Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati.
SELESAI sudah persembahan Randai. Sebuah tugasan wajib untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan ASWARA menamatkan semester tiga. Secara peribadi, saya menganggap persembahan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan berjaya. Persembahan pertama iaitu pada hari Sabtu (30Mei 2009) dan Ahad (31 Mei 2009) mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran penonton yang hampir memenuhi ruang duduk bagi kedua-dua hari tersebut. Setelah lima bulan menjalani latihan, saya berasa benar-benar lega. Segala ujian sama ada dari segi mental dan fizikal telah berakhir.

Namun begitu, saya berasa agak terkilan apabila pihak pengurusan produksi kurang mengendahkan jadual waktu solat semasa persembahan. Para peserta dikehendaki berada dalam keadaan siap berdandan pada jam 7.30 malam. Sedangkan waktu Maghrib berkumandang adalah pada jam 7.22 malam. Lantas, beberapa mahasiswa yang bertegas untuk mendahulukan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum siap berdandan seolah-olah dilihat sebagai menyusahkan dan degil. Malah, ada sesetengah mahasiswa yang terpaksa akur dengan saranan pihak pengurusan supaya menunaikan solat Maghrib di ruang berdekatan Bilik Kostum, walhal jarak antara Panggung Eksperimen dengan surau hanya kurang kebih dua minit.Bagi saya , adalah suatu dosa apabila saya lebih mengutamakan persembahan yang akan dimainkan berbanding ‘persembahan’ lima minit saya dengan Maha Pencipta.
Seketika, terlintas di fikiran betapa manusia sering mementingkan diri sendiri berbanding hak Allah yang tidak sukar dan tidak terlalu lama untuk ditunaikan dengan seikhlas mungkin. Bukankah setiap persembahan dimulakan dengan bacaan doa dan harapan agar segalanya berjalan lancar. Doa dan harapan itu dipanjatkan kepada Allah namun, solat tidak pula dimasukkan dalam jadual memohon pertolongan daripada-Nya . Nauzubillah ...
Walau bagaimanapun, saya sentiasa berharap agar ada pintu-pintu hati yang akan terbuka untuk membuka mata dan berlapang dada dalam memikirkan adab dan etika dalam melakukan sesebuah tugasan dan persembahan tanpa membelakangkan perintah Tuhan. Semoga hidayah-Nya melimpahi segenap isi nurani hamba yang cuba mendekati-Nya.Suatu ingatan untuk diri dan sekalian rakan. Ampun dan maaf andai tersalah kata dan telanjur bicara.
01 Jun 2009. Bandar Baru Selayang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar