Rabu, 07 September 2011

Masak Air Keledek + Pucuk Meranti & Kisah Ikan Pekasam Hancur, Nasi Hangit Dan Pinggan TESCO

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wahhhh...agak2 korang terkesima tak dengan tajuk n3 cheq sue kali ni...yang terpanjang rasanya dalam blog ni... Buka hape, angin tarak baik...rasa nak buat karangan pulak melepaskan rasa terbuku di hati. Bukan ape pun... biasalah pompuan ni, ada pasang surut dalam hatinya. Owhhhh no no no no... bukan PMS okay...

Memula sekali moh kita tengok resepi masak air keledek + pucuk meranti ni dulu. Menu ni telah dimasak untuk berbuka semalam. Kalau di kampung, masakan ni dipanggil 'sayur air' dan biasanya dicampur dengan pucuk 'gemunggal' @ 'mmungga' ataupun pucuk manis. Di CH jangan harap la pucuk2 tu bagai, jenuh jugak nak fikir nak ganti dengan pucuk ape. Bila balik dari sekolah terpandang pokok meranti di hujung garaj, terus pi petik. Meranti pun meranti lah...

Ada di setengah tempat mungkin memanggilnya masak tumis atau tumis air, bergantung la ya... Cara penyediaan sayur ni ringkas dan mudah serta sangat membuka selera dengan pelengkapnya ikan kering / ikan masin. Sangat sesuai la untuk tuan tanah yang masih dalam mood tak sihat ni...


Oleh sebab masaknya pun sikit, tak sampai pun setengah mangkuk...ngam2 sekali makan

MASAK AIR KELEDEK + PUCUK MERANTI
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- sebiji ubi keledek kuning (sedang) - kikis kulit & potong kecil
- secekak pucuk meranti
- secubit ikan bilis
- 6 biji lada hitam
- seulas / 2 ulas bawang merah
- 1/4 kiub ayam / ikan bilis
- sebiji cili
- air & garam secukupnya
** bahan-bahan untuk semangkuk kecil (seorang makan)

Cara-cara :
- tumbuk bawang merah, ikan bilis dan lada hitam
- masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air, ubi keledek, pucuk meranti, cili dan kiub ikan bilis. Masak hingga mendidih dan ubi empuk
- masukkan garam dan rasa. Jika sudah ok boleh matikan api
** jika gunakan ubi keledek kuning @ oren, kejap aje dah empuk


Nasib baik la tulang2 ikan ni dah empuk, kalau tak jenuh nak kuarkan satu-satu...

Seperti yang cheq sue habaq kat atas tu...masak air keledek ni sedap dimakan dengan ikan masin / ikan kering. Alhamdulillah dalam peti ais cheq sue ada 3 ekor ikan pekasam yang rasa2 memang dah lama diberikan oleh emak Mok Ja. Setelah dibilas 5 6 kali dan direndam air seketika barulah digoreng. Konon2 masukkan bawang dan cili, tapi sudahnya ikan hancur, hanya tulang2 aje yang nampak. Agaknya sebab ikan tu dah too long kot dalam peti... Tapi selagi boleh makan, hantam saja lah labuuuuuuuuuuu.............

Heeeeeeeeeeee sesekali makan nasi hangit yang sejuk macam nak baling rasanya pinggan tu... hoh..

Okeh...nasik ni pulak adalah bahagian kedua yang dimasak pada 6 September (biasa sekali masak makan 2 hari). Nasi tu pulak adalah nasi pertama yang dimasak setelah balik bercuti raya. Mmmmm dah lama x menanak, nasi yang dimasak telah terhangit rupanya... Ye lah, masak atas dapur gas, periuk pun tecit aje...tengok2 dah hitam kat bawahnya. Nasib baik boleh di makan... hu hu hu.. (padahal ralik dok hadap lappy).. Padan muka!!!

Hidangan berbuka semalam... Alhamdulillah

Yang terakhir adalah pasal pinggan seramik yang dibeli di TESCO (berdekatan JJ Ipoh). Semasa pi shopping barang2 raya baruni, ada la ternampak pinggan, piring, mangkuk dan mug seramik dalam 3 warna. Sebiji harganya RM5. Kalau dulu xde nak kisah2 pun...tapi bila dah berblog ni nak jugak ada pinggan yang 'ala-ala' sikit untuk ditayang. So kat dalam gambar tu adalah peralatan yang cheq sue beli dengan jumlahnya sebanyak RM20. Tahu....kalau orang lain xde nak kisahkan pun mende2 nih... Cuma bila cheq sue ke TESCO Stesen 18, bende2 yang sama tu berlainan pulak harganya... iaitu 3 biji RM10. Aduhhh...tensen tol... Kalau kata tak beli lagi di TESCO memule tu sah2 dah cheq sue amik ketiga-tiga warna yang ada... Oleh sebab dah beli, maka buat ajelah muka toye menengoknye.. Yang cheq sue herannya...pasai pa plak regenye buleh jadi tak sama.... huuuuuuuuuuuuuuuuuuu kompius!

Sekian diceritakan.

Wassalam...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar