Singgang Tulang Empat Ketul.... Terkilan & Kecewa!!!
Haishhh...geram betul rasanya dengan orang jual gas ni, dari tengah hari kita nelepon nak beli gas sampai sekarang dia tak hantar2 lagi. Nasib baik ada portable stove, dapat gak la cheq sue buat singgang ni untuk lunch. Dah dekat seminggu lebih rasanya x bersilat di dapur dek kehabisan gas. Masak ni pun sebab nak habiskan tulang korban yang dibawa dari kampung. Dah masuk tahun baru stok korban baru habis. Isk isk isk...sadisnya... Padahal bukan banyak pun, 4 ketul aje tulang rusuk, kalau bawak sekilo mesti kena bawak balik kampung semula....
Singgang tulang ni memang la feveret orang Kelantan. Mungkin ada pelbagai cara dan kaedah memasaknya. Cheq sue masak ni mudah2 aje, tulang pun tak banyak. Semua main lebur aje dalam periuk. Yang penting bila rebus tu kena pastikan daging betul2 empuk. Kalau nak tengok versi yang pernah cheq sue buat dulu boleh klik kat SINI... :). Kalau ikutkan hati memang malas nak masak. Korang bayangkan lah ye, dengan 4 ketul tulang tu macam terpaksa aje... :x
Okeh...kita tinggalkan cerita tentang singgang tulang yang dah selamat kat dalam perut ni. Terkilan dan kecewa, itulah ayat yang paling sesuai cheq sue gambarkan dengan peristiwa yang berlaku semalam. Mungkin semua dah maklum yang MIEZA datang ke Cameron untuk kursus fotografinya. Dia ada memaklumkan pada cheq sue yang dia akan menaiki bas POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH dan ke mana destinasinya. Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, cheq sue ternampak la bas tu, ternampak beberapa orang tengah meneropong, menembak di persekitaran ladang teh. Hajat hati nak singgah tapi xsempat sebab dah lambat. Aduiiiii memang terkilan sangat. Bila baliknya dalam pukul 5 lebih, ternampak bas lagi bas tu di Kea Farm, tapi sayang bas tu baru aje bergerak pergi. Cheq sue ingatkan sempat la cari Mieza di sana tapi nampaknya xde jodoh lagi untuk kami berjumpa. Dari Kea Farm sampai ke Kampung Raja cheq sue hanya mampu pandang bas tu dengan penuh rasa kecewa. Nak buat camana, bas tu di depan cheq sue aje, tapi rasa tak mampu pulak kalau nak suruh bas tu berhenti. Huuuuuuuuuuuuu.... sedih, terkilan sangat.. -_- Mmmmm xpelah, mungkin lain kali kot.... Maaf ya Mieza! Pada kawan2 yang lain, kot2 ada yang nak datang ke CH tu, bolehlah maklumkan pada cheq sue. Mana la tahu cheq sue xde ke mana-mana boleh la kita berjumpa bertemu mata... He he he... Wassalam... SINGGANG TULANGResepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
4 ketul tulang rusuk - rebus empuk
kunyit 1/2 cm @ 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
lengkuas 1 cm halia 1/2 cm
cili boh 2 sb (boleh jgk guna cili kering)
bawang merah 1 biji (sedang)
bawang putih 1 biji (kecil)asam gelugur 1 keping
gula & garam secukupnya
Cara membuatnya :
1. tumbuk semua bahan kecuali tulang rusuk, asam gelugur, gula dan garam hingga agak2 lumat
2. masukkan ke dalam tulang yang telah direbus terlebih dahulu. Kuah tu agak2 la yang diingini
3. setelah mendidih, masukkan asam gelugur dan rasakan gula dan garamnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar