Kenderaan berusia 127 tahun berkuasa stim itu dibina oleh Georges Bouton dan Charles-Armand Trepardoux di Perancis pada tahun 1881 untuk Count De Dion, 12 tahun sebelum Henry Ford memasang kereta pertama.
Digelar 'La Marquise,' sempena nama ibu kepada De Dion, ia hanya sembilan kaki panjang dan berat 2,100 paun dan mempunyai kelajuan maksimum 38 batu sejam.
Count De Dion memiliki aset berharga itu sehingga 1906, sebelum akhirnya menjual kepada pegawai tentera Perancis Henri Doriol.
Keluarga Doriol memiliki 'La Marquise' selama 81 tahun tetapi gagal untuk membuatnya berjalan selepas kehilangan kedua-dua tembaga dan kelengkapan loyang berikutan perang pada tahun 1914.
Setelah bertukar-tukar tangan sekali lagi pada tahun 1987, Tim Moore, seorang ahli Kelab Kereta Veteran British telah membuat kereta itu berfungsi sekali lagi di dalam setahun.
Dan setelah dipulihkan, Moore telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan di dalam kenderaan itu, termasuk empat perlumbaan London-Brighton
Tidak ada komentar:
Posting Komentar