Kamis, 29 September 2011

Kek Karamel ~ Cobaannnn..................................

Assalamualaikum & salam sejahtera

Akhirnya...demam kek karamel sudah pun singgah di bumi CH. Kemain lama rasanya dok pendam perasaan, asik nengok aje kawan2 dok tayang, mana boleh tahan beb.  Disabar sabar aje dalam hati sehinggalah petang semalam akhirnya terseru jugak untuk membuat kek karamel ni. Berpandukan helaian resepi yang diprint, memang terpampang di depan mata. Bismillahirrahmanirrahim....


Rasanya sebelum ni dah berapa kali khatam resepi tu sampai dah naik lunyai kertasnya. Tetapi ada jugak tersilap satu langkah semasa mengadun kek (bahan 1). Sepatutnya gula dimasukkan selepas telur kuning, minyak dan air dipukul tetapi cheq sue dah termasukkan gula awal2 dalam telur kuning. Aduhhhhhh mula la nak gelabah badak takot kek tu tak jadi. Tapi tetap jugak diteruskan. Kira tawakkal ajelah kalau jadi alhamdulillah kalau tak berapa nak jadi tu dapat satu pengajaran berguna. Ye dak? Begitulah kita hidup ni, belajar dari pengalaman, bukan dari cikgu aje!

Tengah2 dok bakar tu, tengok2 kek ni punya la gebu geban naiknya sampai menggelembung satu loyang. Aikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...mula la dok pikir bukan2, kotnya dibuat tersengih macam apam kembang abes la punah harapanku. Siap tanya member lagi, sebab dia dah beberapa kali buat. Katanya idok le kembang sesangat. Tapi bila dah abes masa bakar, lega jugak hati ni sebab kek tu mulai turun sikit demi sikit. Nasib baik ko...


Personally...apa yang korang rasa bila nengok kek jadi camni? siyes wehhhhh bedebar giler...kot tak jadik

Bahagian atas caramel tu ada retak2 sikit, tapi just nice rasanya tak manis sgt..

Untuk lapisan kek tu cheq sue hanya gunakan 3 warna sahaja...baru 1st time kan, nama pun baru cuba so xnak la buat kaler2 yang over sangat, kot dah pandai nanti baru buat warna2 pelangi... Untuk setiapa adunan yang menggunakan gula, cheq sue kurangkan kepada 50g sahaja. Bagi sape yang suka kek yang manis tu boleh guna sukatan yang asal. Tapi cheq sue ni lebih suka memaniskan senyuman daripada makanan. Wiwittt...

Pada sesape yang belum terbuat2 lagi tu, jangan takut untuk mencuba. Follow aje langkah2 yang dinyatakan insyaAllah... cheq sue pun ni rasa nak buat lagi nak dapatkan hasil yang betul2 memuaskan... Yang ni tahap2 okeh aje... Cuba tau...jangan lupa. Wassalam...

KEK KARAMEL
Resepi Asal : Munirah Baharum (FB)


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor cheq sue guna 50 g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor (50 g)
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor (50 g)
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara-cara :
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.yang ni bergantung kepada warna2 yang digunakan...cheq sue guna merah. hijau dan kuning
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar