Sabtu, 03 Desember 2011

Telur Masak Kicap Lada Hitam

 
 
Sekarang ni tengah menghitung hari nak balik ke kampung halaman... Dah kering rasanya bersendirian di sini. Tah betah lagi nak bersenang2. Di tubir mata sudah terbayang ikan-ikan darat yang enak digulai... Musim2 hujan enak pekena ubi rebus, tidak pun ikan pekasam yang menusuk hidung. Aishhhhh xleh jadi nih... 
Lauk telur ni cheq sue masak lunch semalam. Bukan kata kering duit nak beli ayam ke lauk2 lain, tapi x keluar ke mana-mana, nak ke pasar malas, bila sorang2 ni nak gerak pun terbatas.Ekor kita dah sedap dok di kampung. Tengoklah nanti kena pi cari lauk jugak. Kalau hari2 pekena telur aje xleh...xleh...



 
Telur ni cheq sue masak sebiji aje, kira2 sekali habis. Bahan2 tu pulak cheq sue kurangkan jugak, biar seimbang dengan telurnya. Maklumlah, telur ni bukan peberet mana pun, sekadar nak jadi lauk, telan jugak. Selalu kalau masak kicap, memang cheq sue suka letak ubi kentang. Lada hitam pulak x terfikir pulak cheq sue nak masukkan sekali. Rupa2nya bila dah tambah lada hitam ni memang lagi sedap. Pasni boleh la try selalu.... Kalau korang ketandusan idea tu bolehlah cuba lauk ni. Gerenti x menyesal. Wassalam...
TELUR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Kak Ummi @ HSH
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan:-
3 biji telor
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus btg mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC kita guna kicap kipas udang aje
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap masin
1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi letak cili hijau
1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
1 biji tomato - dibelah 6 xde stok
sedikit garam (jka perlu)
sedikit air
minyak utk menumis
 
Cara-Cara:-
Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
Tutup api dan hidangkan.
 

Black Beauty Chocolate Cake


 
 
 Semalam cheq sue buat kek coklat, sebab terasa nak makan selain nak cuba satu lagi resepi yang senang lenang. Buat kek coklat ni memang untung, mudah aje tapi makan memang puas. Memang banyak resepi kek coklat...cara pun macam2. Bila kita dah buat beberapa resepi ni bolehlah kita buat perbandingan. 

Pada cheq sue, kek coklat ni just nice. Memang sedap rasanya cuma yang cheq sue buat kelihatan agak padat, ada la tu salah bancuh kat mana-mana. Satu adunan ni dapat banyak jugak. Memang jenuh la nak habiskan. Separuh dah bagi orang keje kebun belakang ni. Tu dok ada lagi separuh.





Cuma tang toppingnya tu ada silap haribulan la sikit. Kebetulan serbuk koko dah habis, cheq sue gantikan dengan serbuk milo. Mmmmm jalan ajelah mana yang kita boleh pakai. Rasanya not too bad, cuma agak cair la sikit walaupun dah disimpan dalam peti. Tapi apapun, 8 bintang untuk resepi ni. Jangan segan2 nak cuba okeh.... Terima kasih pada penyumbang resepi ni... Wassalam...

BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE
Resepi : Maklang Azie
Sumber : Kak Yatie


Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna minyak masak)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco x masukkan, xde stok
3 biji telur

Cara-Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

TOPPING MUDAH YANG SEDAP
1/2 cwn serbuk koko saya ganti dengan milo
1 cwn gula guna 3/4 cawan
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Cara- Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Jumat, 02 Desember 2011

Minuman Ringan Yang Dibuat dari Air Kencing Lembu - GAU JAL



Sebuah perusahaan minuman di India menyatakan akan memproduksi sejenis minuman ringan unik. Minuman yang akan mulai dijual Disember nanti di perbuat daripada air kencing lembu dan dikatakan berkhasiat mengubati dan mencegah berbagai macam penyakit.

Jabatan Perlindungan Lembu di Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) berkata, Minuman ini akan di perkenalkan kepada umum setibanya Disember nanti. Namanya di letakkan sebagai 'Gau Jal' (dalam bahasa Hindi) yang ber,aksud air kencing lembu.

Meskipun menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak mengenai impak kesihatan dari minuman ringan tersebut, Om Prakash, Ketua Departemen Perusahaan menegaskan minuman ini akan menjadi sajian nikmat.

Selain menawarkan rasa minuman yang nikmat, air lembu ini juga dikatakan memiliki sejumlah khasiat medik. Diantaranya dapat mengubati beberapa penyakit kronik seperti kanser dan penyakit hati. Kalau masuk pasaran Malaysia, korg nak minum?

Pankek Mayonis

 
 
Selamat pagi semua. Dah menginjak ke pukul 10...cepat sungguh masa berlalu. Pagi ni sempat kemas2 belakang dapur. Banyak betul harta pusaka yang tersimpan. Kalau ada emak sah2 dah kena bebel sepanjang hari. Tengok2 kat dalam stor ada 2 ekor anak kucing, agaknya baru dilahirkan semalam. Aduh, kan tak pasal2 dah nambah ahli baru kat rumah ni.
Pankek mayonis ni cheq sue buat untuk sarapan. Memang gebu dan lembut sangat. Daripada resepi tu cheq sue buat 1/3 adunan. Cukuplah untuk seorang, dapat dalam 5 keping nipis2. Kalau buat dalam pan agaknya lagi cantik. Cheq sue buat atas ceper aje, tu yang jadi terpenyek. Tapi, jangan dipandang pada rupa, yang penting best.

 
Semalam jugak cheq sue ada cuba satu kek coklat, dan baki toppingnya masih ada. Tu yang semangat nak buat pankek ni, sedap dicecah dengan topping milo (sebenarnya coklat tapi serbuk koko dah habis...so hantam la mana ada....)  Kalau ada jem ke, filling ke, atau apa2 yang difikirkan kena dengan selera boleh aje dicicah bersama, terpulanglah pada kehendak masing-masing.

 
Untuk resepi ni pula, cheq sue gunakan bancuhan susu tepung sebab xde stok susu segar. Alhamdulillah ok aje, xdelah rasa pelik pun. Heeee memandai aje oter resepi orang. Jom..jom sarapan. Pasni nak sedia lunch pulak. Korang apa agenda? Apapun, jaga diri ye... Wassalam...

PANCAKE MAYONIS
Sumber : Izah

Bahan-bahan
1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
1 sudu teh (tsp) baking powder
3 sudu besar gula caster (tbsp)
secubit garam
60g butter , cairkan
1 cwn susu segar
2 biji telur saiz XL (59g)
1-2 sudu besar mayonis

Cara-cara
Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.

Singgang Tulang Empat Ketul.... Terkilan & Kecewa!!!


 
 
Haishhh...geram betul rasanya dengan orang jual gas ni, dari tengah hari kita nelepon nak beli gas sampai sekarang dia tak hantar2 lagi. Nasib baik ada portable stove, dapat gak la cheq sue buat singgang ni untuk lunch. Dah dekat seminggu lebih rasanya x bersilat di dapur dek kehabisan gas. Masak ni pun sebab nak habiskan tulang korban yang dibawa dari kampung. Dah masuk tahun baru stok korban baru habis. Isk isk isk...sadisnya... Padahal bukan banyak pun, 4 ketul aje tulang rusuk, kalau bawak sekilo mesti kena bawak balik kampung semula....

Singgang tulang ni memang la feveret orang Kelantan. Mungkin ada pelbagai cara dan kaedah memasaknya. Cheq sue masak ni mudah2 aje, tulang pun tak banyak. Semua main lebur aje dalam periuk. Yang penting bila rebus tu kena pastikan daging betul2 empuk. Kalau nak tengok versi yang pernah cheq sue buat dulu boleh klik kat SINI... :). Kalau ikutkan hati memang malas nak masak. Korang bayangkan lah ye, dengan 4 ketul tulang tu macam terpaksa aje... :x

Okeh...kita tinggalkan cerita tentang singgang tulang yang dah selamat kat dalam perut ni. Terkilan dan kecewa, itulah ayat yang paling sesuai cheq sue gambarkan dengan peristiwa yang berlaku semalam. Mungkin semua dah maklum yang MIEZA datang ke Cameron untuk kursus fotografinya. Dia ada memaklumkan pada cheq sue yang dia akan menaiki bas POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH dan ke mana destinasinya. Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, cheq sue ternampak la bas tu, ternampak beberapa orang tengah meneropong, menembak di persekitaran ladang teh. Hajat hati nak singgah tapi xsempat sebab dah lambat. Aduiiiii memang terkilan sangat. Bila baliknya dalam pukul 5 lebih, ternampak bas lagi bas tu di Kea Farm, tapi sayang bas tu baru aje bergerak pergi. Cheq sue ingatkan sempat la cari Mieza di sana tapi nampaknya xde jodoh lagi untuk kami berjumpa. Dari Kea Farm sampai ke Kampung Raja cheq sue hanya mampu pandang bas tu dengan penuh rasa kecewa. Nak buat camana, bas tu di depan cheq sue aje, tapi rasa tak mampu pulak kalau nak suruh bas tu berhenti. Huuuuuuuuuuuuu.... sedih, terkilan sangat.. -_- Mmmmm xpelah, mungkin lain kali kot.... Maaf ya Mieza!
 
Pada kawan2 yang lain, kot2 ada yang nak datang ke CH tu, bolehlah maklumkan pada cheq sue. Mana la tahu cheq sue xde ke mana-mana boleh la kita berjumpa bertemu mata... He he he... Wassalam...
 



 
SINGGANG TULANG
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
  4 ketul tulang rusuk - rebus empuk
kunyit 1/2 cm @ 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
lengkuas 1 cm 
halia 1/2 cm
cili boh 2 sb (boleh jgk guna cili kering)
bawang merah 1 biji (sedang)
bawang putih 1 biji (kecil)
asam gelugur 1 keping
gula & garam secukupnya

 Cara membuatnya :
1. tumbuk semua bahan kecuali tulang rusuk, asam gelugur, gula dan garam hingga agak2 lumat
2. masukkan ke dalam tulang yang telah direbus terlebih dahulu. Kuah tu agak2 la yang diingini
3. setelah mendidih, masukkan asam gelugur dan rasakan gula dan garamnya

Kamis, 01 Desember 2011

Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 Tahun




Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 Tahun!

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu.

Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain.

“Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia,” kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight.

“Para sejarawan percaya bahawa masyarakat-masyarakat rahsia memainkan peranan dalam revolusi. Namun semua ini sedang dikaji kerana sebahagian besar dokumennya masih belum dapat ditafsir,” tambah Knight.

Kitab Copiale Cipher yang mengandungi 75,000 huruf menggambarkan ritual dan kecenderungan politik sebuah masyarakat rahsia di Jerman pada kurun ke-18. Manuskrip itu ditulis pada lembaran kain berwarna emas dan hijau.

Knight juga merancang untuk mentafsir kod-kod mesej popular lain termasuklah kod yang dihantar oleh Pembunuh Zodiak, seorang pembunuh bersiri AS sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Pembunuh itu ada menghantar mesej-mesej rahsia kepada pihak media dan gagal ditangkap hingga sekarang.

KENANGAN TERINDAH, CATATAN TERTANGGUH DUA PURNAMA

SAMPAI bila-bila pun saya tidak akan lupa tarikh itu. 15 Oktober 2011, hari yang sungguh indah buat kenangan diri saya sebagai manusia yang pernah berjerih payah untuk menggenggam segulung ijazah. Saya faham dan yakin, mendaki tangga pengajian maknanya lebih daripada sehelai kertas tertera penganugerahan ijazah pertama itu. Ijazah itu hanyalah alat yang menambah tanggungjawab di bahu saya.

Sesungguhnya catatan ini sudah lama ingin saya nukilkan di ruangan maya ini. Memang benar, saya sudah terlalu lama tidak menulis di medium ini. Kesibukan menjaga orang-orang sakit menyebabkan saya perlu mengorbankan banyak perkara. Biarlah, saya yakin masa dan kesihatan yang saya ada tidak akan luak dengan menjaga mereka yang saya sayang dan amat memerlukan bantuan saya. Itu tanggungjawab saya.




Meskipun hampir dua bulan Konvokesyen ke-8 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berlalu, setiap inci masa yang saya lalui pada hari itu masih segar di ingatan saya. Catatan ini hanyalah sebagai rakaman dalam bentuk tulisan. Andai ada sedikit kebaikan untuk diteladani di sebalik kisah ini, maka teladanilah. Sekiranya ada kekurangan untuk dijadikan sempadan, maka jadikanlah batasnya.

Lima hari sebelum hari bersejarah berkenaan, saya menerima panggilan daripada seorang pegawai berkenaan anugerah yang bakal saya terima pada hari tersebut. Alhamdulillah, Anugerah Rektor benar-benar sudah saya lupa. Rezeki, saya menerimanya dengan dada penuh syukur. Menunggu hari konvokesyen ialah penantian yang amat mendebarkan. Kalau ada rakan yang berdebar menunggu hari pertunangan atau persandingan, maka debar yang anda rasa itu saya alami untuk hari bersejarah saya 15 Oktober 2011.

Saya berada di bawah Panggung Eksperimental seawal jam 7:40 pagi. Saya dan rakan-rakan menanti masa untuk bergelar graduan. Masa menunggu agak panjang, dalam sela masa itu kami saling membantu mengenakan jubah, hood dan mortar board. Lelah menunggu, debar yang datang sejak awal pagi pun surut.



Guru saya ini sangat sabar mendidik saya yang bermula dari kosong semata-mata. Saya tidak akan lupa syahadah panjang yang diucap beliau tatkala saya terlalu sukar memahami pengajarannya dalam semester empat.


Walau bagaimanapun, debar saya memuncak kembali sebaik sahaja kaki saya melangkah masuk ke dalam Panggung Eksperimental, lokasi kami untuk sesi penganugerahan. Debar saya benar kuat dan ketika itu juga hati saya menjadi hiba. Sebak saya menjadi-jadi apabila menyanyikan lagu "Suara ASWARA" yang kali terakhir saya nyanyikan pada perasmian PeTA 2010, November tahun lalu. Sungguh, saya tidak akan lupa akan perasaan itu. Hiba yang datang dengan tiba-tiba. Segala susah, payah dan dugaan sepanjang tiga tahun pengajian ibarat foto-foto yang bergerak satu demi satu di depan mata saya. Saya terbayangkan sukarnya saya untuk menghadiri temu duga, berhadapan dengan masalah semasa pengajian hingga pernah mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian, saya terlihat keadaan saya yang bersusah menggunakan komputer di perpustakaan sehingga semester empat dan menjadi satu-satunya pelajar dari kumpulan saya yang tidak mempunyai komputer riba sendiri. Saya melihat kebaikan sahabat baik sejak di zaman persekolahan yang ketika itu melanjutkan pengajian di Universiti Malaya meminjamkan saya komputer riba Acer miliknya untuk saya sudahkan tugasan saya ketika dia bercuti semester. Saya melihat diri saya yang ketakutan menaiki komuter buat pertama kali setelah tersalah masuk kad laluan komuter menuju Shah Alam untuk memohon pinjaman pelajaran daripada Yayasan Selangor.



Cikgu Julia selalu berpesan, sayangi masa depan dan pelajaran. En. Z pernah berkata, latar belakang bukan penentu kejayaan. Terima kasih, kalian insan budiman.

Saya seolah-olah mendengar keluh-kesah dan adu sakit emak yang saban hari menanggung rindu dan sukar hidup kepada saya. Saya melihat tekun sabar Cikgu Julia menggunting keratan akhbar permohonan kemasukan ke ASWARA sesi 2008/2010, saya ternampak keadaan gelap diri tatkala kecewa dengan sebuah keputusan yang tidak akan saya lupa hingga kini. Semua pengorbanan insan ini berlegar sepanjang masa itu. Terdetik di hati saya dalam masa berjalan menuju tempat duduk 'Rupa-rupanya, tiga tahun selama ni ... untuk hari ini ..'.

Debar dan hiba itu akan saya kenang sampai bila-bila. Hatta, sampai kini saya masih boleh merasainya. Saya bersyukur, pengorbanan emak, Cikgu Julia dan semua yang menjadi tulang belakang saya selama ini tidak sia-sia. Sekiranya ini disebut sebagai kejayaan, maka kejayaan ini ialah milik mereka yang menyempurnakan cita-cita saya. Terima kasih saya tidak akan habis buat guru-guru saya terutama sekali emak yang mengajar saya erti hidup, Cikgu Julia yang mendidik saya erti sabar, En. Zakaria Ariffin dan Dato' Anwar Ridhwan yang selalu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya. Tidak saya lupa guru-guru saya sejak kecil hingga kini yang sentiasa ada dalam titi doa saya.



Mawar yang sudah layu dan kering ini akan menjadi simpanan kenangan menawan kerana hadirnya bersama semangat dan wangian doa harapan


Catatan yang tertangguh ini, indahnya tidak terperi. Mekar harum di laman memori, semoga akan berulang lagi.