NURANI saya ditikam rasa marah dan geram yang sangat mendalam. Saya faham bahawa itu bukanlah satu sifat yang digalakkan tetapi itulah saya, seorang hamba yang serba lemah dan penuh kekurangan. Marah saya bukan dipupuk secara sengaja tetapi dijemput untuk bertandang oleh insan-insan yang gemar memungkiri janji dan meletakkan orang yang menjadi tanggungjawab mereka di belakang tanpa dipedulikan, hanya kerana kepentingan sendiri.
Bukankah tanggungjawab tetap perlu ditunaikan walau sekurang manapun orang yang menjadi tanggungjawab kepada seseorang? Apatah lagi kalau tanggungjawab itu pada asalnya bukan sekadar tanggungjawab tetapi kewajipan yang harus ditunaikan. Ya, saya masih lagi terkapai-kapai mencari arah untuk mandiri sendiri dan saya sendiri pun tidak ingin menyusahkan sesiapa dan tidak gemar meminta kepada sesiapa. Tetapi saya yakin bahawa bukanlah suatu kesalahan untuk saya meminta hak saya sebagai yang ditanggung.
Saya sangat benci ditipu dan menipu. Walau dalam apa keadaan pun, saya sentiasa cuba untuk tidak terlibat dalam kedua-dua situasi itu walaupun pada ketikanya saya akur bahawa saya terpaksa juga menipu sebagai muslihat untuk menyenangkan hati sesetengah pihak tetapi saya masih masih mencuba untuk mengelakkannya. Dan kini, saya tidak boleh menipu diri sendiri betapa marahnya jiwa saya seketika tadi.
Namun pada akhirnya, saya mulai sedar dan insaf. Itulah yang dikatakan manusia. Dan itulah bezanya seorang manusia dengan Allah S.W.T, janji Allah sentiasa benar tanpa pernah dimungkiri. Kasih Allah sentiasa ada tanpa pernah melupai hamba-hamba-Nya.
Saya berdoa agar diberikan ketenangan dalam melayari ujian kehidupan berlandaskan iman dan takwa. Insya-Allah, dengan ketenangan manusia mampu mencapai kesejahteraan.
Pada-Mu ya Allah,
kurniakan hamba ketenangan
agar mudah laluan hamba di dunia
seluruh jiwa hamba menyembah
pada-Mu ya Allah
ampuni hamba yang hina dina.
kukuhkan nurani hamba
agar sentiasa terpimpin di jalan-Mu yang benar
biarkan hamba setia menumpang simpuh
di lembayung rahmat-Mu yang Esa.
suluhi hati-hati hamba
berkati mereka-mereka yang mengkhianati hamba
sesungguhnya, hamba memohon ampun
.... dari noda dan dosa seorang hamba yang
sentiasa khilaf melangkah.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar