Azmi menyarungkan cincin berlian ke jari manis Zakiah sebagai tanda termeterainya ikatan sah antara mereka. Sekudus ciuman dihadiahkan di dahi isterinya dan Zakiah lantas menyalami serta mengucup tangannya. Alangkah syahdunya saat itu, saat di mana Zakiah kini sah menjadi miliknya.
Enam bulan bercinta dengan segala onak duri dan dugaan cabaran, akhirnya mereka berjaya menjejak mahligai impian. Zakiah apatah lagi. Sememangnya dia amat menyayangi Azmi, lelaki yang pertama kali dikenalnya semasa membantu makciknya menjual nasi kukus di pasar malam. Pada umurnya menjangkau 35 tahun, sememangnya dia sudah bersedia menjadi seorang isteri.
Majlis persandingan mereka berlangsung penuh meriah. Sanak saudara sama meraikan pasangan raja sehari itu. Ibu dan ayah tersenyum sepanjang masa. Apa tidaknya, anak dara nan seorang itu telah berjumpa pasangannya...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar