjadi semakin teruk. Namun, saya berasa takjub dan amat bersyukur tatkala melihat Abi menjerit kepada saya dengan mata yang buntang sambil meminta dibelai. Abi sudah stabil, ketika itu. Alhamdulillah. Ajal mati belum tiba. Cangkul saya simpan semula. Pagi itu juga, saya ke klinik Dr. Sarimah membeli setin z/d dan Pati Ayam Brand's untuk memberi tenaga dan khasiat kepada tubuh Abi yang susut.
Alhamdulillah, semoga Abi akan tenang dan saya terus dapat menjaga Abi. Kini, segala perkara yang membolehkan Abi terkejut perlu dihindari. Jebat, Aduka dan Sofia tidak dibenarkan berada dekat lagi dengan sangkar Abi. Abi perlukan perhatian dan penjagaan Abi. Semoga Abi dapat terus bertahan.
Sungguh, Abi ciptaan Allah yang amat tabah menghadapi ujian untuk dirinya. Banyak perkara yang dapat dipelajari daripada haiwan comel ini. Kasih sayang.


Abi amat istimewa


September lalu, genap usia Abi empat tahun


Kadang-kadang, saya memanggil Abi ikan keli

Tidak ada komentar:

Posting Komentar