Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati.
Persoalan itu diajukan oleh anak saudara saya, Amirul Izham yang kini sudah meningkat remaja. Amirul sudah berusia 14 tahun kini. Saya mempunyai sembilan anak saudara dan enam daripadanya ialah lelaki. Amirul merupakan anak saudara yang paling rapat dengan saya. Anak kepada abang ketiga saya. Saya mempunyai lima abang dan hanya tinggal dua daripada mereka yang belum berkahwin. Oleh sebab Amirul lahir ketika saya berusia tujuh tahun, panggil 'kakak' mengantikan panggilan 'mak su'.
"Bila akak nak naik?
"Naik apa?"
"Tu, naik pelamin."
Ketika itu saya, Amirul dan emak sedang menonton rancangan Nona yang kebetulan menyiarkan bingkisan hari persandingan pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Terkesima juga saya seketika. Ya, tidak tahu jawapan apa yang wajar diberikan. Beberapa rakan saya juga sudah ada yang melangsungkan perkahwinan dan ada juga yang sudah menimang cahaya mata.
Bagi seorang wanita, kehidupan apa lagi yang paling indah apabila dapat membesarkan sendiri seorang anak yang lahir daripada rahimnya sendiri. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan hakiki untuk sahabat-sahabat saya itu.
Tetapi bagi saya, banyak lagi hal lain yang saya utamakan untuk masa ini berbanding memikirkan hal itu. Semoga Allah memberi bantu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar