Kesan dari berhenti merokok akan anda rasakan. Ianya sudah dibuktikan dalam sebuah kajian di Amerika Syarikat. Lelaki yang berhenti merokok mempunyai kepuasan seksual yang lebih baik berbanding dengan lelaki yang pernah berhenti merokok tapi kembali pada kebiasaannya itu.
"Pada lelaki muda, kesan daripada merokok mungkin belum terasa sehingga mereka tak khuatir sampai akhirnya kehidupan seksual mereka terganggu," kata Christopher Harte, yang kajiannya diterbitkan dalam British Journal of Urology International.
Dalam penelitiannya, Harte dan pasukannya mengambil 65 lelaki yang mengaku tidak menderita impotensi dalam 8 minggu selepas mengikuti program berhenti merokok. Penelitian dibahagi dalam beberapa tempoh, yakni sebelum waktu program, dan setelah selesainya program berhenti merokok. Mereka diminta menonton tayangan filem erotis di makmal.
Ketika menonton tayangan filem itu lelaki diminta menilai seberapa besar rangsangan yang dirasakan dan kekerasan ereksi. Secara berasingan mereka juga mengisi kajian mengenai fungsi seksual, termasuk soalan tentang hasrat dan kepuasan seks.
Pada akhir kajian, ada 20 lelaki yang berhenti merokok dan 45 lelaki meneruskan kebiasaannya.
Lelaki yang berhenti merokok diketahui mempunyai kekerasan zakar yang lebih baik, diukur dari lebarnya bukan panjangnya, berbanding dengan lelaki yang masih merokok. Dari penilaian yang mereka lakukan sendiri, lelaki yang meninggalkan rokok juga mengaku lebih cepat terangsang berbanding rakannya.
Akan tetapi, kajian itu dilakukan dalam makmal. Para lelaki yang berhenti merokok itu mengaku tidak merasakan perubahan signifikan dalam "kehidupan nyata".
"Mungkin mengambil masa agak lama bagi para lelaki untuk menyedari tahap perbezaan yang dirasakan di tempat tidur dengan pasangannya," kata Harte.
Penelitian sebelumnya menunjukkan lelaki yang merokok dalam jangka waktu lama lebih terdedah menderita mati pucuk. Seperti diketahui merokok mempercepatkan pembentukan endapan-endapan dalam arteri jantung.
Proses yang sama juga terjadi pada pembuluh darah yang membekalkan darah ke zakar sehingga zakar pun menjadi lemah.
[kompas.com , Tribune News]
Kajian di atas menyokong kajian-kajian lama berkenaan akibat yang sama. Nah, bukan hanya boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit dalam tubuh, tetapi juga penyakit lemah syahwat. Memang banyak sangat keburukan merokok. Ini belum lagi diceritakan bahan-bahan yang tidak halal pada rokok, terutamanya ada kajian yang mengatakan penapis rokok ada juga yang diletak darah babi, kononnya untuk menapis toksin-toksin dari kandungan tembakau rokok, na'uzubillah .......
Tidak ada komentar:
Posting Komentar