Tampilkan postingan dengan label Novelog. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Novelog. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 September 2013

Dan Bunga Pun Berkembang # 17

‘Zainab!’

Zainab yang sedang memilih pakaian Qadeer menoleh sedari namanya dipanggil.

Eh… Dia seperti mengenali lelaki yang berpakaian segak dan berkaca mata itu.

Itu…. Itu Syed Hamdan!

Zainab tidak memberikan respon. Hatinya mati tiba-tiba. Inilah kali pertama dia berjumpa Syed Hamdan setelah hubungan mereka diputuskan berpuluh tahun dulu. Ternyata lelaki itu sudah terlalu banyak berubah.

‘Bonda, ingat tak Zainab?’ Syed Hamdan menarik seorang wanita separuh umur yang masih bergaya dengan abaya hitam. Cuma bezanya dulu dan kini wanita itu sudah mengenakan hijab penuh di kepala. Zainab pasti itulah Paduka Syarifah Zahrah yang pernah memberikan kata dua kepadanya. Sesungguhnya dia berdebar, sangat berdebar. Dengan pertemuan yang tidak dijangka, pantas saja kenangan lama berlegar di minda.

‘Zainab?’ Kelihatan dahinya berkerut. Barangkali cuba mengingati sesuatu.

‘Bonda dah lupa? Ini……’

‘Apa khabar puan?’ Zainab segera menghulurkan salam walaupun tidak berapa yakin yang salamnya akan bersambut. Dia tidak mahu Syed Hamdan terus mengingatkan memori silam. Kalaupun Paduka Syarifah Zahrah tidak mengenalinya, itu tidak mengapa.

‘Oh ya. Ya…makcik ingat.’ Dia menyambut huluran tangan Zainab dan menggenggamnya erat. Malah tanpa disangka wanita itu turut memeluknya. Zainab terkesima. Perilaku Paduka Syarifah Zahrah persis seorang ibu yang penyayang. Sangat berbeza dengan sikapnya yang dahulu. Alhamdulillah dia sudah berubah.

‘Maafkan makcik Nab, makcik banyak berdosa pada kamu dan Hamdan.’

‘Yang dah lepas tu usahlah dikatakan lagi puan. Alhamdulillah saya tak apa-apa. Saya bahagia sekarang.’ Sesungguhnya Zainab sudah melupakan apa yang telah berlaku. Ceritanya dengan Syed Hamdan sudah tiada dalam memori. Malah dia tidak berdendam. Matanya melilau mencari Syarifah Soffea yang tidak kelihatan di mana-mana. Dia tertanya-tanya di mana menantu pilihan Paduka Syarifah Zahrah. Dia ingin juga mengenalinya.

Syed Hamdan hanya memerhati bicara bondanya dengan Zainab. Pertemuan yang tidak disangka itu memang bisa meluruhkan jantungnya. Masakan tidak, dia tidak pernah rela dengan perpisahan mereka dulu. Puas dia merayu pada bonda agar menerima Zainab seadanya…puas juga dia berendam air mata dengan kata putus yang diberi. Dan sesungguhnya dia berharap bonda mengerti deritanya. Dan kini apabila dia melihat Zainab di depan mata, masih juga seperti Zainabnya yang dulu, dia sangat bahagia.

‘Mama, Qalish dah beli ni…’ Satu suara halus menyapa dari belakang.

‘Qadeer pun beli juga mama.’ Dua plastik berisi buku cerita ditunjukkan. Nampaknya mereka berdua dengan Kak Ija sudah selesai di kedai buku.

‘Maafkan saya puan, ini anak-anak saya Qalish dan Qadeer. Salam nenek sayang.’

Anak? Ahhhh…nampaknya Zainab sudah berkahwin.

Qalish dan Qadeer menyalami dan mencium tangan kedua insan di depannya. Masing-masing tidak takut walaupun ini kali pertama bersua muka.

‘Puan, saya terpaksa pergi dulu ya. Ada urusan yang perlu diselesaikan.’

‘Nab kalau ada masa datanglah ke rumah. Boleh kita besembang panjang lebar.’ Paduka Syarifah Zahrah memeluk Zainab sekali lagi.

‘InsyaAllah…’

Dan pertemuan itu berakhir dengan Syed Hamdan masih memandang ke arah Zainab dengan pelbagai persoalan di benaknya..

*****

Anak-anak masih belum balik dari sekolah ketika Zainab sampai di rumah. Hanya Kak Ija yang sedang mengemas menyambutnya pulang. Dia pulang awal untuk menyambut kedatangan keluarganya ke rumah, mereka kebetulan ada urusan di Kuala Lumpur. Maka sempatlah mereka anak menantu makan tengah hari bersama. Zainab memasak lauk kampung lengkap dengan sambal belacan dan segala ulaman. Kegemaran bapa mertuanya.

Puan Kamsiah dan Encik Daus sampai hampir serentak dengan kepulangan Qadeer dan Qalish dari sekolah. Suka sangatlah anak-anak berjumpa dengan atok dan nyai mereka. Dah lama juga Zainab tidak ke Johor Bahru. Jadi kedatangan mereka ke Kuala Lumpur memang sangat dinantikan.

‘Kamu sihat Nab?’ Tanya Encik Daud. Dia perasan Zainab agak kurus.

‘Alhamdulillah abah. Nab sihat aje. Cuma yalah sekarang ni sibuk sikit dekat pejabat. Anak-anak pun memerlukan perhatian lebih.’

‘Kamu kena jaga kesihatan Nab. Jangan kerja berlebih sangat. Mak risau lihatkan kamu ni. Dah semakin susut nampaknya.’

‘Janganlah mak risaukan Nab. Mak dengan abah tu yang kena jaga diri. Nab ni duduk jauh, tak boleh nak balik tengok mak selalu. Maafkan Nab ye mak, ayah.’

‘Ya lah atok, mama tu selalu kerja aja. Bila Qalish ajak jalan-jalan selalu mama kata sibuk.’ Tiba-tiba Qalish mengadu dengan atoknya. Memang Zainab akui kadang-kadang ada menolak ajakan Qalish kerana kesibukan dan penat.

Tetapi anak-anak yang masih kecil masakan memahami tanggungjawab yang digalasnya. Dengan segala daya yang dia ada, dia harus tabahkan diri menghadapi semua ini.

‘Kak Ija, minggu lepas saya terserempak dengan Syed Hamdan. Bondanya pun ada sama.’

Kak Ija yang sedang mengemas dapur ketika itu pantas berpaling kepadanya. Emak dan abah mertuanya telahpun balik ke JB petang tadi juga.

‘Macam mana dia sekarang?’

Selain emak dan ayah, Kak Ija adalah individu yang mengetahui sejah silamnya dengan Syed Hamdan.

‘Dia nampak macam tak sihat je, bondanya pun dah berubah, kalau dulu jangan harap la nak salam dengan kita yang kebanyakan ni, tapi siap dipeluknya saya.’

‘Alhamdulillah, dah berubah la tu.’

‘Saya ingatkan dah tak berjumpa dengan mereka tu.’

‘Kuasa Allah Nab, mungkin ada hikmahnya.’

‘Ha ah Kak Ija, saya pun fikir begitu juga. Bukan kita nak kenangkan cerita lama.’

‘Habis tu, Nab macam mana?’

Macam mana apa yang dimaksudkan Kak Ija?

‘Macam mana apa kak…saya ok je.’

‘Dah tua kak, tak ada nak fikir kenangan lama dah.’

Tegas Zainab lagi setelah melihat Kak Ija merenungnya.

‘Kak Ija tahu Nab…’

Dan Bunga Pun Berkembang # 16

‘Apa? Ya… ya… saya balik sekarang.’ Zainab dilanda debar saat menerima panggilan dari Kak Ija yang menyatakan Qalish terjatuh dari kerusi.
‘Kenapa ni kak?’ Azura yang kebetulan lalu di hadapannya bertanya.
‘Akak kena balik sekarang ni Zura. Boss ada tak?’
“Boss keluar tadi, akak kenapa?’
‘Qalish, jatuh dari kerusi. Akak nak balik sekarang ni. Nanti Zura tolong maklumkan pada boss ya. Akak balik dulu.’
Azura memandang Zainab yang telah berlalu pergi. Langkahnya pantas. Sudah tentu dia kerisauan  menerima perkhabaran itu. Berkali-kali Azura berfikir adakah dia mampu hadapi seandainya dia di tempat Zainab. Dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup, wanita itu terlalu tabah.

Ketika Zainab sampai di rumah, Qalish sudah berhenti menangis, hanya esakannya kedengaran. Qadeer pula berwajah suram bagaikan mengerti kesakitan di alami Qalish. Zainab mengambil keputusan untuk membawa Qalish ke hospital. Dia bimbang seandainya ada kecederaan dalaman. Walaupun kerusi di dapur tidaklah setinggi mana tetapi dia tetap risau. Itu adalah amanahnya yang wajib dijaga. Qadeer dan Kak Ija dibawanya bersama. Sedang dia dalam perjalanan, Che Mat menelefon.
‘Macam mana Qalish, Nab?’ Seperti yang dimaklumi Zainab, Che Mat bertanya tentang Qalish. Ada nada risau dalam suaranya.
‘Saya on the way ke hospital ni Che Mat, nak periksa kalau ada apa-apa. Harapnya Qalish baik-baik saja.’ Zainab menjawab sambil matanya mengawasi keadaan di jalan raya. Memandang sekilas melalui cermin pandang belakang, dia melihat Qalish sudah tertidur di pangkuan Kak Ija manakala Qadeer ralit membelek buku bacaannya.
‘Nanti apa-apa bagitahu saya ya Nab.’
‘Ha ah. Saya tengah memandu ni Che Mat.’
‘Haaaa ye lah. Hati-hati bawa kereta tu.’
Begitulah Che Mat, sangat bertanggungjawab dengan kebajikan kakitangannya. Sedikit pun dia tidak pernah meminggirkan Zainab sejak dulu lagi.

Zainab menarik nafas lega setelah Doktor Jannah memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku pada Qalish. Cuma bahagian lututnya sedikit lebam. Qalish nampaknya tidak terkesan langsung dengan kemalangan yang menimpa. Anak lasak la katakan. Lasaknya sehingga mengalahkan Qadeer. Lantas ubun-ubun kedua anaknya dicium lama. Senyumnya diukir pada Kak Ija yang setia menemani. Syukur pada Tuhan kerana merahmati mereka.

Sampai di rumah, Zainab melihat kereta Che Mat terparkir di luar pagar. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tentu Che Mat ke rumahnya setelah habis kerja.
‘Dah lama Che Mat sampai?’ Zainab menegur sambil membuka pintu untuk Kak Ija yang menggendong Qadeer. Qalish yang hampir terlelap menonong ke arah Che Mat yang berdiri di tepi keretanya. Pantas memeluk lelaki itu.
‘Baru aje Nab, kebetulan ada urusan berdekatan sini, tu saya singgah.’
Zainab mengisyaratkan Che Mat untuk masuk. Che Mat pula pantas ke kerusi batu di laman mini rumahnya. Qalish yang melentok dalam pelukannya dibawa bersama. Manja sungguh Qalish dengan Che Mat.
‘Qalish jatuh ya?’ Soal Che Mat setelah mendudukkan Qalish di atas kerusi di sebelahnya.
‘Qalish panjat kerusi.’
‘Kenapa tak suruh Kak Ija angkatkan.’
‘Qalish lapar la ayah. Qalish nak makan.’
Qulp! Seperti ada sesuatu tersekat di kerongkongnya… Inilah kali pertama Qalish memanggilnya dengan panggilan itu. Sungguh lancar kata-katanya. Che Mat terdiam seketika.
Zainab yang sedang mengeluarkan barang dari kereta memandang Qalish dengan riak mata yang terbuntang luas. Ish Qalish ni…
‘Kenapa dengan Qalish ni, umi tak ajar macam tu kan?’
‘Takpelah Nab, saya tak ada masalah pun dengan panggilan tu.’
Che Mat sebenarnya menahan perasaan di dalam hati. Kalau dulu Qasseh memanggil Zainab dengan panggilan ‘mama’, kali ini Qalish pula yang memanggilnya ayah. Apakah ini suatu tanda? Apakah ini suatu rahsia yang semakin terungkap misterinya?

*****

Che Mat termenung di meja kerja. Peristiwa beberapa hari lepas masih berlegar di minda. Panggilan ayah daripada Qalish adalah sesuatu yang tak pernah dijangka. Debarnya sama seperti dia mendengar Qasseh memanggil Zainab ‘mama’ suatu masa dulu. Dia sebenarnya merasakan sesuatu hubungan yang istimewa terjalin antaranya dan Qalish sejak dulu lagi. Berbanding Qadeer, Qalish memang rapat dengannya. Dalam segala perbuatan dia bagaikan seorang ayah yang sedang mengajar anaknya. Peristiwa itu jugalah yang membuatkan dia berfikir berulang kali tentang saranan ibunya.
Tetapi bagaimana dia harus memulakan kata? Setiap kali berhadapan dengan Zainab mulutnya bagaikan terkunci. Riak tenang wajah wanita itu bagaikan tiada apa yang berlaku. Adakah Zainab tidak berasa apa-apa? Bagaimana pula kalau dia hanya berharap sendiri? Bagaimana pula dengan penerimaan Qaishh dan Qayyum? Qasseh rasanya tiada masalah untuk menerima Zainab sebagai mama baru mereka. Emak apatah lagi, memang setuju sangat-sangat.
Pada umur begini, cinta bukan masalah utama. Che Mat hanya berfikir tentang anak-anaknya dan juga anak-anak Zainab. Menzahirkan cintanya terhadap Zainab ibarat satu tuah, tetapi yang dia mahu adalah melimpahkan kasih kepada kelima-lima mereka, termasuklah kepada Zainab. Dia yakin mampu membahagiakan mereka semua. Soalnya sekarang bagaimana dia mahu menyatakan perkara itu kepada Zainab?

Seperti mana yang dirasai Che Mat, itulah juga yang dirasai oleh Zainab. Betapa lancar Qalish menyebut perkataan ‘ayah’ bagaikan halilintar yang menyambar jiwanya. Sejak pandai berkata-kata, Qalish belum pernah menuturkannya kepada sesiapa. Zainab faham kalau anak itu mendambakan kasih seorang bapa tetapi dia tidak menyangka kepada Che Mat anaknya berkata. Sehingga saat ini dia teramat segan untuk bertentang mata dengan Che Mat. Bukan apa, bimbang di salah sangka dia yang mengajar Qalish sedemikian rupa.
Walaupun di satu masa dulu Qasseh pernah memanggilnya mama, dia tidak mahu Che Mat tahu. Itu adalah rahsianya dengan Qasseh. Kadang-kadang terasa amat ajaib sungguh percaturan Allah Yang Esa. Dengan kekurangan yang dianugerahkan kepadanya dan Che Mat, mereka sebenarnya saling melengkapi satu sama lain. Seperti juga kata Mak Mah dan Kak Aisyah, mungkin memang suratan hidupnya untuk menghabiskan sisa kehidupan bersama lelaki itu. Zainab meraut muka, melepaskan nafas yang terasa tersekat di dada… Di ketika ini dia benar-benar mengharapkan Daus ada di sisi!

Nota :
Agak lama jugak novelog ini tergendala dek kerana masa yang begitu cemburu dan idea yang sering ke laut. Alhamdulillah pada hari ini (21 September 2013) saya telah berjaya menoktahkannya ke ayat yang terakhir. Kemudian saya membuat sedikit editing sebelum menyimpannya dalam bentuk PDF. InsyaAllah saya akan berkongsikannya sedikit demi sedikit sehinggalah ke episod yang terakhir. Jika ada episod yang terlepas, boleh cari di bahagian atas blog ini. Buat kawan-kawan yang ada membaca episod sebelum ini, teruskan pengembaraan ke episod akan datang pula. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sabtu, 18 Mei 2013

Dan Bunga Pun Berkembang #15

‘Apa? Ya… ya… saya balik sekarang.’ Zainab dilanda debar saat menerima panggilan dari Kak Ija yang menyatakan Qalish terjatuh dari kerusi.
‘Kenapa ni kak?’ Azura yang kebetulan lalu di hadapannya bertanya.
‘Akak kena balik sekarang ni Zura. Boss ada tak?’
“Boss keluar tadi, akak kenapa?’
‘Qalish, jatuh dari kerusi. Akak nak balik sekarang ni. Nanti Zura tolong maklumkan pada boss ya. Akak balik dulu.’
Azura memandang Zainab yang telah berlalu pergi. Langkahnya pantas. Sudah tentu dia kerisauan  menerima perkhabaran itu. Berkali-kali Azura berfikir adakah dia mampu hadapi seandainya dia di tempat Zainab. Dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup, wanita itu terlalu tabah.

Ketika Zainab sampai di rumah, Qalish sudah berhenti menangis, hanya esakannya kedengaran. Qadeer pula berwajah suram bagaikan mengerti kesakitan di alami Qalish. Zainab mengambil keputusan untuk membawa Qalish ke hospital. Dia bimbang seandainya ada kecederaan dalaman. Walaupun kerusi di dapur tidaklah setinggi mana tetapi dia tetap risau. Qadeer dan Kak Ija dibawanya bersama. Sedang dia dalam perjalanan, Che Mat menelefon.
‘Macam mana Qalish, Nab?’ Seperti yang dimaklumi Zainab, Che Mat bertanya tentang Qalish. Ada nada risau dalam suaranya.
‘Saya on the way ke hospital ni Che Mat, nak periksa kalau ada apa-apa. Harapnya Qalish baik-baik saja.’ Zainab menjawab sambil matanya mengawasi keadaan di jalan raya. Memandang sekilas melalui cermin pandang belakang, dia melihat Qalish sudah tertidur di pangkuan Kak Ija manakala Qadeer ralit membelek buku bacaannya.
‘Nanti apa-apa bagitahu saya ya Nab.’
‘Ha ah. Saya tengah memandu ni Che Mat.’
‘Haaaa ye lah. Hati-hati bawa kereta tu.’
Begitulah Che Mat, sangat bertanggungjawab dengan kebajikan kakitangannya. Sedikitpun dia tidak pernah meminggirkan Zainab sejak dulu lagi.

Zainab menarik nafas lega setelah Doktor Jannah memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku pada Qalish. Cuma bahagian lututnya sedikit lebam. Qalish nampaknya tidak terkesan langsung dengan kemalangan yang menimpa. Anak lasak la katakan. Lasaknya sehingga mengalahkan Qadeer. Lantas ubun-ubun kedua anaknya dicium lama. Senyumnya diukir pada Kak Ija yang setia menemani. Syukur pada Tuhan kerana merahmati mereka.

Sampai di rumah, Zainab melihat kereta Che Mat terparkir di luar pagar. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tentu Che Mat ke rumahnya setelah habis kerja.
‘Dah lama Che Mat sampai?’ Zainab menegur sambil membuka pintu untuk Kak Ija yang menggendong Qadeer. Qalish yang hampir terlelap menonong ke arah Che Mat yang berdiri di tepi keretanya. Pantas memeluk lelaki itu.
‘Baru aje Nab, kebetulan ada urusan berdekatan sini, tu saya singgah.’
Zainab mengisyaratkan Che Mat untuk masuk. Che Mat pula pantas ke kerusi batu di laman mini rumahnya. Qalish yang melentok dalam pelukannya dibawa bersama. Manja sungguh Qalish dengan Che Mat.
‘Qalish jatuh ya?’ Soal Che Mat setelah mendudukkan Qalish di atas kerusi di sebelahnya.
‘Qalish panjat kerusi.’
‘Kenapa tak suruh Kak Ija angkatkan.’
‘Qalish lapar la ayah. Qalish nak makan.’
Qulp! Seperti ada sesuatu tersekat di kerongkongnya… Inilah kali pertama Qalish memanggilnya dengan panggilan itu. Sungguh lancar kata-katanya. Che Mat terdiam seketika.
Zainab yang sedang mengeluarkan barang dari kereta memandang Qalish dengan riak mata yang terbuntang luas. Ish Qalish ni…
‘Kenapa dengan Qalish ni, umi tak ajar macam tu kan?’
‘Takpelah Nab, saya tak ada masalah pun dengan panggilan tu.’
Che Mat sebenarnya menahan perasaan di dalam hati. Kalau dulu Qasseh memanggil Zainab dengan panggilan ‘mama’, kali ini Qalish pula yang memanggilnya ayah. Apakah ini suatu tanda? Apakah ini suatu rahsia Allah yang semakin terungkap misterinya?
 *****
Che Mat termenung di meja kerja. Peristiwa beberapa hari lepas masih berlegar di minda. Panggilan ayah daripada Qalish adalah sesuatu yang tak pernah dijangka. Debarnya sama seperti dia mendengar Qasseh memanggil Zainab ‘mama’ suatu masa dulu. Dia sebenarnya merasakan sesuatu hubungan yang istimewa terjalin antaranya dan Qalish sejak dulu lagi. Berbanding Qadeer, Qalish memang rapat dengannya. Dalam segala perbuatan dia bagaikan seorang ayah yang sedang mengajar anaknya. Peristiwa itu jugalah yang membuatkan dia berfikir berulang kali tentang saranan ibunya.
Tetapi bagaimana dia harus memulakan kata? Setiap kali berhadapan dengan Zainab mulutnya bagaikan terkunci. Riak tenang wajah wanita itu bagaikan tiada apa yang berlaku. Adakah Zainab tidak berasa apa-apa? Bagaimana pula kalau dia hanya berharap sendiri? Bagaimana pula dengan penerimaan Qaish dan Qayyum? Qasseh rasanya tiada masalah untuk menerima Zainab sebagai mama baru mereka. Emak apatah lagi, memang setuju sangat-sangat.