
Kamis, 19 April 2012
CANTIKNYA QASEH!

Rabu, 18 April 2012
MANIPULASI KUASA BAHASA KREATIF
KAMUS DEWAN mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang berfungsi sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bagi melancarkan proses komunikasi, bahasa menjadi elemen penting dalam pelbagai sektor kehidupan. Penggunaan bahasa yang lancar, bersistem dan tepat menghasilkan daya perhubungan yang berkesan. Ketepatan penggunaan bahasa bukan sahaja mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti bahasa, malah menjadikan proses enkod dan dekod berjalan lancar sekali gus mencapai matlamat berbahasa.
Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Za’ba mendefinisikan peribahasa sebagai susunan kata yang pendek namun mempunyai makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Pentakrifan peribahasa ini membuktikan penguasaan terhadap bahasa kreatif mampu mewujudkan laras bahasa tersendiri yang bertujuan memberi pengajaran secara santun. Penggunaan bidalan, perumpamaan, pepatah-petitih, perbilangan, kias ibarat dan tamsil dalam kategori peribahasa sejak zaman dahulu berfungsi menyampaikan sindiran, amanat dan teguran tanpa menyakitkan hati. Hal ini memperlihatkan betapa komuniti Melayu begitu mementingkan kesusilaan dalam berbahasa yang menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.
I
Punya satu isteri mau dakap sampai mati
Lima anak mau makan setiap hari
Teratak tua digayuti cerita puaka
O Pak Utih, petani yang berjasa.
II
...
Di mana-mana jamuan dan pesta makan
Ayam panggang yang enak di depan
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.
Pak Utih masih menanti dengan doa
Bapa-bapa pergi ke mana dengan mobil besar?
(“Pak Utih”, 1954)
Sebagai penulis, ketajaman daya kreativiti Syed Syeikh Al-Hadi menyembunyikan hal-hal bersifat erotik melalui bahasa kreatif terbukti. Bagi beliau, penggunaan gaya bahasa ini membuka ruang kreatif yang lebih luas namun masih meletakkan nilai ketatasusilaan sebagai sempadan. Pilihan bahasa kreatif ini berupaya mengelakkan rasa tidak senang pembaca terhadap beberapa adegan yang sensitif. Perhatikan syair yang dihasilkan Syed Syeikh Al-Hadi bagi menggambarkan situasi malam pertama pernikahan antara Faridah Hanum dengan Shafik Afandi :
Kudrat Tuhan Ilahul Ali,
Awan dan mega tersingkap sekali,
Bintang zaharah nampak tajalli,
Zahirlah kubah keramat dan wali.
Shafik pun khayal di situ sebentar,
Seluruh anggota rasa menggeletar,
Mengucaplah ianya ya Rabbi ya Sattar
Ampunkan dosaku Ilahi ya Ghaffar.
Dosa mabuklah Shafik di bahan gelora,
Hilanglah peringatan hilang kira-kira,
Anak kunci kubah dipadukan segera,
Merebutkan sementara Faridah nan cendera.
(Petikan daripada Hikayat Faridah Hanum:1925)
Seni berbahasa bukan sahaja penting dalam lapangan penulisan kreatif. Sebaliknya, kreativiti berbahasa berperanan utama dalam dunia pengacaraan majlis. Dalam hal ini, seni bahasa kreatif diperlukan agar sesebuah majlis yang dikendalikan berjalan baik dan tepu kata-kata yang menyenangkan hadirin. Setiap pengacara atau penulis skrip pengacaraan majlis wajar peka terhadap matlamat majlis. Pemilihan skrip yang tidak bersesuaian dengan format majlis akan menimbulkan gangguan terhadap kelancaran majlis. Keupayaan mengungkapkan butir-butir fikiran menggunakan gaya bahasa yang halus dan indah dapat menyampaikan maksud dengan cara yang lebih berkesan dan sopan.
Kasih mana orang baru,
Kasih lagi orang lama.
Sedap mana kasut baru,
Sedap lagi kasut lama.
Sedih mana tuan yang pergi,
Sedih lagi kami yang tuan tinggalkan.
(Abdullah Hassan, Aripin Said, Ainon Mohd:2007).
Bapa saya meninggalkan saya sewaktu kecil. Saya bangun pada satu hari dan dia tidak ada lagi. Yang tersisa hanya suaranya. Satu hari nanti,angin akan mempertemukan kita.
Bahasa kreatif bukan milik bahan bacaan semata-mata. Apabila sesebuah karya itu dipentaskan atau mendapat tempat di layar perak, fungsi bahasa kreatif semakin besar bagi mendekatkan jarak antara masyarakat dengan bahasa. Beberapa buah filem yang mencapai status pecah panggung dengan garapan skrip serta penggunaan bahasa yang indah mampu menarik perhatian khalayak. Filem Puteri Gunung Ledang (2006) menampilkan kisah perjuangan Hang Tuah dan cinta Puteri Gunung Ledang menerusi penggunaan bahasa yang menarik sebagai dialog. Garapan bahasa kreatif ini bersesuaian dengan jalan cerita dan watak yang ditampilkan oleh M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Kehadiran bahasa kiasan bertujuan melahirkan perasaan atau pemikiran menjadikan taraf bahasa Melayu semakin tinggi dan relevan untuk pelbagai ruang dan fungsi :
Kanda lupa cinta dinda seagung maya.
GUSTI PUTRI
Cinta kanda? Buka
n semesta luasnya?
HANG TUAH
Masih kecil berbanding cinta dinda!
GUSTI PUTRI
Tapi kanda ke mari juga.
HANG TUAH
Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga.
Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda.
(Petikan dialog filem Puteri Gunung Ledang)
Pihak berwibawa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran sewajarnya mengambil inisiatif merapatkan jurang masyarakat umum dengan seni bahasa kreatif. Usaha-usaha seperti yang dilakukan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melalui Fakulti Penulisan Kreatif dalam melahirkan penulis-penulis yang kenal tanggungjawab dan keupayaan kuasa bahasa kreatif wajar diambil perhatian. Penulis yang mempunyai kemahiran berbahasa kreatif juga harus mengambil kira sempadan dalam berkarya sekali gus memastikan hasil pena mereka menjanjikan kebaikan dan kemakmuran untuk masyarakat pembaca dan penerima bahasa.
Kamis, 01 Desember 2011
KENANGAN TERINDAH, CATATAN TERTANGGUH DUA PURNAMA
Sesungguhnya catatan ini sudah lama ingin saya nukilkan di ruangan maya ini. Memang benar, saya sudah terlalu lama tidak menulis di medium ini. Kesibukan menjaga orang-orang sakit menyebabkan saya perlu mengorbankan banyak perkara. Biarlah, saya yakin masa dan kesihatan yang saya ada tidak akan luak dengan menjaga mereka yang saya sayang dan amat memerlukan bantuan saya. Itu tanggungjawab saya.
Meskipun hampir dua bulan Konvokesyen ke-8 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berlalu, setiap inci masa yang saya lalui pada hari itu masih segar di ingatan saya. Catatan ini hanyalah sebagai rakaman dalam bentuk tulisan. Andai ada sedikit kebaikan untuk diteladani di sebalik kisah ini, maka teladanilah. Sekiranya ada kekurangan untuk dijadikan sempadan, maka jadikanlah batasnya.
Lima hari sebelum hari bersejarah berkenaan, saya menerima panggilan daripada seorang pegawai berkenaan anugerah yang bakal saya terima pada hari tersebut. Alhamdulillah, Anugerah Rektor benar-benar sudah saya lupa. Rezeki, saya menerimanya dengan dada penuh syukur. Menunggu hari konvokesyen ialah penantian yang amat mendebarkan. Kalau ada rakan yang berdebar menunggu hari pertunangan atau persandingan, maka debar yang anda rasa itu saya alami untuk hari bersejarah saya 15 Oktober 2011.
Saya berada di bawah Panggung Eksperimental seawal jam 7:40 pagi. Saya dan rakan-rakan menanti masa untuk bergelar graduan. Masa menunggu agak panjang, dalam sela masa itu kami saling membantu mengenakan jubah, hood dan mortar board. Lelah menunggu, debar yang datang sejak awal pagi pun surut.
Guru saya ini sangat sabar mendidik saya yang bermula dari kosong semata-mata. Saya tidak akan lupa syahadah panjang yang diucap beliau tatkala saya terlalu sukar memahami pengajarannya dalam semester empat. Walau bagaimanapun, debar saya memuncak kembali sebaik sahaja kaki saya melangkah masuk ke dalam Panggung Eksperimental, lokasi kami untuk sesi penganugerahan. Debar saya benar kuat dan ketika itu juga hati saya menjadi hiba. Sebak saya menjadi-jadi apabila menyanyikan lagu "Suara ASWARA" yang kali terakhir saya nyanyikan pada perasmian PeTA 2010, November tahun lalu. Sungguh, saya tidak akan lupa akan perasaan itu. Hiba yang datang dengan tiba-tiba. Segala susah, payah dan dugaan sepanjang tiga tahun pengajian ibarat foto-foto yang bergerak satu demi satu di depan mata saya. Saya terbayangkan sukarnya saya untuk menghadiri temu duga, berhadapan dengan masalah semasa pengajian hingga pernah mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian, saya terlihat keadaan saya yang bersusah menggunakan komputer di perpustakaan sehingga semester empat dan menjadi satu-satunya pelajar dari kumpulan saya yang tidak mempunyai komputer riba sendiri. Saya melihat kebaikan sahabat baik sejak di zaman persekolahan yang ketika itu melanjutkan pengajian di Universiti Malaya meminjamkan saya komputer riba Acer miliknya untuk saya sudahkan tugasan saya ketika dia bercuti semester. Saya melihat diri saya yang ketakutan menaiki komuter buat pertama kali setelah tersalah masuk kad laluan komuter menuju Shah Alam untuk memohon pinjaman pelajaran daripada Yayasan Selangor.
Cikgu Julia selalu berpesan, sayangi masa depan dan pelajaran. En. Z pernah berkata, latar belakang bukan penentu kejayaan. Terima kasih, kalian insan budiman.Saya seolah-olah mendengar keluh-kesah dan adu sakit emak yang saban hari menanggung rindu dan sukar hidup kepada saya. Saya melihat tekun sabar Cikgu Julia menggunting keratan akhbar permohonan kemasukan ke ASWARA sesi 2008/2010, saya ternampak keadaan gelap diri tatkala kecewa dengan sebuah keputusan yang tidak akan saya lupa hingga kini. Semua pengorbanan insan ini berlegar sepanjang masa itu. Terdetik di hati saya dalam masa berjalan menuju tempat duduk 'Rupa-rupanya, tiga tahun selama ni ... untuk hari ini ..'.
Debar dan hiba itu akan saya kenang sampai bila-bila. Hatta, sampai kini saya masih boleh merasainya. Saya bersyukur, pengorbanan emak, Cikgu Julia dan semua yang menjadi tulang belakang saya selama ini tidak sia-sia. Sekiranya ini disebut sebagai kejayaan, maka kejayaan ini ialah milik mereka yang menyempurnakan cita-cita saya. Terima kasih saya tidak akan habis buat guru-guru saya terutama sekali emak yang mengajar saya erti hidup, Cikgu Julia yang mendidik saya erti sabar, En. Zakaria Ariffin dan Dato' Anwar Ridhwan yang selalu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya. Tidak saya lupa guru-guru saya sejak kecil hingga kini yang sentiasa ada dalam titi doa saya.
Mawar yang sudah layu dan kering ini akan menjadi simpanan kenangan menawan kerana hadirnya bersama semangat dan wangian doa harapan
Catatan yang tertangguh ini, indahnya tidak terperi. Mekar harum di laman memori, semoga akan berulang lagi.
Sabtu, 24 September 2011
BAHASA TUNJANG KETAMADUNAN NEGARA DAN BANGSA & PETUALANG BANGSA
Rabu, 31 Agustus 2011
PERJUANGAN DALAM KESEMPITAN: CERITA DALAM CERITA PENTAS OPERA

Selasa, 30 Agustus 2011
DILEMA PERAWAN TUA DALAM CINTA SUCI ZAHRANA

Sabtu, 27 Agustus 2011
KEKUATAN MAZNI DALAM BADAI SEMALAM
Kamis, 25 Agustus 2011
RAKAMAN KEHIDUPAN DALAM SEROJA MASIH DI KOLAM

Minggu, 21 Agustus 2011
BELASUNGKAWA CIKGU AZIZI ABDULLAH: PERGINYA SEBUTIR PERMATA
saya jumpa dalam blog fatiha 25 Julai 2010 tulisan bertajuk KAHWIN-KAHWIN.
Nak nak copy tak boleh. penulis ni kedekut.
Boleh e mail kepada saya artikel itu. Jika setuju saya nak siar untuk 'SURAT UNTUK REMAJA' dalam pengguna bulan September ini.
Salam
-cikgu azizi-
Inilah e-mel pertama yang saya terima daripada Cikgu Azizi bertarikh 26 Jun 2010. Sebelum itu, saya mengenali arwah Cikgu Azizi ketika membuat kajian atas Sangeetha untuk Akademi Sastera 2009. Doa dan restunya saya mohon. Kami berinteraksi lewat sistem pesanan ringkas dan e-mel. Arwah cikgu rajin mengunjungi blog saya begitu juga saya suka membaca buah fikir arwah cikgu lewat laman blognya. Bagi saya, arwah seorang yang telus. Meskipun berada dalam kelompok parti tertentu, namun arwah tidak tenggelam hingga hilang punca melihat titik celaru di dalamnya. Arwah, seorang yang telus dan jujur.
Kamis, 18 Agustus 2011
KELUARGA MUSANG DI SEBUAH SEKOLAH
Moralnya, jaga anak-anak dengan baik dan bijak. Ibu musang itu tiada akal untuk tahu bahawa bermain di koridor aras empat itu bahaya. Akan tetapi ibu-ibu dan bapa--bapa yang bijak dan berakal perlu tahu cara untuk menjaga rohani dan jasmani anak sebagai anugerah Allah dengan baik. Lihat saban pagi dan petang, berapa banyak ibu/bapa yang alpa mengenakan topi keledar kepada anak-anak sewaktu dihantar ke sekolah sedangkan ibu/bapa pakai pula topi keledar???
Kamis, 27 Agustus 2009
YA RAHMAN,PERMUDAHKAN URUSANKU
Ya Allah, tenangkan hati hamba
Terangi jiwa hamba agar mudah
untuk hamba menerima ilmu ini.
Amin Ya Allah
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim
Rabu, 26 Agustus 2009
USAH MENYULITKAN
Saya yakin, isu lambat ini tidak akan berlaku sekiranya para pegawai tahu tanggungjawab sebenar mereka dan melakukan tugasan mereka dengan penuh dedikasi dan beretika mulia. Usah menyulitkan keadaan orang lain dengan alasan yang hanya mementingkan peribadi sendiri.

Minggu, 23 Agustus 2009
AHLAN WA SAHLAN RAMADAN KARIM

Salam ramadan al mubarak dan semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Rabu, 19 Agustus 2009
GUSAR YANG KALAH
Malam sebelum pertandingan berlangsung, saya diburu rasa gusar dan gundah. Pelbagai keserabutan mendatangi diri saya. Akhirnya, sewaktu tiba ketika saya dipanggil untuk membentangkan kertas kerja saya, saya mengukuhkan rasa tawakkal saya kepada Allah dan saya cuba menyakinkan diri bahawa saya boleh. Yang paling penting, saya perlu menjaga maruah dan nama para pensyarah Fakulti Penulisan ASWARA dan juga nama saya sendiri.

Alhamdulillah, saya yakin saya telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kertas kerja dan saya telah cuba berlatih menyampaikan pembentangan saya walaupun dilingkungi rasa takut, debar dan gemuruh. Namun seperti yang saya katakan, saya perlu menjaga nama pensyarah-pensyarah saya dan itulah yang menjadi kekuatan untuk saya menyampaikan pembentangan saya dengan yang dikatakan oleh para juri sebagai baik.
Insya-Allah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik untuk peringkat akhir nanti. Selain saya dan Roziah Adama yang berjaya mara ke peringkat akhir pada Oktober nanti, peserta Hasni dari UKM, Nur Hafizah dari UM, Zulfazlan dari UPM dan Mohd Azrein dari UPSI turut sama berjaya. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada mentor saya iaitu En. Azman Ismail dan para pensyarah yang banyak memberi kritikan bagi memperhalusi pembentangan saya iaitu En. Zakaria Ariffin, En. Ridzuan Harun dan Dato' Dr. Anwar Ridhwan serta Kak Siti Jasmina yang sudi mendengar krtikan saya terhadap karya beliau itu. Sesungguhnya semangat kalianlah yang saya pinjam untuk menyemarakkan arus pembentangan saya.
Juga terima kasih kepada emak dan cikgu yang sentiasa mendoakan serta Kak Rozi yang banyak memberikan kerjasama.
Minggu, 16 Agustus 2009
Selasa, 11 Agustus 2009
TAHNIAH BUAT SASTERAWAN NEGARA KE-10

Senin, 20 Juli 2009
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN KESUSASTERAAN
Roziah Adama
Nur Fatiha Fadila
Siti Fairuz
Jumat, 19 Juni 2009
Sehari Bersama Kasim Masdor
Hari ini merupakan kali kedua saya menemui Pak Kasim Masdor. Beliau daripada kaca mata saya seorang yang sangat peramah dan tidak lokek dengan ilmu pengalaman. Kali pertama, saya menemui Pak Kasim adalah ketika menemani rakan saya menemuramah seniman Dato' Aziz Satar pada semester yang lepas bagi tujuan tugasan.
Pada hari ini, Pak Kasim Masdor dijemput oleh ASWARA untuk menyerikan Malam Puisi Warisan Seniman pada malam ini. Semasa menemani Kak Wan dan Pak Kasim menikmati minum petang di bekalang Hotel Midah, Kuala Lumpur; barulah saya tahu bahawa Pak Kasim merupakan penggubah lagu yang sangat saya minati iaitu lagu "Pelangi Petang" oleh Allahyarham Sudirman. Beliau juga ada bercerita serba sedikit tentang Allahyarham P. Ramlee yang merupakan seorang insan yang sangat akrab dengannya semenjak dari bangku sekolah.
Foto dirakam bersama Pak Kasim Masdor dan Dato' Aziz Satar pada semester dua yang lalu.
Semasa dalam perjalanan, saya diberitahu bahawa peraturan di Singapura agak ketat tetapi berjaya mendisiplinkan warga Negara Singapura itu. Saya agak terkejut apabila beliau mengatakan bahawa sesiapa yang membuang sampah walaupun sehelai tisu sekiranya dilaporkan kepada pihak berkuasa akan dikenakan denda sebanyak $2000. Hal ini menjadikan rakyatnya pembersih dan sangat takut untuk membuang sampah merata-rata, tidak seperti di Malaysia.
Foto bersama Pak Kasim (berbaju merah) dan Dato' Aziz satar.
Lebih menggembirakan apabila mendapat tahu bahawa warga emas di negara itu agak terbela. Misalannya, ibu bapa yang dibiarkan anak-anak akan mendapat pembelaan oleh pihak kerajaan. Anak-anak yang membiarkan ibu bapa mereka dalam kesusahan akan dipotong gajinya untuk diberikan kepada ibu bapa mereka.
Berbicara dengan Pak Kasim Masdor banyak memberi manfaat kepada saya untuk meluaskan ruang pengalaman dan pengetahuan saya. Saya sangat tertarik dengan ungkapan yang diujarkan oleh beliau kepada saya iaitu "Seniman dijadikan Tuhan untuk menyampaikan keindahan ciptaan Tuhan ..."
Akhir bicara, saya berasa gembira kerana mudah untuk bekerjasama dengan beliau yang sudah lama dalam industri dan terkenal dengan karya-karyanya yang indah. Sikap positif seperti beliau ini sangat sukar didapati dalam diri anak seni kini yang mudah angkuh dengan kejayaan yang sedikit.
Waallahua'alam.
Kamis, 18 Juni 2009
Selamat Hari Lahir, Sayangku

Lima beradik selepas dua hari dilahirkan.

Owy dan Tommy yang baru dilahirkan.
Lima beradik sedang menikmati sarapan bersama Smart Heart.

Tommy dan Sophie yang mesra.
Berry ketika kecil.
Tommy ketika demam.
Selasa, 09 Juni 2009
Camar Senja
Jingga suria menyimbah wajah
Camar nakal berlari pulang
Keindahan yang menggoda
Ketenangan mententeram jiwa.
Angin senja menguis rimba kenangan
Menarik iman di celah kesamaran
Kenangan dan Iman
Mencantum : keseimbangan.
Senja di kuala membisikkan
Suara noda di cermin kepulangan
Membangun langkahatur jejak keinsafan
Di tirai taqwa melabuh senja
Antara dosa bersulam doa
Camar senja saksi segala.






